Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia ( Skema pulak , nak muntah pulak baca balik )
Orang lain dah jenuh menaep berpuluh puluh entri untuk hari ni tapi MTT baru nak terkial kial sambil cungkil daging double cheese burger yang melekat lekat kat gusi.. Ceetttt ! Kureng sopan untuk di ketahui umum tapi takpe , sharing is so loving kankankan.. Tergetiks lebih pulak di hari Jumaat yang indah ni.. Ada rasa nak lempang kan sebab munasabah nyampah sesangat.. toinkkk toinkkk ! ^^”
Hari ni dah masuk 8 bulan 20 hari MTT menerjunkan diri ke dalam dunia blogging yang dahulu kala katopnya merupakan satu dunia yang happening lagi membuatkan rasa terkesima sampaikan boleh terkinja kinja bila tidur malam sebab munasabah tak sabarnya nak hadap blog muruk ni lagi pada keesokan harinya.. Kenangan tu dah save baik baik dalam peti besi hotak ni.. =..=)
Nak bukak blog ni umpama hirup hot cekelat tepi jendela sambil menikmati keindahan lembu kat luar rumah berlari berkejaran dengan sang ayam.. Ekkk ! Okay , berbalik kepada point yang asalnya..
Nak buat blog ? Petikk jari jer bhaiii !
- Sign up nampulohlapan ratos account
- Pilih nama yang agak agak boleh dapat market mencanak
- Tulis hape saja nak tulis
- Dah settle membebel , sign out
Pernah sedang enak menikmati pemandangan bersama kawan yang tak seperjuangan MTT di ajukan soalan cepuk cemas , rasa macam nak cepuk pon ada masa tu.. Oppsss ! Sebab munasabah berbaju kurung hari ni , control ayu balik.. =..=”
Iklan seharusnya di selitkan bagi mengawal ketegangan urat mata kalian .. ^^”
“ Best sangat ker kau dok hadap blog kau 24567jam ? “
Jawapan yang MTT bagi ada dalam entri nun .. ---> SINI
Lepas dah terkebil kebil bijik mata dia membaca apa yang ada dalam entri tuh , ada lagi soalan cepuk cemas dah hampir nak tercepuk dah .. =..=”
“ Kalau kau nak jadi blogger bijak ker blogger bangang ? “

Belum ada lagi entri untuk MTT buat pilihan sama ada nak jadi blogger bijak mahupun blogger bangang.. =..=”
To kawan : Silalah baca entri ni yer wahai kawan.. ^^”
Berikut adalah pendapat peribadi MTT sebagai seorang manusia yang kerdil lagi kecil..
Memang senang sesenang beli kacang jari di kedai runcit untuk menjadi seorang blogger akan tetapi sangat sangat sukar untuk menjadi seorang blogger yang bijak sebab munasabah bijak tu subjektif kalau nak di terangkan isi kandungan dalam 2 perkataan BLOGGER BIJAK tuh..
Penulisan yang terdapat dalam setiap entri para blogger ada pelbagai,boleh klik sini untuk keterangan yang lebih lagi lagi dan lagi lagi.. ( LINK )
Sebab munasabah itu jugak lah dunia blogging ni tak pernah suram lagi muram dengan artikel artikel yang di hupdate oleh para blogger..
Blog Peribadi
Blog personal pabila blogger yang suka menaip pelbagai jenis entri yang berkaitan dengan dirinya,apa saja yang dia lakukan dalam hidup seharian dia,tak kira lah korang rasa menarik ker tak menarik ker tapi jarinya tetap gagah menari.. Kankankan..
Sambil berkongsi tentang hidup si tuan empunya blog , kita sebagai pembaca pon boleh juga tumpang ketahui tentang perjalanan hidup makhluk lain dalam abad ni..Dan sambil tu kita juga boleh ambil pengajaran dan iktibar di masa akan datang kankankan?
Macam blog Mrs Secretary , Niena Pengembara Ilahi boleh di katakan dalam setiap entri mereka ada mesej yang cuba di sampaikan dan MTT pasti itu adalah apa yang berlaku di sekeliling mereka ..
Blog Informasi
Blog yang memuat naikkan entri entri yang berinformasi adalah sangat wajar di rapati bagi menambahkan ilmu pengetahuan tentang perkara yang berlaku di sekeliling.. Tak kira lah dari puhh kanan puhh kiri sampai lah ke persekitaran kita dan membawa kepada dunia yang hebak pada abad ini..
Sambil menambah nambahkan apa yang dah lama expired dalam pala hotak ni,ada juga blog yang sering memuat naikkan berita berita yang berlaku di sekeliling kita macam blog Lulu Pages , Macam Ni Lah dan lain lain lagi banyak sangat kalau nak listkan ni.. toinkkk toinkkk ! =..=”
Blog Tegas
Blog tegas ni kategori yang suka hati limpa jantung dan sekalian organ dalam yang ada dalam tubuh badan MTT punya kategori , blog begini yang MTT panggil Blog Tegas pabila penulisan entri yang berani menyuarakan pendapat tentang apa saja yang di lihat , ataupon yang terjadi di sekelilingnya.. Contoh blog seperti berikut kalau tak kenal memang kesian , Namee Roslan , A Retarded Kitty dan yang seangkatan dengannya ..
Blog Peribadi dan Kerjaya
Blog blog yang menceritakan tentang kerjaya salah satu blog yang mampu menarik perhatian pembaca sebab munasabah , menjadi sesuatu yang menarik pabila kita dapat mengetahui tentang perjalanan hidup bidang kerjaya yang di ceburi oleh seseorang makhluk yang lain.. Sangat awesome dan bukan anoyying okay !
Blog BER-kerjaya yang sering MTT lawati adalah blog Rozita Syaz Wan ..
Tolak campor bahagi darab sama dengan tiada istilah seorang blogger bijak mahupon tak bijak dalam mengendalikan sesebuah blog.. Penulisan adalah pelbagai terpulang kepada individu tersebut untuk membuatkan beliau nampak bijak dalam menyuarakan pendapat , penceritaan ataupon apa saja la asalkan tak nampak BANGANG di mata pembaca kankankan ? =..=”
Nota kecik : Dan sebenarnya ada lagi yang terbuku dalam hati senonet ni nak menaep akan tetapi mengenangkan entri ni dah jadi panjang berjela elok lah MTT hentikan dulu sebelum kalian muntah darah kaler warna warni.. =..=
Nota kecikk : BeloG MTT ? Tak tahu nak kategori yang macam mana sebab munasabah bebel ikut suka hati jer.. ^^’
Terima kasih membaca sampai julilng bijik mata .. ^^
Luahan hati senonet ,
