Wednesday, September 28, 2011

Plan percutian asal terpaksa di tukar ganti

Assalammualaikum..

 

 

Selamat berpetang hari buat para lalink sekalian .. Di harapnya kamu kamu kamu sudah pon kekenyangan melahap dengan rakusnya.. Alhamdulillah .. Harapkan hati ni nak merajuk sakan dengan blog muruk gara gara dan atas sebab munasabah tertentu akan tetapi ya , memang tak dapat lagi hati ni nak cekal kemain nak tahan jemari daripada terus menari..Cehhh !Tak boleh blah !

Seperti yang sedia maklum bagi yang membaca entri ke-eksaited-tan sanubari hati ini nak menunggu kedatangan bulan October , boleh rujuk entri ini ( LINK ) .. Segala plan yang telah pon di rancang dengan terapi aroma Strawberri Cekelat Celup , terpaksa di tukar..

Dan sebenarnya tiada yang benar melainkan yang benar belaka , perubahan sesuatu perkara tu tak semestinya boleh menggugat keseronokan yang telah lama terendam dalam lobak hati ini akan tetapi ianya boleh bertukar menjadi kegumbiraan yang luar biasa..

Percutian ke Pulau Perhentian Kecil akan di tukar gantikan ke percutian yang lebih menyeronokkan yakni ke London ..

Okay , sila abaikan sebab munasabahnya sangat tak relevan kalau company yang MTT kerja ni sangat berbesar hati berserta dengan tangan terbuka untuk mengeluarkan bajet sebanyak 10k bagi setiap orang.. Hakkktuihhh !

Tu la , orang cakap sebelum nak bercuti kemana mana make sure start enjin Google , kerah tulang 18kerat Google untuk mencari ;

 

  • Komen orang yang pernah berkunjung ke sana  Positif ker negartif ker
  • Ranking yang diberikan bagi tempat tersebut Konon macam Dato dan Datin Seri yang nak bercuti
  • Gambar gambar yang terbaru dan bukannya 34567 tahun yang lepas Yakni gambar terbaru
  • Lokasi tempat sama ada jauh terpinggir ataupon tidak daripada makhluk lain

 

perhentianmap

 

Kalau di ikutkan plan yang asal kami kami bakal menyelitkan diri di D’Lagoon Chalet , Pulau Perhentian Kecil (Di bulatkan merah) , akan tetapi cuba la para lalink menjulingkan sedikit bijik mata bagi melihat akan betapa terpinggirnya kami nanti.. =..=”

Tempat plan baru dan dah siap di booking di Flora Bay Resort , Pulau Perhantian Besar (Di bulatkan kuning)

Dan atas sebab sebab munasabah yang ada terpampang di atas membuatkan kami kami yang ada 4 kerat ni mengubah fikiran untuk ke Pulau Perhentian Besar dan menetap di sebuah chalet yang di berikan nama , Flora Bay Resort.. mempersembahkannnnnnnnnnnnnnnnn ,

 

Flora Garden View chalet Twin Share

 

  • Pemandangannya lebih mengujakan
  • Tempat tidur yang lebih selesa
  • Tidak jauh terpinggir
  • Keselesaan yang lebih terjamin

 

Lebih memuaskan daripada apa yang di plan kan pada mulanya.. MTT akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Besut pada jam 10malam bersamaan hari Rabu , 5hb October 2011 dan akan pulang insya’allah dengan selamatnya pada  8hb October 2011 ..

Sambung cerita balik tentang kesempurnaan percutian , tolak campur bahagi darab sama dengan mana mana tempat percutian pon pasti ada positif dan negatif komen seseorang pelancong pada tempat tu kankankan?

Kalau nak tempat yang perfect 100% silalah buat tempat percutian sendiri.. toinkkk toinkkk !

 

 

 

Nota kecik : Bakal merindui blog , 3 4 hari dah rindu macam mana nak stop kalau gini.. Cehhhh !

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

Yang sudah tak mampu bersabar lagi ,

belog

28 comments:

  1. bestnya pergi bercuti ke pulau! jeles akak...

    ReplyDelete
  2. Anyway, selamat bercuti..saya juga bakal bercuti ke Pulau Langkawi pada tarikh yg sama...

    ReplyDelete
  3. semoga perjalanan MTT selamat pergi dan balik...Amin...beli oley2 yer..hehe..

    ReplyDelete
  4. arghhhhhhhh
    meroyan tgk nihhh
    nak gi bercuti gak cek MTT
    heeee
    besnyeeeee
    selamat bercuti eyhhhh!

    ReplyDelete
  5. dulu2 zaman xde intenet, nak p mana pun,ok jer..sampai jer..tp skarang, sikit2 pakcik gugel..sy pun sama..apa2 smua tnya pak cik gugel..atuk yahoo dah tak yahoo lagi..huhuh

    ReplyDelete
  6. salam MTT...wah best nyer dpt pi bercuti...kiranya dah bertukar tempat percutian la yer x apalah janji dpt pi bercuti kn MTT...

    selamat berseronok yer...:)

    ReplyDelete
  7. pinjam rambut ;)

    selamat bercuti dear...

    ReplyDelete
  8. laaa... pegi tak cakap. jeti tu 5 minit je dari asrama aku :D

    ReplyDelete
  9. @mas saari : Jom ikut sekali kalau jeles ! Hehe :D

    ReplyDelete
  10. @MARIA LIZA : Pada awalnya plan nak ke Langkawi tapi sebab nak kan pemandanan yang boleh buat terkesima tukar ke Perhentian..hehe :)

    ReplyDelete
  11. @aimie amalina : MTT pon dah lama tak bercuti sakan nie.. Heee :)

    ReplyDelete
  12. @Pen Biru : Hehehe betul betul betul bila dah ada macam macam dalam internet ni boleh la buat pilihan yang terbaek ! :)

    ReplyDelete
  13. @maszull : Wasalam mama , yer cuma tukar tempat jer.. Hehe :)

    ReplyDelete
  14. @Lulu Caldina : Boleh , kita exchange la nak ? Hehe

    Thank you lalink :)

    ReplyDelete
  15. @RedVixen : Boleh la mai singgah nanti.. hehe :D

    ReplyDelete
  16. @Sinar Raudah : Jom ! Nanti MTT singgah Kelate amek Amy ! :D

    ReplyDelete
  17. wah..nak ikut!!!hehe..MTT comel! :)

    ReplyDelete
  18. hah MTT. bercuti ni jangan lupa plak laptop n broadband! kang jadi mcm raya hari tu. mtt terlupa broadbnd ! selamat bercuti MTT :)

    ReplyDelete