Friday, July 29, 2011

Kekalahan HARIMAU MALAYA patut di banggakan (!)

Assalammualaikum..

pasukan-harimau-malaya

 

Pagi ni jem tak hengat dunia telah melanda sekitar Kuala Lumpur akibat daripada semalam rakyat Malaysia ramai yang frust tertonggeng lalu menyebabkan mata tidak dapat di lelapkan dengan lena..Tatkala itu la di pagi hari semuanya bangun lambat untuk lekuar bekerja.. Hekkk !

Rata rata jalanraya hari ni semuanya jem tahap chipmuck,kantor MTT bekerja dah tentu tengah bandar akan kedengaran la pelbagai jenis irama lagu yang berkumandang daripada hon mereka para pengguna jalanraya yang sangat kreatif ! Rasa tenang sekali yer.. =.=’

Semalam pulang jer daripada berkhidmat dengan tulang pat kerat MTT bersama ahli keluarga yang lain terus bergegas sepantas lipas kudung ke Putrajaya bagi menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Singapura..Nak mengelakkan jem yang teramat dasat jadi haruslah di segerakan perjalanan..

Setibanya di rumah mama,suasana kat sana senyap sunyi sepi je..Yela,Putrajaya kan suasana kat sana tak hiruk pikok macam sekitar kawasan rumah MTT .. Ramai ramai la kami sekeluarga menghadap tv dengan muka yang sangat eksaited untuk menyaksikan serta memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya..

Walaupon hanya tengok di rumah dan tidak ke Stadium Nasional Bukit Jalil tidak menandakan kami tidak akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi yer ..Seluruh jasmani dan rohani kami bersatu duatiga padu dengan bertemankan Kacang Cap Jari dan air Ribena ais kaww menyaksikan perlawanan..

MTT dengan penuh rasa eksaited serta agak sedikit kuciwa pada permulaan babak permainan tetap berdiri,eyh takk,duduk teguh di situ terus menantikan detik detik yang di tunggu oleh lebih 80 ribu penonton di SNBJ dan yang berada di rumah.. (Dah macam pengulas pulakk )

Gol pertama yang di jaringkan oleh Safee Sali pada separuh masa kedua membangkitkan semangat yang tak berbelah bagi,sedikit hambar pabila gol di jaringkan oleh Singapura menandakan peluang untuk Malaysia terus mara sedikit tergugat..

Akan tetapi kekalahan semalam adalah sesuatu yang boleh di banggakan di mana di SNBJ di saksikan oleh penonton Malaysia sambil di laungkan nyanyian lagu Negaraku yang sangat kuat kedengaran membolosi tv kami yang berada di rumah..pemain Malaysia dah buat yang terbaekkkk ! Cuma perlu usaha lebih keras untuk mempertingkatkan lagi mutu dan corak permainan di bahagian pertahanan.. Tahniah Harimau Malaya ! Smile

 

 

Nota kecik : Kekalahan itu terkadang menjadikan kita lebih bersemangat di masa akan datang !

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

17 comments:

  1. masih ada lagi perlawanan nanti. harapkan yg terbaik. huhu. :)

    ReplyDelete
  2. uwaaaa...sedih kan mereka kalah! tapi takpe, semangat juang tu dah dibuktikan habis-habisan...

    akak ngan anak2 siap berdiri dan nyanyi sekali lagu negaraku walaupun kat rumah! semangat tau..

    ReplyDelete
  3. sekurang-kurangnya bola sepak dah bangkit semula kan.. ini baru permulaan... lepas ni, pasti lebih baik. yeahhhh!

    ReplyDelete
  4. Harimau Malaya tetap dihati peminat pasukan bola sepak negara...(^^,)

    ReplyDelete
  5. shedey jugak...tp i bangga dgn harimau malaya

    ReplyDelete
  6. yes...bangga ngan Harimau Malaya!

    ReplyDelete
  7. aummm...
    Harimau malaya tetap hebat..

    kagum dengan kepakaran apek
    dan kesungguhan Safee Sali

    ReplyDelete
  8. as salam...setuju dgn pandangan MTT

    ReplyDelete
  9. mereka tetap hebat.. Malaysia boleh!!!

    ReplyDelete
  10. rasanya memang 99% rakyat Malaysia tengok perlawanan semalam..

    kecewa tapi xpe..macam MTT ckp,kekalahan tu dapat memberi suatu pengajaran...harapnya begitu laa..

    ni pendapat den pasal kekalahan kita:
    http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/kenapa-malaysia-tewas.html

    ReplyDelete
  11. paling sedih bila kawan sendiri kena buang padang...
    kesian kat kau kan,fakhri..
    hehehehe

    *sentiasa sokong Harimau Malaya*

    ReplyDelete
  12. betul betul ! walaupun kami tgok kat uma kmi tetap bg sokongan yang padu ! cayalah Malaysia !
    kalah bermaruah !
    try next time plak

    ReplyDelete
  13. kita perlu terus menyokong mereka.kalau kita dah down,mereka lagi down kan..hehehe

    FAKTA MENARIK MENGENAI DATUK K

    ReplyDelete
  14. mereka amat memerlukan sokongan penyokong, huhu syabas dan tahniah kepada Apex dan Safee!!

    *psstt MTT, Apex dgr kata dah berbaik ngn Elia..tgk blog andy :D

    ReplyDelete
  15. bangga sebab kita 100% anak tempatan yg berjuang yeahh!

    malaysia tetap dihati :)

    ReplyDelete
  16. tetep dkung indonesia, indonesia selalu di hati

    itulah akibat malaysia kalah

    malaysia tetap di kaki

    ReplyDelete