.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, August 31, 2011

Para lalink sila kemari sekejap (!)



(Sticky Post) - Entri terbaru sila ke bawah dengan kadar 1800km/sesaat -



Assalammualaikum dan selamat tengah hari...




Contest highest vote ni pernah MTT post sebelum airmata pertama bergelar seorang blogger menitis..Dan segala jenis entri kan ker dah terlupus tertanam entah tak tentu hala tujuan..

So motif entri ini di wujudkan secara drastik sekali lagi? HEHE Nak minta jasa baik para bloggeryang comel lagi lotey untuk vote MTT laa... Bole? Kalau bole sila la undi dengan seikhlas hati kamu kamu dan kamu ...Boleh undi hari hari jugak taw..Kalau kalau singgah sini sambil sambil tu klik sekali dua ker knknkn? =..=

Firstly klik SINI...

Secondly tengok dekat side bar (sebelah kanan) dia ada tempat untuk vote..


Third cari no 23...



Then klik je dekat VOTE tu..Senang jer kan? HEHE


Nota kecik : Tolong menolongkan amalan yang mulia.. :)


Terima kasih kalau sudi mengundi... (^^)V


Saturday, August 27, 2011

Raya , raya jugak tapiiiiii ….

Assalammualaikum..

Terasa hangatnya bahang terasa..Dah semakin dekat dah tibanya Hari Raya Deepavali.. tak,bukan bukan Hari Raya Aidilfitri..Besok pagi selepas jer bersahur MTT akan terus bertolak ke Pulau Pinang bagi memeriahkan serta meng-hiruk pikuk kan suasana di kampung.. hehe

Siyes,makin nak dekat hari raya makin terasa tak sabar..Malam tok sah cakap la,penatnya cuba nak melelapkan mata bagi merehatkan minda serta sekalian organ dalaman badan..Akan tetapi ya para lalink,sukar betul rasanya nak melelapkan mata kerana seluruh jasmani dan rohaniah telah pon tergedik gedik sakan nak sambut raya..

Alhamdulillah semalam selamat la sudah 4 pasang baju MTT yang di tempah telah pun mendarat ke tangan tuan badan..Kemain ngelenjat lagi try semua baju sambil posing opsing hamek gambar.. Tergegey betul.. =..=”

Oleh kerana MTT ini memang jarang jarang serta jarang sama sekali menempah baju raya pada setiap tahun tu la menyebabkan MTT menempah dengan tamaknya pada tahun ini.. Kebiasaannya cuma beli baju yang dah siap terus jer,senang dan ekpress..

Kemain eksaited lagi mem-packing baju sampaikan terlebih muatan..Tak tahu mana nak sumbat dah.. Bagi yang nak memulangkan diri ke kampung halaman terchenta,MTT doakan kamu kamu dan kamu semua selamat sampai ke destinasi yang hendak di tuju..Biar lambat asalkan selamat yer..

 

memandu

Untuk pemanduan yang berhemah lagi cermat sila lah memastikan diri anda tergolong dalam golongan yang berikut ;

 

  • Rancang perjalanan
  • Rehatkan diri secukupnya
  • Tidak memandu dengan terburu-buru
  • Jika mengantuk atau letih silalah berhenti di hentian rehat berdekatan
  • Jangan memandu sambil bercakap telefon / ber-sms

 

Okay cukup sudah , masih ada persiapan yang tergendala yang seharusnya di selesaikan dengan kadar 1800km/sejam

Nak bagi kad raya sekali lagi sambil memohon maaf kalau ada salah dan silap,terlebih terkurang dari segala jenis aspek ya para lalink !

 

Maaf kaedahnya gambor terpaksa dibuang sebab munasabah tatkala itu masih belum berhijab. Mohon sesiapa juga yang ada gambar saya sebelum berhijab dibuang dan jangan di siarkan di mana-mana. *ko ingat engko retis?? HAHA Hanya secebis pesanan buat mereka-mereka* Terima kasih Smile - 30/9/2014

 

 

 

Nota kecik : Pstttt ! Tatot kat kampung tak ada line nak online

Pstttt ! Tolong lah tolong laaaa MTT paksa para lalink tolong vote MTT di SINI yer.. Tinggal lagi 2 hari jer ..HekHekHek =..=

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

Thursday, August 25, 2011

Tatkala HARI RAYA bakal menyinggah (!)

Assalammualaikum..

Hai la badan dah sememangnya tak dapat dah nak mengawal perasaan jiwa serta raga.. Perasaan girang gumbira tak sabar nak pulang ke kampung halaman terchenta sangat sangat sedang menguasai diri ini maka dengan itu, seluruh warga tenaga kerja dalaman badan dah set KEMALASAN KERJA ! TAK SABAR NAK RAYA !

Insya’allah pada hari Ahad ni selepas bersahur dengan kadar sesegera mungkin MTT dan keluarga akan bergerak balik ke kampung halaman terchenta dengan girang lagi gumbira di Pulau Pinang.. Doakan selamat semuanya ya ? Ada para lalink orang Peneng ka? Sila angkat tangan tinggi tinggi sampai pokok sena sampai nampak tiak nak tengok.. Hekhekhek

Siyes terasa dah bahangnya sampai ke dalam lobak hati yang paling dalam sedalam dalamnya dah nie nak menghias kampung halaman dengan lampu lip lap lip lap menambahkan lagi kemeriahan di Hari Raya nanti..

Keluarga MTT tak besar gedabak, ada sepicut dua ciput meput jer.. Kemeriahan menghias tu la menjadi pengganti bagi memeriahkan suasana raya kami sekeluarga..Kebiasaannya harus lah menjadi kewajiban untuk memasang segala jenis perhiasan yang menandakan bahawasanya Hari Raya akan menyinggah dan menginap selama sebulan..

Tapi bukan lah sebulan berada di kampung..Ikutkan hati serta jantung ini memang lah nak bertenggek selama mungkin ,tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab bagi menyara kehidupan anak anak , (anak tekak,anak rambut,anak anak anak anak) ..

lampu raya   pelita1 

 

Dan sudah semestinya lagi seharusnya bertungkus lumus bersama tulang pat kerat menyiapkan juadah untuk di santap di pagi hari raya.. Memalam buta seharusnya MTT membanteng tulang pat kerat ni menganyam segala jenis daun palas yang ada bagi memastikan dapat menikmati ketupat palas dengan sekenyang kenyangnya..Setahun sekali jer kankankan.. ^^

Oleh kerana jemari meruncing ini antara cucu yang mampu menganyam daun palas tersebut sebelum memasukkan isi kandungannya di isi dengan mampatnya..Jemari cucu yang lain hanya reti mengenyam jer.. Haha ^^

 

beef-rendang-curry-06  Ketupat Palas Abah  

 

Dan ber-barbeque bersama keluarga adalah salah satu acara yang wajib di jalankan bagi memastikan perot para keluarga memboroi pabila tibanya di Kuala Lumpur.. Sila jangan meliurkan air liur anda yer..Tengok dengan memejamkan mata..Erkkk !

sausages-on-barbeque barbeque

 

Di atas meja senonet haruslah tersergam indah dengan pelbagai jenis kueh mueh yang di buat oleh jemari para keluarga.. Grr ! Yakni,kueh tunjuk.. Masih belum di kurniakan kepakaran untuk membuat kueh.. (Yang sebenarnya malas tahap chipmuck) =..=”

4 1278860463_104673395_2-kuih-raya-2010-untuk-dijual-Kuala-Lumpur-1278860463

 

Dan sebenar benarnya setiap kali beraya di rumah memang akan kekurangan bekalan kueh selama sebulan ..Sebab munasabahnya malam raya kami anak beranak dah gatal tangan mengutil ngutil segala jenis kueh yang ada..

Memang setiap tahun kueh raya jarang menjadi sambutan ketika beraya,bagi keluarga MTT la..Kueh yang akan ada atas meja pon cuma yang TERselected jer seperti gambar gambar yang di lampirkan bersama mat lampir..Tart Nenas , Almond London , Semperit .. Waaaaaaaa Lagi tak sabar nak beraya…

images semperit

 

Pemberitahuan : Gambar di culik dari Tok Google

 

Nota kecik : Gara gara feeling terlebih mendengar lagu raya sehingga nak pecah speaker lappy menyebabkan entri ini terhasil secara drastik

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

Wednesday, August 24, 2011

Kad raya untuk para blogger (!)

Maaf kaedahnya gambor terpaksa dibuang sebab munasabah tatkala itu masih belum berhijab. Mohon sesiapa juga yang ada gambar saya sebelum berhijab dibuang dan jangan di siarkan di mana-mana. *ko ingat engko retis?? HAHA Hanya secebis pesanan buat mereka-mereka* Terima kasih Smile - 30/9/2014

Kalau ada yang nak menepekkan kad raya versi MTT ini di side bar silakan tanpa rasa segan dan terpilu serta sedu ya ! (Kononnya bajek ada yang sudi..Haha)

Wahai rakyat jelata sekalian..Sesungguhnya jauh di sudut hari ini terasa sangat la malas semalas malasnya untuk berhadapan lagi 2 hari untuk mula bercuti dengan rasa girang lagi gumbira.. MC jela okay tak? Hekhekhek

Jiwa dan raga serta sekalian organ dalaman badan telah pon menyatakan hasrat sesungguhnya tak sabar rasanya nak beraya di kamoung halaman terchenta nun di Peneng sana.. MerdekaRaya di Peneng la pada tahun ni..Tak sabar nak balik kampung !

Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi , MTT dengan rasa berbesar hati dan merendahkan diri walaupon sememangnya fizikalnya tinggi , ingin menyusun sepuloh jari memohon seribu keampunan daripada para lalink sekalian kalau ada salah dan silap,terkasar entri atau terover daripada segala jenis aspek..

Di harapkan raya kalian pada tahun ini lebih bermakna daripada tahun tahun yang sebelumnya..Dan semoga kita semua di berkati..Amin

 

Nota kecik : Dah lama tak pampang muka kat blog terasa malu pulak.. =..=

Nota kecikk : Kalau ada yang nak kad raya original boleh PM di MukaBuku MTT yer,insya’allah kalau berkesempatan MTT cuba pos kan..

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

Bloglist BLOGGER RAYA updated (!)

        

Assalammualaikum ..

Terasa sangat la malas pagi hari yang indah ni nak meninggalkan bantal yang empuk di rumah..Saat saat akhir mula lah badan bersatu menyatakan hasrat yang sesungguhnya wahai mood raya silalah nyah seketika buat beberapa hari agar dapat menunaikan tanggungjawab di akhir akhir Ramadhan ni.. =..=”

Okay,sila abaikan mukadimah di atas kerana MTT dengan muka tak malu lagi selamber nak memberitahu para lalink sekalian bahawasanya MTT sangat la malas sejak dua menjak cuti dah nak dekat ni..

Berbalik pada topik yang asal yer,MTT telah pon memasukkan url blog yang join Jom Join Bloglist Aidilfitri Ben Ashaari semalam di dalam bloglist Blogger Raya , nak letak Blogger Aidilfitri panjang sangat.. HekHek

Sila check url blog anda dan jika ada yang ketinggalan yang telah meninggalkan komen di ruangan komen entri ini (LINK) sila nangis sambil hentakkan kaki berentak RnB.. Ehh tak,remind MTT semula yer,tapi rasanya semua dah sedia ada dah..

Spot check akan di jalankan sebentar saja lagi,kalau kalau ada yang masih belum meletakkan terpaksa la bilangan 33 yang dah di hupdate di kurangkan.. Kena la adil dan saksama yer tak ?Sila check dengan kadar segera ya !

          bloglist1   Bloglist3       

           bloglist5 Bloglist2

            Bloglist6 Bloglist7

  1. http://yuyukstandalone.blogspot.com/
  2. http://aimieamalinaazman.blogspot.com/
  3. http://informations-the.blogspot.com
  4. http://genkcorner.blogspot.com/
  5. http://musicbrilliant.blogspot.com/
  6. http://emmaeema.blogspot.com/
  7. http://syarafikamaruzzaman.blogspot.com/
  8. http://kederatmuda.blogspot.com/
  9. http://anasweetblueberry.blogspot.com/
  10. http://pandapino.blogspot.com/
  11. http://storytentangcerita.blogspot.com/
  12. http://anarahman22.blogspot.com/
  13. http://wonderfullythought.blogspot.com/
  14. http://sayapunyasukalaaa.blogspot.com/
  15. http://kakkoii-me.blogspot.com/
  16. http://www.alepridz.com/
  17. http://zeehan-solace.blogspot.com/
  18. http://cekedismanis.blogspot.com/
  19. http://cthaslinda.blogspot.com/
  20. http://hanyzhamhadny.blogspot.com/
  21. http://budakshumort.blogspot.com/
  22. http://www.areliff.com/
  23. http://faridahnazuahthesinge.blogspot.com/
  24. http://maszull.blogspot.com/
  25. http://abyazree.blogspot.com/
  26. http://juerayyan.blogspot.com/
  27. http://gebangkembangwiflea.blogspot.com/
  28. http://ezzaalias.blogspot.com/
  29. http://shazwanieybubblebloggie.blogspot.com/
  30. http://depalma-sp.blogspot.com/
  31. http://miss-nadya.blogspot.com/
  32. http://ourkizuna.blogspot.com/
  33. http://littlequeenstory.blogspot.com

 

 

Nota kecik : Next entri kad raya untuk para lalink !!

 

Terima kasih membaca samoai juling bijik mata .. ^^

Monday, August 22, 2011

MERDEKA pada nama tapi kita masih DIJAJAH (!)

Assalammualaikum ..

 

Pemberitahuan : Entri ini tidak panjang berjela ataupon berunsur perkauman.. Ohhhh ! Gosip laju jer nak menelaah yer, bab patriotik jangan memalaskan diri ya..

 

MerdekaRaya !!

merdeka

Haihh sibuk benor dengan entri sakan nak beraya dan cuba mengembalikan tenaga setelah seharian berpuasa.. Macam la kerja angkat tong gas berat berat sampaikan terjelepot sehinggakan melukut di tepian ladang gandum..

Tak kurang lagi 7 hari kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Err tak,tak cukup dah entri pasal raya ..Tahun ni kita merayakan 2 hari kebesaran yang bermakna yakni Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Kemerdekaan negara terchenta..

Ramai yang mengaku hidup dalam kemerdekaan, dan yang pastinya sememangnya ramai yang boleh memberitahu dengan dengan rasa bangga dan berbesar gedabak hatinya tentang erti kemerdekaan..

 

 

MERDEKA ? Bebas daripada penjajahan fizikal dan mental

MERDEKA ? Negara bebas daripada jajahan

MERDEKA ? Negara bebas dari peperangan

 

 

Kalau sebut pasal merdeka ataupon laungan kemerdekaan semestinya budak seawal umur enam tahun pon dah mampu melaungkan MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! dengan penuh semangat kembara ngalah kan myvi baru lagi best lagi lagi best tuh !

Tapi dan sebenar dan sebenar benarnya ada juga para manusia yang menetap di atas planet bumi dan celahan pelusuk yang di berikan nama Malaysia masih tak terlepas daripada jajahan pemikiran..

 

Euwwww ~ Berniaga kat bazaar Ramadhan ?

Euwwww ~ Meniaga kat kedai makan ?

Euwwww ~ Duduk flat jer ?

Euwwww ~ Duduk rumah setinggan jer ?

Euwwww ~ Baju you tak branded lolz ..

Euwwww ~ Baju pasar malam jer you pakai ?

 

Ramai yang mengaku hidup dalam negara yang dah mencapai kemerdekaan, bebas daripada segala jenis jajahan sekali gus turut merasakan bahawasanya sekalian organ badan dah pun bersatupadu menyatakan yang tuan punya badan dah benar benar merdeka..Merdeka daripada segala jenis aspek la kononnya..

 

Tapiiii tapiiii tapiiiii , Dalam sedar tak sedar masih ada lagi yang pemikiran di jajah ?

 

Why are the McDonalds outlet playing the Muslim chant during the dinner time in the restaurant ? Can I request Buddhism chant on Wesak Day ? ( LINK )

 

Sebab munasabah itu lah MTT katakan bahawasanya kotak pemikiran makhluk yang menetap di atas muka bumi yang di beri nama Malaysia ni masih ada lagi yang di jajah.. Mungkin kemerdekaan yang di kecapi Malaysia pada hari ni masih tak dapat nak di hargai dan di rasai..

Yela,lahir ke atas muka bumi ni negara dah pon merdeka..Tak yah dah nak senseng seluar kaki sampai paras lutut,tak yah dah sensengkan lengan baju sampai siku nak berhempas pulas dapatkan sesuap nasi .. Tu pon yang dapat di jamah pon ubi kayu jer untuk meneruskan kehidupan..

 

Tapiiii tapiiii tapiiiii , zaman sekarang ni dah tak payah dah nak bersusah payah macam sebelum ni ..

 

Lapar ? Fast food ada,call jer .. Tak sampai setengah jam dah dapat memboroikan perot dengan kadar segera kankankan? =..=”

Yela,kita ni manusia yang hidup dalam zaman yang serba moden kan,nak apa semuanya ada,tak payah dah nak bersusah payah..Apa saja semuanya dah tersedia dan tersergam indah depan mata..Sebab munasabah itu lah agaknya masih ada yang pemikirannya di jajah..

Secara langsung mahupon tak langsung , perkara perkara begini hanya mendatangkan kemudaratan.. Orang nak hidup dalam negara yang aman,damai tapi ada juga yang masih  nak wujudkan konspirasi agar tercetusnya perbalahan sesama kita..

Pandai cakap , “ kita 1 Malaysia maaa .. “

Akan tetapi sebenarnya pemikiran kita ni masih lagi di selubungi misteri nusantara..Ehh tak tak di selubungi dengan pemikiran seperti orang orang yang tak sayangkan negara,yang tak chenta kan kedamaian malah sukakan perpecahan .. Wallahhualam..

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara yang ke – 54 , semoga negara kita akan terus menerus aman serta damai lagi permai tanpa adanya perbalahan di antara penduduk di Malaysia yang berlainan etnik mahupon kepercayaan agama..

Kita semua serumpun,berpijak di atas negara yang sama,jadikan lah apa yang berlaku di negara luar sebagai iktibar dan renungan untuk kita terus mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara..

 

 

Nota kecik : Sepatotnya bersyukur hidup dalam negara yang aman dan tak ada perpecahan..

Nota kecikkkk : Makan minum semuanya cukup sampaikan ada yang terlebih,macam mana pulak kalau kita berada kat tempat mereka ni ? (LINK)

Masa tu baru nak menghargai keamanan dan persefahaman yang pernah di kecapi dah terlambat (!)

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

Kad raya daripada BLOGGER untuk MTT

Assalammualaikum..

 

Entri ni sepatotnya di hupdate dengan kadar segera pada Jumaat yang lepas,akan tetapi oleh kerana hal hal yang penting lain terpaksa di dahulukan terpaksa la meng-carry forwardkan entri ni pada hari Isnin raja segala kemalasan ini..

Terima kasih pada Mrs Secretary a.k.a Kak Mas dan juga  owner blog sitiumairahsaat dan Oshin yang sudi,baik hati menghantar kad raya kepada MTT,terharu…Sekian lama tak dapat kad raya daripada rakan taulan.. Yela,sekarang ni kan zaman dah moden..Segala jenis tradisi pon seakan pupus di telan waktu..

Tak main la kad raya kan,laman bersawang kan ada .. (LINK) =..=”

Tapi tak kurang juga yang masih mengerah tulang pat kerat untuk mengembalikan zaman kegemilangan raya yang terdahulu dengan menghantar kad raya pada rakan dan taulan..

 

 

IMG00891-20110820-0935

IMG00889-20110820-0934

Terima kasih : www.massaari.com

 

 

IMG00893-20110820-0936

Terima kasih  : www.sitiumairahsaat.blogspot.com

 

Dan MTT juga mendapat duit raya sebanyak 50 hengget daripada seorang blogger ni..Memang baek hati sesangat..Kecik tapak tangan stadium Bukit Jalil MTT tadahkan.. Hehe

 

IMG00895-20110822-1508

Dan sebenarnya ianya adalah kad raya yang sangat chomel ya para lalink !

IMG00896-20110822-1508

IMG00897-20110822-1508

Terima kasih : www.gurlgemini.blogspot.com

 

 

Nota kecik : Kan best kalau semua makhluk yang chomel serta macho di atas muka bumi ini cuba mengembalikan tradisi yang dah lama kita tinggalkan.. =..=”

Nota kecikkk: Tapiii tapiiii tapiiiii , mungkin ada yang tak ada masa yer tak ? =..=”

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

Sunday, August 21, 2011

Ramadhan bulan pengampunan

Assalammualaikum..

 

Terasa rindu sangat dengan blog tersayang ni,nak nangis hentak hentak kaki berentak RnB jer bila tak dapat menghadap sampai lebam bijik mata..Tak pernah buat kerja gila sampai 3 hari tak meng-hupdate sebarang jenis entri bagi menjulingkan bijik mata kalian..Adakah ini tanda tandanya sesungguhnya blog ini akn terkubur sepi dan terkulai layu di mamah masa tak lama lagi.. =..=”

Bukan sengaja apetah lagi dah nyampah hadap blog ni akan tetapi masa yang ada sangat membataskan untuk menaep panjang berjela sejela roti jala untuk tatapan kalian..Nak cuba meng-auto publishkan entri pon terasa tak berdaya mata dan minda ni nak bersengkang mata setelah penat lelah seharian di siang hari… Teruk betul penyakit “M” MTT ni kan? =..=”

Buat yang sudi berkunjung ke blog ni tanpa adanya entri terbaru yang boleh menjulingkan bijik mata anda,maafkan MTT sekiranya belum sempat untuk membalas serta menjejak semula ke blog anda..Siyes,memang masa sangat terhad di bulan yang mulia ni..

Terasa juga nak pinjam poket doraemon agar dapat meng-hupdate seperti sedia kala..

Pejam celik kenyit kenyit mata,tak kurang lagi seminggu kita semua akan menyambut hari raya Aidilfitri , memang sibuk ngalahkan PM membuat persiapan raya pada tahun ni.. Tak kurang juga ke sana ke sini buka puasa.. Dah macam Datin Sri Paduka Bagindot dah.. Kihkihkih ^^

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang tak lama lagi nak sampai ke penghujungnya ini MTT ingin la menyusun sepuluh jemari chomel ,dari hujung kuku kaki sehingga hujung anak rambut ingin memohon sekiranya terdapat salah dan silap buat para lalink sekalian..Kad raya untuk para lalink akan MTT hupdate besok ya ! Kita ni manusia , rambut sama pacak,sanggol sama tinggi,mana tahu ada salah silap yang tak di sengaja kankankan? Sobbbsss ~

Bulan Ramadhan ni bulan yang mulia,sekiranya ada salah dan silap yang orang lain lakukan pada kita seeloknya la kita memberikan kemaafan,secara tak langsung kita dapat bersihkan jiwa dan raga kita..Kalau kita berdendam hidup kita pon tak akan jadi senang apetah lagi lenang..

 

 

Nota kecik : Sedangkan Nabi mengampunkan umatnya ini kan pula kita manusia biasa yang tak pernah lepas daripada kekhilafan..

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ..

Thursday, August 18, 2011

Perkara begini tak sepatutnya berlaku :(

Assalammualaikum ..

 

Tolonglah wahai otak,tolong lah berkerjasama dengan jemari yang panjang meruncing ni agar dapat meng-hupdate segala jenis entri dengan sekerap kerap yang mungkin..Ini pengalaman pertama berpuasa setelah menjinak jinakkan diri dalam dunia blogging ni pada Januari 2011 ..

Memang ini ker rasanya ? Otak dan sekalian organ dalaman seolah olah tak mahu bersatupadu berganding bahu untuk menghasilkan entri agar dapat menjulingkan bijik mata kalian ? =..=”

Jari jemari pon seakan kecut di sedut aura sekuat harimau daripada corong corong dan celahan muncung air-cond..Habes segalanya mengecut.. Kan bagus kalau boleh di sedut sekali lemak yang datang bertandang supaya kekal langsing dan mamping.. Haktuihhh .. =..=”

Di kala malam hari pulak memang langsung tak sempat nak menghadap lappy dengan perot yang memboroi dan cuba menunaikan apa yang sepatotnya di tunaikan..Sesekali tu mata ni nak juga menjeling jeling ke blog tersayang tapi bila badan dah penat mulalah mintak bertenggek atas bantal yang empuk..

Kemain mengada ngada lagi badan dan warga kerjanya pada bulan Ramadhan ni.. Ngalahkan orang yang berkerja kat tengah panas terik,ngalahkan orang yang kerjanya membuat bangunan..Dah di berikan keselesaan tapi masih lagi nakkan yang lebih selesa..

Tu la dah namanya pon manusia kankankan,mana lah pernah puas dengan apa yang dah pon di miliki..Bagi betis nak peha.. Erkkk !

Dah bosan hari hati mekentedarah ayam percik , nk makan apa pulak hari ni ekk ? Peha pon dah macam drumstick dah.. =..=”

 

 

Nota kecik : Dan sebenarnya kan para lalink sekalian,entri ni entah mana datang entah..Nak hupdate pasal benda alah lain tadi.. =..=”

Nota kecikkkk : Teringin nak makan bubur lambuk laaa..

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

Wednesday, August 17, 2011

DTS lagi & Kentot anak sendiri (?)

 

ww

 

Nota kecik : Apekah ? Salah satunya terpaksa di sorokkan bagi menghormati mata anda yang sedang berpuasa.. Kuikui ^^

Video awan jatuh menyembah bumi (!)

 

video awan jatuh ke bumi

Subhanallahhh …

 

Sungguh ker ni yer ? =..=”

 

Credit to : Prince

Tuesday, August 16, 2011

Raya OH! Raya (!)

Assalammualaikum ..

 

Selamat pagi para para lalink yang shomel lagi macho dan hebak hebak di abad dan alam semesta ini..Alhamdulillah hari ni dah masuk Ramadhan yang ke 16 , ada tak yang mengkantoikan diri dengan tidak berpuasa dengan secara sengaja mahupon tak sengaja ? Silakan angkat kening ngalahkan Ziana Zain .. Heeee~

Insya’allah dalam 2 minggu lagi kita semua akan dapat beraya sakan bersama sanak saudara serta keluarga tersayang.. Memang terasa dalam hati ni tak sabar kemain nak balik beraya di kampung,yela setiap tahun kan pasti ada kelainannya..

Dah check dah list persiapan raya pada tahun ni? kalau belum silalah check dengan kadar sesegera mungkin..MTT dah memeningkan kepala sampai terasa nak telan panadol dah petang semalam , tu baru check list belum lagi mengeluarkan apa yang patot.. =..=”

Dalam sibuk nak buat persiapan beraya sakan pada tahun ni jangan sampai TERover bajet pulak yer,nanti lepas raya kena sambung puasa balik.. (Kesederhanaan tu penting) ..

MTT cuba sedaya lebih upaya untuk membuat persiapan dengan kadar 1800km/sesaat oleh kerana lagi 2 minggu raya akan menjelang tiba.. Pagi tadi drive sambil dengar lagu raya terasa bagai nak gila di buatnya,terasa pulak nak patah balik ke rumah packing baju terus menuju ke Peneng.. Nngeee~

Seperti biasa pada tahun 2011 dan tahun tahun akan datang MTT akan terus menerus untuk berpegang pada prinsip mengamalkan kesederhanaan supaya tidak membazir dan tidak terduduk di tepian gantang sampai ibu jari tangan di sumbatkan ke dalam mulut yer..

Cuma mendahulukan keperluan dan segala keinginan hati yang tertanam dalam lobak paling dalam ini sememangnya akan di ketepikan,bukan niat untuk membiarkan ianya melukut di tepian gantang tetapi harus dan wajib untuk mementingkan mana yang perlu berbanding dengan yang tidak perlu..

Pening pulak nak fikir baju raya anak anak .. Erkkk ! Bila masa pula entah beranak.. =..=

 

 

  • Servis kereta (Termasuk tukar tayar yang baru)
  • Baju Raya (Baru tempah sepasang,lagi 2 pasang esok baru nak hantar..Naseb Cik Yah baek hati..Hehe)
  • Kasut Raya (Tak penting)
  • Beg Raya (Tak penting)
  • Tukar duit raya (Jangan mintak alamat nak datang raya pulak taw.. bluerkkkss)
  • Kueh Raya (Kueh tunjuk jer)

 

Pada masa dan ketika ini hanya ini sahaja la yang bermain di benak pemikiran yang seciput ni.. Otak dah jem dah tak taw apa lagi yang perlu di masukkan dalam list persiapan raya.. Ini baru hidup sendiri,yang dah berkeluarga tu mesti lagi pening lalu migrain memikirkan persiapan raya untuk anak anak lagi kankankan?

 

 

 

Nota kecik :  Setiap tahun terasa makin besar komitmen.. Tanggungjawab tetap tanggungjawab yer tak ? Smile

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata..

Monday, August 15, 2011

SAYA BLOGGER PRIHATIN



Saat kita merungut dan jarang² mengucapkan syukur ,
Ada yang lebih memerlukan terus cekal berjuang untuk hidup 


santai ben ashaari 5


Kalau anda blogger yang prihatin join dengan kadar segera di SINI .. 


Salam Ramadhan ,
   Owner BeloG MTT

     

Tempahan Baju Kelab Blogger di buka lagi (!)

Dah macam iklan la pulak tajuknya entri ni.. Okay di pendekkan serta tak di panjangkan entri ini adalah kerana para lalink sekalian berpuasa dengan penuh kesabarannya sehinggakan terkuyu bijik mata ..

Dengan ini bahawasanya ingin di beritahu bahawa tarikh hari raya Aidilfitri jatuh pada.. Tak takk entri ini di wujudkan secara drastik dan tiada niat sebaris plastik untuk memberitahu tempahan untuk baju Kelab Blogger telah pon di buka lagi pada hari ini ! Sebab munasabah ramai yang bertanya macam mana nak tempah kankankan?

 

BAJU BEN 1_thumb[1]

 

BAJU BEN 2_thumb[2]

 

Ada banyak kaler lagi .. Boleh rujuk entri INI ..

 

Untuk tempahan sila rujuk entri Mista Sifu di sini ( LINK )

HARGA : RM25 sehelai

  • Ada banyak warna
  • Ada banyak saiz
  • Ada lengan pendek dan juga panjang

 

Nota kecik : Jangan nanti tempahan dah tutup baru nak menangis keluar airmata kaler pelangi yer..

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

Hipokrit vs Diri Sendiri

Assalammualaikum ..

 

garang & manja

Selamat pagi bercampur baur hampir ke tengah hari buat para lalink yang comel lagi kacak bergaya bersama dengan keyboard terchenta masing masing di bawah jemari.. Cuba nak menceriakan diri dengan jemari lemah gemalai untuk menaep entri yang tak seberapa bagi tidak membiarkan blog ini terus menerus usang di mamah lebahan ..

Ish ish entah kenapa la wahai jemari dan kepala hotak ni..Idea ada tersembol jembul tapi jemari ni sangat membataskan diri daripada terus menerus menghadap lappy sambil lebam bijik mata dan kuyunya kelopak mata..

Cuba juga untuk meng-hipokritkan diri serta seluruh warga kerja badan yang dah semakin mok ni supaya riang gumbira seperti sedia kala tapi entah la , kemana perginya segala jenis mood tu pon MTT sendiri tak tahu.. Ada sape sape jumpa ? Kalau jumpa sila pulangkan pada MTT dengan kadar segera yang mungkin ya.. =..=”

Kalau sebut pasal hipokrit , tolak campur bahagi darab sama dengan ;

 

"(orang yang) berpura pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yg b'lainan dr yg sebenarnya ; munafik". di petik dari SINI ..

Sifat hipokrit dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling adalah sesuatu yang amat berbeda lagi tidak sama ya anak anak .. Kata orang tu bila kita masuk ke kandang kambing kita meng-gembik,bila masuk ke kandang harimau kita meng-aum..

Kalau di fikirkan secara logikal lagi bernas, memang lah tidak perlu lagi tidak sehat jika di amalkan hidup dalam dunia hipokrit.. HIPOKRIT dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling adalah dua perkara yang tidak sama apetah lagi serupa..

 

  • Di rumah                Seorang yang getiks seakan kebudak budakan sedikit
  • Di alam pekerjaan   Sedikit serius dan kurang senyum
  • Di luar @ kawan      Sedikit huha huha dan sedikit loyar buruk
  • Di luar @ famili       Sedikit kebudak budakan dan sensitif

 

Mencuba menjadi seseorang lain dan berubah rubah karekter mengikut peredaran masa dan cuaca adalah sesuatu yang normal dalam hidup seseorang makhluk yang bergelar manusia .. Kalau la tak kira dalam apa jenis keadaan sekali pon kita cuba untuk menjadi diri sendiri tapi tak kena pada gaya dan masanya ianya adalah sesuatu yang sangat mengjengkelkan lagi nak terasa memuntahkan darah kaler cekelat ayam kuah ayam percik bagi mereka mereka yang melihat mahupon mendengar.. ( Dah macam bagi syarahan pulak )

 

 Nota kecik : Seeloknya pandai pandai la membawa diri tak kira dalam apa juga situasi..

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

 

 

Sunday, August 14, 2011

BEN ASHAARI, PENDAPAT SAYA IALAH

santai ben ashaari 5

Join klik SINI ..

Saturday, August 13, 2011

Elaun Cola untuk kaki tangan swasta 15 Ogos 2011

Assalammualaikum..

Selamat pagi para lalink yang macho lagi chomel di seluruk pelusuk dan celahan dunia.. Terasa sangat la malas untuk meng-hupdate blog terchenta sebab munasabah keadaan internet di kantor sangat la membataskan daripada terus menerus bermaharajalela apetah lagi berjimba jimba jembol sampai tersembul bijik mata dengan blog kesayangan..Sangat kejam .. =..=”

Pagi ni terdetik la di hati sanubari murni ini untuk meng-online mukabuku dengan kadar 1800km/sesaat,entah kenapa terasa bagaikan ada daya tarikan yang memanggil manggil MTT untuk terus menerus membuka mukabuku sebelum blog kesayangan..

Tiba tiba terkezut dengan satu note yang di-tag di mukabuku..Mata yang kuyu terus terbeliak sakan,kelopak mata yang layu terus mekar kuntum kemboja.. Hakktuihh ! Kemain terbeliak lagi mata baca satu keratan note yang telah di-tag oleh seseorang.. Dan pastinya ianya satu berita gumbira bagi kakitangan swasta yer..

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Elaun Cola untuk kaki tangan swasta 15 Ogos 2011

 

Putra Jaya - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Ogos 2011 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. 

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-     

  1. SuratPerlantikan Kerja - Original                                             
  2. SuratPengesahan Kerja- Original                                             
  3. SuratAkuan Majikan - (Tempat terakhir masih bertugas) 

DAN

80 penutup botol Coca-Cola... ...... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola! Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar  belaka ekk...... Whuawhuawhuawhuaaaa??..aku takmo terkono sorang2?.. so aku share ler dgn korang.... huhu                 

just for fun... :)

Totally di copy paste : Mukabuku

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Nota kecik : Kureng asam jeruk mangga betulkan ?? Eksaited kemain la tadi masa baca sampai perenggan kedua.. =..=”

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

Friday, August 12, 2011

Baju Kelab Blogger dalam genggaman (!)

Assalammualaikum ..

 

Setelah puas berkayuh daripada sungai sinun ke sungai sini akhirnya berakhir juga lah sebuah penantian..Penat kemain menanti penantian ni.. Rasa nak terbang laju laju ke Pontian jer.. Erkk ?  duatiga hari lepas MTT ada bertanya kan kepada Mista Sifu tentang status baju Kelab Blogger yang telah pun di tempah tempoh hari .. (Dah macam pembaca berita la pulak)

Oleh sebab munasabah ada masalah teknikal dan elektrikal.. Grr tak tak atas sebab tertentu baju yang di tempah tersampai di tangan empunya owner owner blog yang menempah jadinya baju tu agak terlewat sedikit sampainya..

Tengah hari tadi berakhir lah sebuah penantian..Eksaited kemain nak tunggu baju yang ada logo Kelab Blogger dan url blog tertempek di bahagian belakang sampaikan nak melompat ibarat main jongkang jongket jer siang tadi.. Hikhik

Puasa membataskan daripada terus menerus meneruskan hasrat dan niat suci murni minyak sapi tuh..Jadinya di tahan sehinggakan tak tertahan rasa di hati hanya menjadi pemerhati bungkusan di tepi table dan meneruskan kerja seperti biasa..

Taep panjang berjela macam roti jala pon para lalink baca skip skip juga yer tak? Mencikkk !

Mempersembahkan laaaa gergasi memakai baju yang di nanti nanti kan….

Choppppp ! Tak pakai,cuma snap gambar baju jer sebab munasabah MTT dah mok ! Malu aii you… =..=”

 

SAM_0142 SAM_0144

 

Yang ada tulisan Gua Blogger Citer Baek Baek punyaaa !! tu kat bahagian depan dan yang ada url blog tu pulak di bahagian belakang baju..Dan logo Kelab Blogger tu pulak pada sebelah kiri baju..Ada berjuta lemon ais kaler baju ni taw..Sangat rugi lagi ralat sekiranya tak mendapatkannya dengan kadar sesegera mee meggi slurrppp !

 

Nota kecik : Minggu depan tempahan di buka semula !! Keterangan lanjut klik SINI ..

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

Senarai lagu raya yang menjadi pilihan anda (?)

Assalammualaikum ..

 

Hari ni genap lah 11 hari kita semua menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.. Tak terlambat dan lewat lagi kat nak wish sekali lagi Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan yang mulia lagi indah ni..Semoga amal ibadah kita semua di terima hendaknya..Amin..

Kebiasaannya pada setiap kali tibanya hari raya Aidilfitri pastinya kita tak terlepas daripada merasai gelombang serta kehangatan aura Aidilfitri tersebut.. Waaaa rasa tak sabar pulak nak beraya tahun ni sebab munasabahnya setiap tahun pasti ada perbezaannya kankankan?

Tatkala telah menjelangnya Ramadhan yang ke 15 pastinya kedengaran di corong corong radio akan berkumandang dengan lemak merdu la di semua stesen radio lagu lagu raya..Alangkah terasa seperti di awang awangan la pabila mendengar lagu lemak merdu..

Di saat berpusu pusu nak membeli belah sehingga rambang dan tersembol jembol bijik mata,pasti terasa di buai syahdu dengan dendangan lagu lagu raya yang berkumandang..Dah feeling feeling nak raya macam la lagi 3 4 hari nak raya .. Hikhik

Bagi MTT lagu raya lama lama lebih menjadi pilihan hati serta hempedu,lagu raya yang latest latest ni agak mengurangkan sedikit sebanyak feel raya tu.. Lagu raya lama lebih lemak merdu bergelamai sehinggakan cair tahik telinga mendengarnya..

Sound check sound check… Senarai lagu lagu raya yang seringkali mencairkan tahi telinga …

Lagu-hari-raya

senarai lagu raya

(Hail Ameer  & Uji Rashid)     Seloka Hari Raya
(P Ramlee) Dendang Perantau
2 By 2 & Haliza - Hari Raya
2D - Di Pinggiran Aidilfitri
4U2C - Bergema Takbir
Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
Ahmad_Jais_-_Dari_Jauh_Kupohon_Maaf
Aishah - Pulanglah
Aishah - Senandung Lebaran
Aishah - Setitis Cahaya Di Aidilfitri
Ajai_-_Rindu_Di_Aidil_Fitri
Aman Shah -  Kepulangan Anakmu
Amy Mastura - Bersama Di Hari Raya
Anuar & Elina - Suasana Di Hari Raya
Anuar Zain & Elina - Kain Pelekat
Aqasha - Musafir Di Aidilfitri
Artis Suria Records - Selamat Adilfitri
Asha Malik - Pulang Di Hari Raya
Awie - Raya Yang Sempurna
Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di desa
Black Dog Bone - Cahaya di Aidilfitri
Cenderawasih - Bersama Di Hari Raya
Dendang Mutiara - Gerimis Di Aidilfitri
Di Suatu Hari Raya
DJ Dave - Menjelang Hari Raya
Dr. Sam - Esok Hari Raya
EMI - Seloka Hari Raya
Erra Fazira - Mulia
Fazidah Joned - Aidilfitri
Fazidah Joned - Selamat Hari Raya
Feminin - Kurniaan Di Hari Raya
Firdaus - Miskin Kaya
Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya
Jalil Hamid - Raya
Jamal Abdillah - Maafkan Segala Keterlanjuran
Jay Jay - Gurindam di Pagi Raya
Jay Jay - Hari Raya Bahagia
Jeffrydin - Musafir Di Aidilfitri
Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru
Krisya - Suatu Hari Di Hari Raya
Sanisah huri - Selamat Hari Raya
DJ Dave -Menjelang Hari Raya
Saloma -Selamat Hari Raya
Liza Hanim - Ku Pohon Doa Di Hari Raya
Liza Hanim - Salam Kejauhan
M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
M. Nasir - Salam Dunia
M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
Man Bai & Raihan - Harapan Ramadhan
Maz - Suasana Di Hari Raya
Nada Murni - Hari raya hari yang Mulia
Noor Kumalasari - Pulang di Hari Raya
P. Ramlee - Dendang Perantau
P. Ramlee - Suara Takbir
Rabbani - Di Ambang Syawal
Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
Rahimah rahim - Selamat berhari raya
Rahimah Rahim-Selama
Rahmat Ramadhan
Raihan - Gema Takbir
Ramlah Ram - Hari Raya Hari Bahagia
Rem - Mulianya Ramadhan
S. Jibeng - Musafir di Aidilfitri
Salam Kemaafan
Saloma - Aidilfitri Hari Mulia
Saloma - Selamat Hari Raya
Sanisah Huri - Aidilfitri
Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
Ahmad jais - Selamat Hari Raya
Senandung Aidilfitri
Senario - Puasa & Raya
Senario - Seminggu Berhari Raya
Shades - Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal
Sharifah Aini - Hai Selamat Hari Raya
Sharifah Aini - Nostalgia Aidilfitri
Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
Sheila Majid - Hari Mulia
Siti Nurhaliza - Aidilfitri Di Alaf Baru
Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal
Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri
Siti Nurhaliza - Bila Raya Menjelma
Siti Nurhaliza - Hari Raya
Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran
Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
Siti Nurhaliza - Suara Takbir
Siti Nurhaliza & Noraniza Idris - Nikmat Hari Raya
Sudirman - Balik Kampung
Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
Sudirman - Selamat Hari Raya
Sudirman-Balik Kampung
SURIA Record - Nikmat Hari Raya
Takbir Raya
Takbir Raya (Vers 2)
Uji Rashid - Pulang di Hari Raya
Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya

Nota kecik : Hari ini dengan rasminya ringtone 'Price Tag' telah bertukar dengan kadar 1800km sesaat menjadi ringtone lagu raya.. Hikhik

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

Wednesday, August 10, 2011

Dapur Tanpa Sempadan vs Dapur MTT (?) || WW(1)

Untitled

 

Nota kecik : Mana boleh beat.. Jangan marah yer pakcikmatgebu .. ^^

Tuesday, August 9, 2011

Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI

santai ben ashaari 5

Yang berminat boleh la terus melayari ke laman web www.tipujer.com ehh bukan,boleh terus tinggalkan link di ruangan komen dan MTT akan terus memasukkan ke dalam bloglist BLOGGER RAYA yang dah di sediakan ya..

Untitled

 

1) Tinggalkan link

2) Terus di masukkan ke dalam bloglist

3) Spot check akan di jalankan.. Hehe

Sebab munasabah line tenet di rumah agak lembab selembapnya jadi terpaksa berbuat begini & di kantor masa agak terhad untuk melayari laman bersawang tapi kunjungan akan di balas secepat yang mungkin..

 

Join klik SINI

Mercun memeriahkan hari raya anda (?)

Assalammualaikum ..

 

Alhamdulillah dengan hari ni dah masuk hari ke 9 kita semua berpuasa dengan girang lagi gumbira tanpa rasa tersegan apetah lagi pilu.. Pabila waktu berbuka hampir menjelang tiba terasa bagai nak gila segala jenis manusia berpusu pusu untuk membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan..Sila elakkan pembaziran ketika meng-ghairahkan diri di Bazar Ramadhan yer..

Semalam,amat la MTT tertarik,menarik ibarat ada daya tarikan magnet yang seakan berhempas pulas menarik MTT ke salah sebuah lot gerai yang sepatotnya di atasnya adalah makanan yang membolehkan perot yang gila dah membesar ini memulas mulas.. =..=”

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa , mercun derrr ! Siyes MTT jadi seakan jakun malikun seketika oleh kerana dah lama tak menyaksikan kemunculan k-pop yang tiba tiba menyerang bazar Ramadhan.. Erkk ? Bukan k-pop mahupon mercun ke-pop ke-pop yer para lalink,akan tetapi pelbagai jenis mercun yang di jual secara berleluasa lagi luas terbendang..

Eherrm,nak meng-joinkan diri sekali sekala sambil buat muka macho rasa segan terpilu la pula di dalam hati kecil yang senonet ni.. Nak pergi ker tak? nak pergi ker takk ? Err tak apa la nanti cuba cari jalan penyelesaian yang lain agar dapat MTT membeli berdozen dozen mercun untuk bekalan berada di kampung.. Hikhik

Hmm, mercun bahaya ekk? Alaa bukan yang heavy macam ni ,

 

images images (1)

 

Bagi mengelakkan kecederaan dan kemudaratan yang berpanjangan sila main mercun ini…

mercun-pop-pop1

 

Nak beramah mesra dengan mercun yang lite lite jer.. Hikhik Malam raya tu sambil kemas rumah dengan apa yang patot,ber-barbeque depan rumah Maktok boleh la kankankan ?

 

mercun10 mercun

tander clap sepapan-mercun

mercun telor naga 712

Mercun bola ker,mercun mancis ker,mercun papan ker,mercun ketupat ker,haa tander clap menjadi idaman kalbu sejak daripada zaman berzaman zaman..

Amat la wajib lagi afdal sekiranya mercun tander clap tersebut di cucuk tanam ke dalam tanah lalu di selitkan sedikit batu agar ianya tidak lah terlalu berat untuk berlepas ke atas udara.. Kihkih Teringat mula pernah sekali mercun tander clap tu termasuk ke dalam rumah jiran..Lari lintang pukang melarikan diri..

 

Nota kecik : Tak sabarnya lahai nak balik kampung beraya ..

Nota kecikk : Baru Ramadhan ke 9 dah sibuk cerita pasal nak raya… Hehe =..=”

Pertanyaan : Ada mana mana blogshop jual mercun tak ? Kihkih

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

È