Friday, August 5, 2011

Tak main la kad raya , laman bersawang kan ada (!)

 

kadraya

 

Adalah menjadi kebiasaan dan kesemestian bagi para adinda dan kekanda berbalas balas kad raya tatkala raya menjelma..Sambil di selangi dengan kata kata pujangga lagi indah hinggakan boleh melayang layang diri terasa jika membaca..

Tidak kurang juga ada yang boleh memuntahkan darah kaler hijau kebiruan muda yer dek kerana bahasa yang terlalu indah dan sepoi sepoi bersepoi ..

Akan tetapi yer,di zaman yang serba moden dan hebak ini masih ada lagi tak yang merajinkan diri dan meringankan tulang jemari pat kerat untuk menulis sepucuk kad , *sepucuk ?? kepada rakan rakan yang tersayang..

Biasa la kan , sekarang ni semuanya dah semakin advance , jangan katakan kad raya , nak invite ke majlis pertunangan , perkahwinan semuanya guna facebook .. Seakan telah lupus di telan mukabuku segala apa yang pernah kita lakukan pada waktu waktu sebelum ini ..

Dan sebenarnya bak kaya Yuna, pabila kita menerima kad raya ni sebenarnya rasa terharu nak meniteskan air mata cecah ke pipi tu memang lain sangat rasanya .. Yela,kalau dulu selalunya menjadi pereka dalaman rumah yang tak bertauliah tatkala raya datang menjelma..

 

Pesal cite pasal raya pulak ni ? Teruskan membaca sekiranya masih berminat ..

 

  • Bila dapat kad raya di simpan dulu,tak nak bukak dulu,sayang la..
  • Nak kumpul banyak banyak dulu baru bukak
  • Baring atas katil sambil baca dan terkekek kekek sorang sorang diri
  • Proses berbalas balas bermula,sambil pasang lagu raya tulis kad raya
  • Dah siap pos kan dengan hati berbunga bunga
  • Setelah baca segala jenis kad raya mulakan operasi tampal menampal di keliling dinding rumah *konon kreatipp

 

Bila kita cuba nak kembalikan zaman zaman keseronokan berbalas balas ucapan hari raya menerusi kad raya yang shomel shomel dengan pelbagai reka bentuk yang sangat kreatip ada pulak alasan alasan yang munasabah di berikan ;

 

 

  • Alaaa ko tag jela haku kat mukabuku
  • Nak hantar kad raya ? Takpe sms pon boleh
  • Err kad raya , mms jela senang tak yah ko pergi pejabat pos
  • Haa ? Nak bagi kad raya gambar warna warni ? MMS jela tak pon kita 4g

 

Rasa seronok sangat sangat bila teringatkan zaman kegemilangan nostalgia berbalas balas kad ucapan raya ni..Kalau zaman kanak kanak girang gumbira kalau nulis kad raya pantun dua kerat ni mesti tak boleh miss .. Hikhik

 

Pecah kaca pecah gelas ,

Dah baca harap di balas ..

 

Nota kecik : Budaya menghantar kad raya ni dah semakin di lupakan kankankan ? =..=’

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

38 comments:

  1. pen merah pen biru.. u marah i luv u..hahaha. cp teringin gak nak kasi member kad raya, tp bila mintak alamt umh, dia suh tag kat fb jer senang..=='

    ReplyDelete
  2. aah la... da xramai gune kad raya sekarang..
    waawaa... rindu lak kat kad raya=(

    ReplyDelete
  3. pecah kaca pecah tong
    dah baca harap gantong...

    ahhaha memmang kenangan masa kecik2 suke hantar kad raya.. dah besar malas plak hehee

    ReplyDelete
  4. Lama giler dah tak dapat kad raya.. Tahun lepas dapat satu dari sorang blogger.. Rasanya kita blogger ni patut kembalikan balik ek kenangan hantar kad raya.. ye tak??? Hehehe..


    Entry Terbaru 1 : Cerita Putus Tunang
    Entry Terbaru 2 : Isu Video Iklan Raya dan Ramadhan

    ReplyDelete
  5. ha'a.. dah x ramai yang hantar kad raya. sekarang ni main sms aje..

    ReplyDelete
  6. yelah dah lama sangat rasanya tak dapat kad raya.meh address..bleh send 1 yg comey..hoho :p

    ReplyDelete
  7. MTT.....tau takpe skang sume suke guna medium perantaraan yg lain mcm laman sosial..

    tapi eka lebih kepada kad raya.hahaha

    eka baru buat pengumuman kat fb sapa nak kad raya sila bagi alamat..

    ramai lagi yg minat tu.jap lagi nak mula proses beli kad raya untuk yg dah bagi alamat...
    nostlagia yg bahagia...

    setiap tahun masih guna kad raya....

    ReplyDelete
  8. DULU ZAMAN SEKOLAH2 BERLUMBA NGAN KENGKAWAN SAPA DAPAT KAD RAYA PLING BANYAK.. HIHIHI SKANG HURMMMM MALAS DAH NAK ANTO.. KOSER STEMPON MAHAL

    ReplyDelete
  9. assalam..

    ihihii x kira nk2 kad rya jgk...

    stp thun mst da jgk kad rya smp kt umh..ihihii

    teringatzmn sekolah dlu..

    blh wat juai klu nk...hiihi

    byk sgt kad rya dr kwn2...

    smp skrg Ruby smpn..ihhii

    salam ziarah MTT

    ReplyDelete
  10. pupus dek ditelan mukabuku..haha..
    skrang semua nk senang je..

    ReplyDelete
  11. zaman skrg mmg canggih dan senang
    kad raya kat opis je
    buat gantung2 hehe

    ReplyDelete
  12. betul tu, zaman sekarang orang dah malas nak antar kad raya!

    tapi akak tetap akan antar kad raya tiap2 tahun utk kawan2...

    ReplyDelete
  13. tringat zaman cinta monyet dulu..hukhuk..:)

    ReplyDelete
  14. err... agak laa kdang2 kesibukkan menghalang niat kite yg nk anta kad2 nih...

    ReplyDelete
  15. wuuwuwuw
    dah lame x merasakan suasana bg kad reya ni..huhuhu
    rindu =(

    ReplyDelete
  16. @Cik Purple Pinkypuff : Haha Tu la masalahnya,baru ingat nak kembalikan nostalgia.. :(

    ReplyDelete
  17. @BERT: Kad raya tu buatkan kita semangat nak rayaaaaaa .. =D

    ReplyDelete
  18. @dylla abas : Baeknyaa hati nak pos kad raya... Hehe

    ReplyDelete
  19. @Cik Eka : Wahhh Cik Ekaa ! MTT nakkkkkk ! :')

    ReplyDelete
  20. @Pure Mahabbah Fillah : Rindu zaman kanak kanak gemilang dulu.. :')

    ReplyDelete
  21. @abdullah gazali : Tu yang kad raya pon maleh nak hantar dah tu..

    ReplyDelete
  22. @Terbelog : Gantung satu wish untuk semua orang ekk? Tak besttt ! =..='

    ReplyDelete
  23. @mas saari : Rumah MTT jangan lupa taw kak Mas.. Hehehehe =D

    ReplyDelete
  24. KALAU KAD BIRTHDAY SY GUNA LA.LAU RYA SMS JEE LA.XDE KAD2..TPI SERONOK KAD NI LAGI DR SMS KAN

    ReplyDelete
  25. @pRiNCe : Ni mesti hantar kad raya yang ada love love love tu kankankan? Haha

    ReplyDelete
  26. Setakat tahun lepas, saya dan Mr. Tunang masih lagi main kasi-kasi kad raya. Tu lagi nampak nostalgia. Tapi dengan kengkawan, sume guna mende alah yang canggih manggih jeh. Ehehe.

    ReplyDelete
  27. time sekolah2 dulu selalu bgi kad raya kat kawan2 hehe.. wah rindu pulak heehe...

    ReplyDelete
  28. nad masih simpan lagi kad raya yg nad pernah dapat dulu...hehe..zaman dulu penting sangat kad tu kan..hehe..:)

    new entry :: Day 01 - A picture of yourself with fifteen facts

    ReplyDelete
  29. dah lama sangat rasanya tak dpt kad raya yg kertas nih... org skang pakai digital jek...

    ReplyDelete
  30. kad ucapan yg sgt comeyyy...... suka3...

    ReplyDelete
  31. memang seronok zaman anta kad raya dulu..tiap-tiap hari tunggu kot2 ade kawan2 anta kad raya..:)

    ReplyDelete
  32. betul la dah lama tak dpt kad raya...zaman dah berubah semua main di hujung jari jer...sapa nak htr kad raya utk BH tahun ni sila angkat tangan...hehehe

    ReplyDelete