Wednesday, September 14, 2011

Perempuan GARANG vs perempuan LEMAH GEMALAI

Hellooooo ! Dan Assalammualaikum ..

 

Kehadapan , ketengah , ketepi dan kebelakang serta yang seangkatan dengan kekekeke selamat pagi , petang siang dan malam buat sekalian alam dan buat para lalink yang jelita , jelitup , macho serta tampan .. Mood untuk membebel syok sendiri tanpa mengeringkan air liur pada hari ini bersamaan dengan 14/09/ 2011 (Ehhhh anniversary MTT dan Mista Tunang yang ke 6 tahun 8 bulan dah laaa ! Alhamdulillah ! ) agak berkurangan dan tidak luar biasa seperti biasa..

Bila cakap pasal perhubungan ni , teringat pula satu perbualan dengan ex staff yakni seorang brader merangkap pak sedara MTT tentang jenis jenis dan sikap perempuan yang di gemarinya..Ataupon lebih tepat lagi karakter yang ada dalam diri seorang wanita..Wahhh kemain lagi boleh ada yang di gemari vs tak di gemari..

Dan semestinya sebab munasabahnya adalah nak memulakan sebuah perhubungan bukan lah mudah untuk kita membina , menjaga , menyemai munga munga cinta agar ianya harum mekar kuntum kemboja .. Hakkktuihhh !

Pabila berbicara tentang jenis jenis sikap seorang wanita dah semestinya lah terbayang bayang gadis yang ala ala ayu , anggun , lemah lembut gemalai , sopan santun sentul , dan seangkatan dengannya..Akan tetapi ya para lalink tak di nafikan ada juga para lelaki yang menggemari perempuan yang garang .. Euuwwwww ~ Like gitu .. Cehhhhhh !

 

Wanita yang lemah lembut gemalai Sekus me abanggggg ~

Dan tidak syak tidak bukan lagi wanita yang lemah lembut gemalai sudah pastinya menjadi pilihan hati serta sekalian organ para adam yakni kerana terserlah lah sifat kewanitaan yang di pancarkan tatkala itu segala jenis air liur boleh la menitis mencecah ker lutut kaki..

 

Wanita yang ala ala manja majnun  Alaaa you niiiiiii !

Wanita yang ala ala manja laila majnun juga seringkali menjadi dambaan bagi setiap para lelaki yang menetap di muka bumi dunia ini oleh kerana sifat kewanitaan yang di selang selikan dengan kemanjaan yang mampu membuatkan hati para adam bagaikan di panah duri sembilu taktkala mendengarkan suara yang lemah gemalai gitu… Hakkktuihhh !

 

Wanita yang tegas  Hmmmmmmm !

Seperti yang tersedia maklum bagi setiap makhluk yang berada di seluruh dunia , lelaki merupakan seorang manusia yang selalu memerlukan bimbingan wanita daripada aspek tertentu untuk beliau membuat keputusan bagi sesuatu keputusan yang akan di ambilnya..Di saat saat dan ketika ini para lelaki sangat sangat sangattt memerlukan seorang wanita yang tegas yang mampu membuat keputusan di saat saat genting dalam hidup mereka…

 

Wanita yang garang Aummmmmmmmm !

Siapa kata lelaki tak sukakan ke-garang-an yang ada dalam diri kaum hawa.. Erkkk ! Wanita wanita seperti ini bukanlah di kategorikan sebagai garang ataupon Singa Betina ya para lalink akan tetapi wanita wanita seperti ini di percayai oleh pasangannya mampu menjaga diri sendiri tak kira dalam apa jua situasi dan walau dimana dia berada..Garang tidak beerti wanita itu tidak mempunyai ciri ciri gadis idaman malaya akan tetapi tegas terhadap perkara yang berlaku di sekeliling merekaaa.. Cececehhhhhh !

 

Dan jika wanita tersebut mempunyai kesemua ciri ciri yang di nyatakan tolak campur bahagi darab sama dengan beliau adalah hebakkkk ! toinkkk toinkkk !

Membebel sakan bercerita tentang perempuan idaman kalbu hero hero malaya macamkan si empunya blog adalah seorang lelaki… Hakkktuihhh ! Berikut hanyalah pendapat ikhlas daripada lobak hati yang paling dalam lalu di lontarkan dalam bentuk penulisan yang tak seberapa yaa…

 

 

Nota kecik : Kata orang , lelaki lebih sukakan perempuan yang banyak cakap daripada diam membisu kerana kadang kadang lelaki ni tak mampu buat keputusan sendiri jadinya wanita sedemikian sangat sangat lah di perlukan.. Betul kahhhh ??

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

 

Yang membebel tanpa mengeringkan air liur ,

belog

51 comments:

  1. Wanita yang lemah lembut gemalai dan Wanita yang tegas menjadi pilihan...errkkk, garang?!..takut ooo..

    ReplyDelete
  2. hmm sya wanita yang mane satu ek.. hehee..

    ehemm.. happy enibeseri ye lalink.. moga bahagia cepat2 kawen ye..!

    ReplyDelete
  3. @NeoBalanoCarpus : Erkkkk , haha garang pon okay whattt .. :D

    ReplyDelete
  4. akak wanita yg garang tapi penyayang! heeheheheee..

    ReplyDelete
  5. @mas saari : Garang tak semestinya tak ada sifat penyayang kan kak ! :)

    ReplyDelete
  6. heheehehe
    mimi jenis ape eh?
    x grg..x gak mnje no..
    ntah...hahhhahahaa
    byk ckp ye..kikiki

    ReplyDelete
  7. hehehe. ada macam-macam jenis jugak ya. perkongsian yang bagus. happy anyversary jugak ya MTT. =)

    ReplyDelete
  8. @aimie amalina : Wahhh ! Banyak cakap tu yang di gemari tuh ! Hikhik :D

    ReplyDelete
  9. @Edy Ramanov : jenis ataupon lebih tepat lagi karakter.. Macehhhhh ! :)

    ReplyDelete
  10. ade lagi ke perempuan lembut, lemah gemalai??? perempuan sopan tu mungkin ade. Mostly lelaki yang sy kenal kata sy ni lemah lembut. Tapi, sy tak rasa camtu pun..rasa kelakar ade la..haha

    ReplyDelete
  11. hurmmmmmmmmmmmm i'm not sure bout this.. i think i like wanita yg garang! :D

    ReplyDelete
  12. saya yg no.3 tuh..hehe..tapi baik hati tau..haha..

    erk..lelaki nak yg banyak cakap ke..kalu gini kena belajar ringan2kan mulut..hehe..

    ReplyDelete
  13. i dah jumpa wanita yang mempunyai keempat-empat ciri2 tu.. so, kena tahan je la bila mengamuk.. hehe

    Thanks visit me, Mr Leypark. :)

    ReplyDelete
  14. nak jadi garang2 manja la..boleh? hehe

    ReplyDelete
  15. semua orang nak yang lembut. kalau macam namee garang . sbb tu laki takut. haha, nampak gaya muka pun macam keras. memang garang pun namee :P hehe. MTT mesti sweet kan !!

    ReplyDelete
  16. @Fazreen Misbae : Masih ada tapi jarang jarang ditemui kot.. Hehe Sama laaa ! Tapi tak rasa pon diri lembut,rasa macam garang ! Haha :D

    ReplyDelete
  17. @lieynanilaz : Banyak cakap tak beerti membebel tapi macam sama dengan jer.. Hehe :D

    ReplyDelete
  18. @Mr Leypark : Satu bonus laa kalau ada semua ciri ciri tuh ! :)

    Sama samaa :)

    ReplyDelete
  19. @Namee Roslan : Haha tu la kan Namee, ramai yang suka lemah gemalai.. Kata orang MTT nampak macam perempuan melayu terakhir, tapi tak rasa pon macam tu.. Kita genggg ! Seppp sepppp ! Garanggg ! Hehe :)

    ReplyDelete
  20. kikikiki..akak rasa akak dalam kategori bercampur baur kat ats..kalau nak cari pompuan jns 1 patern ja cam kat ats nun..cu carik dlm buku, musti jpa..realitinya takkan seindah itu..hahhahha

    ReplyDelete
  21. @CintaZulaikha : Kena berubaha rubah karakter mengikut keadaan kan? Hikhik Sangat setuju.. Realiti tak seindah alam fantasi :)

    ReplyDelete
  22. salam MTT....nice n3 MTT ni ...byk tip n tahu apa yg baik utk kaum hawa kat luar sana...

    mama ni jenis x lemah gemalai,x ala2 manja n x yg garang pun, tapi mama ni jenis yg tegas dlm segala hal...

    p/s cewahhh perasaan plak mama ni...

    ReplyDelete
  23. @maszull : Wasalam mama..

    Kalau kita tak puji diri sendiri sape lagi nak puji kan.. Hikhikhik :)

    ReplyDelete
  24. @Cik Ct : Betulllll ! Baru lah ade cabaran nak membanteras ego lelaki.. Ehh tiba tiba pulak kan.. :D

    ReplyDelete
  25. apa2 pun zmaan sekrg susah nak cari pompuan yg lemah gemalai..kalau ada pun "PLASTIK" je mula2 dahtu mula tunjuk belang...Apa2 pun jadi diri sendiri...Cam akak ni kategori "LEMBUT SELAMBER"..aDE KER???

    ReplyDelete
  26. sy takde dalam senarai ni kot sebab saya pompuan yg selalu blur dan rileks giler.. hahaha.. tp skli dtg gelabah, saya tak henti2 becakap.. hahaha..=_=' MTT mesti ade kan ciri2 di atas.. hihi.. ni mst wanita manja ni.. :P

    ReplyDelete
  27. Hee. Rase cm dian ni garang je. And terlampau byk cakap =.= ok la kot. Takdela laki gatal suke kacau. Hihi.

    ReplyDelete
  28. ara wanita manja.. haha.. manja ka gedix~ ngee

    ReplyDelete
  29. lain orang lain selera

    kadang2 pelik jugak sgn selera orang ni.

    ReplyDelete
  30. setiap ciri-ciri tu ada kelebihan dan kekurangan kan :)
    Asal pandai bermain dgn watak diri oklaa ^_^

    ReplyDelete
  31. hihihihhi...ehem ehemm! err alya tatau alya jenis yg mana? wahhahahahahaha

    ReplyDelete
  32. aku suka yang tegas dan berpendirian .Tahu apa yang dia mahu dan perkatakan.Lemah lembut itu perlu tetapi bukan lemah gemalai itu terlalu buat aku...keh3!

    ReplyDelete
  33. nice entry sis..kalo akak punyer sifat yg mne satu??


    follow back

    ReplyDelete
  34. happy anniversary MTT :D
    bila langsung nih ?? hehe

    ReplyDelete
  35. alaa dah la slalu texting "hmmmmm...." dgn bf hehehe ;p

    ReplyDelete
  36. garang mesti bertemu garangkan...;d/salam kenal...;d

    ReplyDelete
  37. best...

    ape2 pun ye lalink, jadi diri sendri pun sudah cukup..

    ReplyDelete
  38. sekarang ni wanita kena garang,tegas dan pada masa yg sama masih menjaga sopan santun,budi bahasa sbb ramai sgt orang jahat kat luar sana..

    ReplyDelete
  39. Ermm...dlm dunia blogging nie, sepaptutnya sesama blogger bersahabat dan tak sepatutnya ada permusuhan atau pergaduhan..

    ~smoga awk terus maju dan berjaya dlm sukan menaip(blogging) =)

    ReplyDelete