Friday, September 9, 2011

Apekah ? Topup handphone kena bayar cukai mulai 15 Sept ?

Assalammualaikum ..

 

Alhamdulillah bernafas sekali lagi di atas muka bumi dunia ini dan telah pon selamat memboncetkan perot kesayangan dengan nasi goreng Cik Nab dengan jayanya..Lama rasanya tak mekentedarah dengan lahapnya di siang buta di kantor..Rindu pula nak kembali ker Ramadhan..

Sedang memandu dengan rakusnya di atas jalan raya sambil mendengar radio kegemaran tak lain dan tak bukan yakni hotfm la der… Tertarik dengan perbualan mereka dengan pendengar yang seakan memprotes tentang ‘kenaikan’ harga bagi pengguna untuk seluruh pelusuk syarikat telekomunikasi yang bakal menjelang tiba pada 15 september 2011 .. Kenaikan bagi pengguna tambah nilai prabayar akan di kenakan caj sebanyak 6% yakni bersamaan 0.60sen bagi setiap tambah nilai..

Dah tiada lagi dah tanjat boboi terus OMG ! apekah ? tambah nilai pon di kenakan caj ? Pabila mereka menghubungi salah seorang daripada pihak Telco.. Kenyataan yang di katakan bahawasanya ‘kenaikan’ itu dan sebenarnya bukan lah kenaikan seperti yang di wawarkan akan tetapi adalah cukai perkhidmatan yang selama ini di tanggung oleh pihak Telco untuk pelanggan sesebuah syarikat telekomunikasi.. Ekkk ?

Hmm, segalanya naik naik naik dan naik lagi ..Alangkah indahnya bahagia serta aman dan permainya dunia terasa jika gaji kita kita dan kalian semua sama naik bersama sama dengan peredaran harga harga barang yang semakin melonjak naik .. =..=”

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

GEMPAR!!! - Top Up Handphone Kena Bayar Cukai Mula 15 Sept

KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.

Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini.

Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.

Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.

“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan
60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. — BERNAMA

 

Sumber : Mynewshub

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

Nota kecik : Lepas ni para lalink sila gunakan public phone supaya kita dapat membasmi kemelesetan ekonomi poket yang semakin rabak.. =..=”

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata..

 

belog

 

33 comments:

  1. hehe..nak naik gaji nak naik gaji, nak naik gaji nak naik gaji..hahaha..semua barang naik..gaji kita bile nak naik?jap nak tye bos..hihi

    ReplyDelete
  2. nak pasang public phone satulah kat luar rumah sebagai tanda protes...hahahahahaaa

    ReplyDelete
  3. WTFish???????????????????????? Bengong betul lah.. Ape yang tak untungnya Syarikat Telco ek? Padahal hari hari kot orang bli topup.. Gggrrrrrrrrrrrrrr..

    Entry Terbaru : Topup Dan Pek Sim Baru Naik Harga

    ReplyDelete
  4. alangkah indah nyer if gaji kita pun tut naik =) kalau macam nie kena pasang public phone laaaa....

    ReplyDelete
  5. kalau gaji naik sekali takpe la kan...ni barang naik..gaji tak naik2..huhu~

    ReplyDelete
  6. entah ape2 kan ni...suka naaa dengan duit rakyat..

    ReplyDelete
  7. itu ler .. terkejut beruk lak! pasni apa lah lagi .... :(

    ReplyDelete
  8. Unlike gilerrrrr...
    Tak kisah kalau diorang nak caj cukai tapi 6% tu dah kira tinggi..
    Why not start from 1 or 2%..
    Percaya atau tidak,..
    Akan datang 6 % tu meningkat ke 10%..

    ReplyDelete
  9. sangat la hampeh kan...lepas ni buat syarikat topup sendiri....haha

    ReplyDelete
  10. smua pakat nk guna burung merpati lpas ni..haha

    ReplyDelete
  11. OMG!!! Camne ni semua bende ada tax...Nampak gayanye sebulan sekali aje le top-up phone...

    ReplyDelete
  12. @Mr.Baiz : Ha tu la diaaa kan, g tanya bos.. :D

    ReplyDelete
  13. @d_tieah : Katanya gov tax tu memang dah ada tapi sebelum ni di tanggung oleh Telco tu sendiri =..="

    ReplyDelete
  14. @Eema Eshya : Tu la kankankan? Gaji bila nak naik melonjak lonjak cm gitu juga kan? :)

    ReplyDelete
  15. @Ezad Skytech : Harga naik gaji dok tang tu jugak mana lah tak ramai yang poket jadi rabak.. =..="

    ReplyDelete
  16. @Namee Roslan : Hmm tu la kan.. Pakai prepaid pon nak kena cukai.. Konon selama ni syarikat telekomunikasi pengguna yang tanggung.. =..="

    ReplyDelete
  17. @Acik: Lepas ni nak masuk tandas pon kena cukai perkhidmatan kot.. =..="

    ReplyDelete
  18. @My Name is Mar : Haa,setuju..Ini tak,terus menerus 6% .. Tak mustahil few month lagi akan naik mencanak.. =..="

    ReplyDelete
  19. @SoLy SoLicious : Tak pon kembalikan zaman nostalgia utus mengutus surat.. Hikhik =..="

    ReplyDelete
  20. @MARIA LIZA : Haha sebulan sekali jer topup , sekali topup RM100.. Haha :D

    ReplyDelete
  21. kesian kita kene bayar orang lain punya .. macam dah menjadi2 plak, harga barang naik.. gaji memang ciput..

    ReplyDelete
  22. huuuu
    tulah cek MTT
    sume nak naik..mangla bagi bonus itu ini
    tapi nilah cara nak hamek duet rakyat sikit2 kot..aiyoooo
    malaysia ku
    kene boh public fon depan umah la cm ni kan...hehehe

    ReplyDelete
  23. Walaupun Rm0.60 tapi kalo dah sepuluh kali topup x ke rm6 jadinye??
    aish..

    ReplyDelete
  24. bak kata BA..
    rasa macam kembali ke zaman dulu.. semua menda nak kena cukai..

    ReplyDelete
  25. aiyo, apakah semua dah nak kena cukai bagai ni? kompom ramai akan boikot dan memang setuju dgn MTT, pasni berduyun2 agaknya yang akan pakai pondok telefon. =)

    ReplyDelete
  26. semua nk dikenakan tax... makan pn kena tax, gaji pn kena gov.tax, skrg topup pn kena tax jgk.. tapi gaji kita still byk tu jugak...

    ReplyDelete
  27. Imbangi CUKAI TOPUP 6%.

    Sertai KPE TOPUP, dan dapatkan reload dengan harga yang lebih murah! Kami menawarkan diskaun sehingga 12%

    Topup Celcom RM10 = RM 9.70 + CUKAI RM 0.60 = RM 10.30 SAHAJA!
    Kami serap 3% daripada Cukai dan anda UNTUNG RM0.30!!!!!!

    Daftar lah sebagai ahli sekarang, PERCUMA !!!!!

    ReplyDelete
  28. duit kertas x de nilai dah..tu pasal sume nak naik je..gune dinar emas lagi selamat....~lalalala

    ReplyDelete
  29. salam MTT...masih ramai yg x bersetuju dgn apa yg pihak teleco ni lakukn tapi pm berharap agar dipertimbangkan caj yg akan dikenakn ni...
    kalau tak terpaksalah kita turutkn juga caj yg dikenakn itu..:)

    ReplyDelete