Friday, July 15, 2011

Penyakit berangkai BLOGGER





PB

IDEA MENCURAH


Ini adalah sintom yang sangat di gemari oleh seluruh warga negara blogger yang ingin berjaya dan terus menakluki hati para pembaca dengan idea yang mencurah curah hingga ke ladang gandum seperti J-Lo Malaysia kita sering lakukan dengan memberi tips tips yang berguna kepada pembaca setianya..Akan tetapi, segala jenis idea tersebut boleh juga terkubur sepi tanpa ada titik apetah lagi noktah sekiranya tahap kemalasan melanda jiwa dan raga..


KEMALASAN MENGGUNUNG


Kemalasan akan sentiasa akan tercetus dalam diri setiap insan yang berhati suci lagi murni namun bagaimana pon ada juga kategori tahap kemalasan yakni,malas namun masih cuba untuk mencari jalan penyelesaian agar dapat keluar dari kepompong malas dan kembali tegar meng-hupdate seperti sedia kala.. =.=’


KOMITMEN


Komitmen adalah salah satu daripada batu api penghalang yang sering kali menghalang kita daripada terus menerus berbakti kepada para pembaca dengan idea yang melimpah ruah tatkala komitmen yang idak mengizinkan kita untuk 2457ratos jam sentiasa mentelaah blog sampai naik kuyu bijik mata..


IDEA HILANG TAK TENTU ARAH


Kebiasaannya idea yang mencurah curah akan tiba bila kita dengar,lihat apa saja yang berlaku di sekeliling kita ataupon tentang diri kita sendiri,Cik Bedah sebelah rumah melatah ketuk kepala anak kucing pon boleh membuatkan kita jadi eksaited kemain bila nak buat entri..Akan tetapi idea tersebut akan hilang tak tentu arah tujuan apabila sudah berada di hadapan laptop,pc atau sebagainya..Laen la kalau kita ada gadget awesome macam Mista Sifu knknkn?


PATAH HATI


Hati para blogger yang hebak hebak yang ada di muke bumi ini akan patah,hancor,remuk bagai di gilis dengan lori yang besar gedabak membawa muatan yang sangat padat,apabila entri yang di publish dengan penuh rasa semangat membara serta berkobar kobar tidak di endahkan ataupon mendapat sambutan yang hangat lagi hangit.. Kecuali la retis yang dah sememangnya femes lagi amos.. =.=’


KEMURUNGAN YANG SENTIASA MENGHANTUI


Sebagai makhluk yang comel jelita serta kacak lagi hensem,kita sering mengalami gangguan daripada makhluk asing yang sering kali membuatkan kita menjadi murung,kusam serta kusut di masa masa tertentu yang membuatkan keterbatasan jari untuk menari secara ghairah di atas keyboard akan tergendala buat seketika waktu..


Nota kecik : Terasa pulak nak cari jalan penyelesaian bagi kesemua penyakit berangkai di atas.. =.=’


Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

26 comments:

  1. sokonggggggggggggggggggggggggg

    ReplyDelete
  2. paling tak suke bila kering idea,....
    tolong carik ubat MTT.. heee

    ReplyDelete
  3. kb selalu gak idea ilang bila da ready nk menaip..hehehe..

    ReplyDelete
  4. suke2..betul tu..
    paling x bes bile langsung x tau nak buat entry ape

    ReplyDelete
  5. Betul2 !!!! SETUJu!!! :)

    ReplyDelete
  6. harap harap la ada ubat gain idea..
    tak nak dah ubat gain weight :P

    ReplyDelete
  7. hehehe.. sy mengalami semua yg diatas.. bila komitmen membatasi pergaulan terasa malas yang menggunung mahu membelai keyboard,dan apabila idea mencurah keyboardkembali bersih bersinar tampa sebarang habuk,blog menjadi indah, namun sampai saatnya patah hati melihat jumlah komen pada entry yang telah dikorbankan jiwa raga (0 komen)... justeru idea terus hilang tampa arah bagai layang2 terputus talinya.. dan akhirnya kemurungan melanda hari2 ku.. hehe..

    wah best plak buat ayat guna point yg diberikan.. ekeke

    ReplyDelete
  8. peh,ni selalu rasa..
    tambah lagi...kesuntukan masa
    hehehe

    ReplyDelete
  9. Aisey...macam ada ja penyakit tu...huahaha!!!!

    ReplyDelete
  10. warga KERTU ni lagi laaaaaaaaa kekeringan idea hish hish hish sapa lagi kalau bukan kak zu nih

    ReplyDelete
  11. dulu sy macam tu.. skang tidak lagi.. sebab dah berguru dengan cik beben

    ReplyDelete
  12. tepat..sume ni penyakit blogger..^_6

    ReplyDelete
  13. mungkin kita kena ada segmen yang best kot setiap hari..hehe...

    ReplyDelete
  14. akak selalu kena penyakit idea hilang tu...huhuhuhu

    ReplyDelete
  15. lately namee asyik hilang semangat je laily. :( i dont know y..tp semua yg kt atas tu smua namee lalui. mcm commitment tu, ssh juga nk commit lagi2 kita ada hal lain. study kena buat thesis.. :/

    ReplyDelete
  16. saye poen ade penyakit kronik neyh...mula2 punyela excited nak bercerita bagai...tp at last berkubur mcm tu aje..huhu...

    ReplyDelete
  17. Part commitment tu yang tak leh nak lawan. Sebab ada orang kerja, tak dapat nak menghadap laptop/pc. Haiz.

    ReplyDelete
  18. ye// bile tk de depan laptop ade je idea dtg..

    ReplyDelete
  19. Hehe.. semua simptom semua MB lalui tapi plg tak suke bile takde idea nak hapdet! ataupun entri tak diendahkan. rse sedih sgt.

    ReplyDelete
  20. sgt sokong part entri mencurah2 d ladang gandum.. tp bila dah depan pc.. ilham hilang dalam terang lak..

    ReplyDelete
  21. aaahhhh laae.. akak ni bab patah hati tu la yg selalu sangat berlaku sbb frust sangat x der peningkatan langsung dr sumer segi...

    ReplyDelete
  22. kemalasan melanda....bla..bla..bla...:):)

    ReplyDelete
  23. Banyak juga faktor yang boleh menghalang seorang blogger untuk terus update blog ni..

    ReplyDelete
  24. hahah idea mencurah2 pon penyakit jugak kan kak

    ReplyDelete