.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, November 30, 2011

Perhubungan : OMG ! Bercinta 2 3 hari nak paw duit dah ?

Assalammualaikum..

 

Selamat berpagi hari buat para lalink sekalian.. Apekah yang telah terjadi ini? Mood berblogging hanyut di pukul ombak rindu di bawa bersama dengan 2 kali kekalahan Malaysia pada pusingan kelayakan menentang Syria dan Bahrain yang lepas..Ehhh,yeker? Macam tak ada kena mengena..

Siyes, MTT tak tahu kenapa dan apa yang sudah terjadi kepada hotak yang senonet ni bersama gabungan seluruh pelusuk bahagian dalaman badan tatkala mood nak membebel tanpa mengeringkan air liur tinggal suam suam kuku jer.. –.-‘

Biasalah kann,dalam kehidupan ada pasang surutnya..Ada kalanya apa yang kita rancangkan berjalan dengan lancar,ada kalanya pulak tertimpa timpa bertindih tindih dengan dugaan yang tak jemu jemu datang menepek..

Bukan setakat hubungan percintaan jer di landa ribut taufan,perkara yang telah kita rancang pon boleh di landa dengan macam macam dugaan kalau ianya dah memang tak akan berlaku dengan izin Allah.. Lumrah sebuah kehidupan kann.. Dugaan dalam hidup lain caranya,dugaan bercinta pon lain pulak ceritanya,cerita mutu sami lain,cerita cinta KFCM lain.. Ehhhh ! –.-‘

Hari ni terasa tertarik pulak rasanya nak membebel tentang bf/gf yang teringin menguyah-nguyah hasil kederat dan titik peluh si gf/bf.. Gentlemen kah beliau? Hebak kah beliau ? Shuweet ker ? Atau ianya sekadar di anggap sharing is caring ?

Akan tetapi kebiasaanya mereka mereka ini lebih suka menarik perhatian ataupon simpati si sang pujangga dengan menggunakan medium yang sedia ada dan terbendang luas seluasa alam semesta,

 

Gadoh di facebook

 

Kata orang,sharing is caring tapi tak bermakna lah kalau baru bercinta sebulan dua dah buat muka tembok untuk meminta sesuatu pertolongan daripada si tersayang..tak pasal pasal nanti kena chop ‘kaki kikis’ pulak kann.. Biasanya kalau dalam perhubungan baru ni makhluk makhluk di bumi Malaysia suka bertanya tentang pendapat manusia setempat tentang buah hati pengerang jantungnya..

 

sms1        sms2

sms3                sms4

sms5      sms6

Untitled

 

Tapi tapi tapi dan akan tetapi apa pon segalanya di atas diri kita sendiri kalau kita yang bijak buat keputusan supaya tak terus menerus terjebak dengan sindikit paw menge-paw secara terang terangan oleh si para jejaka atau si gadis gadis yang baru di kenali..

Kita ni kan manusia biasa yang tak lari dari kesilapan tapi apa pon kita juga di kurniakan akal dan fikiran untuk berfikir sama ada perkara perkara yang bakal di lakukan itu masuk dek akal atau melampaui batas ..

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik:  Kalau orang betul betul ikhlas,kita akan nampak secara terangan,kalau keikhlasan dia tu bukan lah tulus mulus dari hati pasti Allah akan memberi kita jalan.. renung renungkan jangan sampai termenung ! ^^

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

 

belog

Friday, November 25, 2011

Laman sosial : Buat kecoh di facebook

Assalammualaikum..

 

 

Berkurun lama dah rasanya tak membebel tanpa mengeringkan air liur di sini sekali gus telah lama jugak rasanya tidak menjulingkan bijik mata kalian dengan entri entri yang tak seberapa dari empunya blog muruk ini..Konon nak ber-dramatis hingga buatkan air hedong menitis.. Hakktuihhh !

Entah kenapa asyik nak membebel saje di laman bersawang yang di kenali sebagai muka buku bagi mengisi kekosongan minda yang tatkala ini sedang membelengu akal dan fikiran yang senonet ni.. Siyes rasa nak termuntah dah terkadang bila asyik nak menghadap facebook nampuluhlapan ratos jam sehari tak termasuk lagi tengok news feed baru masuk di handphone terchenta.. Phuiihhhh !

Cuma nak share something dengan para lalink apa yang berlaku pada pagi ini tapi apekan daya tak dan nak print screen buat tatapan pembaca yang tak berapa nak ada di blog ini.. Ggrrr ! Okay , balik pada topik asalnya pabila ada sesetengah manusia yang tak dapat menerima hakikat bahawasanya :

“ Account laman sosial masing masing so suka suki hati dia lahh nak update apa asalkan status dia tu tak mengaibkan sesiapa “

Terkadang biasa lah kita sebagai manusia , typo tu memang makanan penulis yang kurang kurang hebak jadinya tolak campor bahagi darab sama dengan pabila ada makhluk yang ingin menegur akan tetapi menggunakan kata kata yang kurang enak , di baca apetah lagi langsung tak lazat untuk di telan, mahupon di kunyah..

 

Gadoh di facebook

 

Siyes betol betol terjadi perkara begini , tapi tapi tapi bukan di status MTT lahh .. Akan tetapi lawak sarkas yang di buat lebih kurang tak lebih, yang begini.. Pepagi buta tengah rezeki nak berlumba lumba masuk, dah cari pasal dengan manusia lain.. Dah tentu lah account tersebut hak milik masing masing jadinya suka hati dia lah nak eja tonggang terbalik kan huruf tu atau sebagai bagai bagainya yer takkk? =..=”

Pepagi buta tadi dah bagi orang gelak guling guling dapat pahala free tanpa buat amal jariah..Biasanya kalau MTT sendiri pon TERnampak,TERlihat mahupun TERskodeng mana mana status yang sengaja mahupon tak TERsengaja di salah eja kan lantak pi depa lahh.. Account depa,wall depa kann.. Hangpa nak bising bising susah hati kenapa kannn.. ^^”

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Tu lahh manusia,salah silap sendiri tak kelihatan,salah silap manusia lain kalau tak nampak pon di gali jugak sampai ke lubang cacing.. Apa punya turrrr der ..Suka sangat kacau hidup mutu sami ..

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

belog

Monday, November 21, 2011

4 Perkara yang sebati dengan makhluk abad ini

Assalammualaikum

 

Terasa macam nak tercabut segala jenis wayar yang ada dalam pale hotak yang senonet ni pabila rohani dan rohaniah tak dapat lagi bergabung serta berpadu tenaga dalam membahagikan masa di antara dunia realiti dan blog muruk ni.. Siyes , rasa nak menangis kadar selaju mungkin agar dapat melepaskan rasa yang terbuku dalam lobak hati yang terendam nihh..Hakkktuihhh !

Sebagai makhluk yang hidup di atas muka bumi ini terkadang secara tak sengaja atau TERsengaja sering TERjadi perkara perkara yang berlaku secara sepontan lagi tidak di rancang seawal nampuluhlapan ratos saat sebelum kejadian.. Bila ianya terjadi dengan kadar segera dan sepantas 18000km/sesaat perkara perkara berikut berlaku..

 

 

Tengah on call dengan someone dan tiba tiba

handphone

images (3)

“Ehhhh ! Apa ni you.. Geli laaa.. Bhahahahaha “ (Gelak mintak pelempang selaju mungkin bagi memuaskan anak tekak)

Yela mana kan tak rasa nak lempang laju laju kan tengah dengan penuh semangat kita jawab call dia then boleh pulak dia TERsembang dengan makhluk lain siap dengar lagi dia punya ketawa terbahak bahak sampai boleh tersembol kahak kalau cuba berimaginasi setinggi pokok sena kan…

 

 

Selang beberapa minit akan jumpa dengan orang yang tak pernah jumpa sekali pon

nervous

“Errr kejapp ehh nak ke toilet..Dah rasa nak terkucil tak hengat ni..Tadi melabur saham mata wang besar”

Ini adalah perkara biasa yang sering kali berlaku tatkala first time nak jumpa mana mana makhluk yang ada atas muka bumi ni..Entah kenapa rasa tu memang secara automatik meresap masu ke dalam jiwa dan raga dan ianya seakan akan sudah sebati dengan situasi yang sedemikan rupa..

 

Tengah luah perasaan kawan buat lawak sengal ubi kayu manis

Sedih

“Aku sedih sebab blahblahblahblahblahh “

“Laa anak Pak Sameod yang tonggek tu ker?”

Okay , kadang kadang bila terlalu ketengangan urat kepala mendengar masalah kawan , akan terselit sedikit sebanyak loyer buruk siku di sebabkan nak melonggarkan sedikit ketengangan akan tetapi berwaspada lah wahai teman mungkin ianya bakal mengecewakan hati teman mu.. #EhhTiba2Skema

 

Pekerja buat panggilan hangit kepada customer

Dot

Dah tahu kan dalam dunia ni memang tak ada seorang makhluk pon yang terlepas dari berhutang untuk kehidupan harian ..Baik dari bill telefon ker,bill burukband ker,bill air ker,bill elektrik ker cuma pabila pekerja yang menjalankan tanggungjawab dorang kita just jawab pertanyaan jawab lah dengan rasa rendah diri lagi hormatkan tanggungjawab serta tugas seseorang yang bergelar pekerja itu

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : So far yang selalu nampak depan mata 4 benda ni dan memang macam sebati dengan depa.. Ada lagi yang sebati lagi perkara perkara begini dengan manusia tak? ^^”

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

 

belog

Wednesday, November 16, 2011

Gambar AKSI TERlampau tersebar dan disebarkan

Assalammualaikum..

 

Sihat kah para lalink sekalian? Kemain kebizian melanda sampaikan buat hati jadi tak keruan mikirkan blog muruk ni.. Siyes,nak merungut orang kata kalau buat kerja biar lah ikhlas dari lobak hati yang paling dalam hingga kan tak terselam nihh.. Jangan merungut nampuluhlapanratos kali sehari sampaikan tak berkat nanti.. Konon nak merungut tapi niat terbantot satt.. Hakktuihh !

Buat yang sudi berkunjung ke BeloG MTT walaupon kunjungan di balas agak TERlambat , TERlewat dan TERterter , jutaan terima kasih buat kalian.. SIyes, airmata rasa nak menitis cecah ke lantai bumi ni.. Habis meleleh dah segala jenis air hedong,belom campur bahagi tolak dengan lain lain lagi tu.. Hakkktuihh sangat tak logika !

Semalam entah kenapa , mengapa dan bagaimana boleh tersebar secara meluas dan terbentang luas gambar gambar yang tak sepatotnya TERkeluar di wall wall para pemegang account laman sosial mukabuku.. Siyes, ada gambar yang TERtengok terasa kan loyer anak tekak ni mintak di muntahkan dengan kadar segera mungkin..

Selalunya benda benda begini dan begitu seringkali TERjadi pabila :

 

Diri sendiri yang tak bertanggungjawab

Apesal lah yang pandai , cerdik lagi bijak meng-hupload segala jenis gambar yang tak sepatotnya ke dalam account fb masing masing.. Kot yer pon untuk simpanan amanah peribadi masa depan sendiri tak perlu sampai memalukan diri posing dengan aksi mengghairahkan tanpa sehelai urat benang pon di badan..

 

Orang lain yang tak bertanggungjawab

Bila gambar mula TERsebar dan mula mendapat sambutan hangat lagi hangit mula lah ada yang nak mulakan drama , nak bunuh diri, nak terjun bangunan , nak kelar tangan sebab munasabah dah malu giler tahap chipmuck sampaikan tak tahu nak sorokkan muka kat mana lepas tu tuding menuding orang lain yang tak bertanggungjawab menyebarkan

 

Mungkin gambar di edit ?

Kebarangkalian yang tak mustahil dan juga bleh jadi mustahil akibat dari teknologi yang semakin maju di telan arus pemodenan sampai kan segala jenis fakta pon boleh di jadikan auta apetah lagi setakat gambar yang boleh di ubah ubahkan mengikut kepakaran manusia.. Salah gunakan kemahiran dengan menyusahkan orang lain.. Mata yang dok tengok keluar kat wall ni pon boleh naik ketumbit nox ! ^^”

 

REMINDER (!)

reminder[6]

Mujur lah gambar dah hampir setahun di HIDE kan dari pandangan mata sesiapa kecuali zaman kanak kanak girang ^^

Ini adalah sepatah dua kerat kata yang MTT copy dan share kan semula daripada Amy Syaquena.. Dengan kadar sesegera dan sepantas kilat tengok list friend kot kot ada TER-approve makhluk tersebut ker kannn tapi mujur lah makhluk tersebut tak wujud dalam friend list MTT…

Siyes , rasa terkejut sebab munasabah masih ada manusia yang tak bertanggungjawab macam nih yang nak menjatuhkan maruah makhluk lain.. Sian ‘dia’ nanti nak kena cari satu satu makhluk yang dah pon dia aniaya tu untuk meminta keampunan.. Sadisss ! Hiburan sekejap jer yang dia dapat tapi akibatnya tanggung la sehingga tiba harinya nanti.. Semoga Tuhan buka kan pintu hati dia .. Amin !

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Makin dunia maju makin takots dengan perangai yang menjadi jadian manusia =..=”

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

Monday, November 14, 2011

PERSAHABATAN : Perempuan vs Lelaki

Assalammualaikum..

 

Persahabatan , memang sangat berkait rapat dengan makhluk yang suka bertamah mesra dengan orang di sekeliling mereka..Apa pon apa pon apa pon tak boleh.. Ehh bukan ! Apa pon kawan , teman , sahabat , semuanya boleh di katakan berbeza beza penafsiran tentangnya walaupon semuanya adalah raja kepada nama sebuah persahabatan.. Tetiba rasa nak muntahh satt ! ^^”

 

Perempuan berjalan berpegang tangan

Sangat tak menjadi kerisauan buat para mata yang memandang tatkala terlihat , ternampak mahupon TERskodeng dua makhluk yang bernama wanita berjalan berpegangan tangan..Tapi sebaliknya orang akan cakap :

 

friendship

 

 

Lelaki jalan berpegang tangan

Pabila TERnampak,TERlihat mahupon TERskodeng dua jejaka tampan , kacak berserta bergaya dan keterunggulan berjalan berpegangan tangan akan pasti adanya suara suara sumbang sebab munasabah ianya sangat sangat sangat sangat kelihatan peliks lagi menjengkelkan.. Yakkksss !

 

lelaki pegang tangan

Lukisan hoduh tak bermakna persahabatan mereka hoduhh ^^”

 

Perempuan lebih sweet dalam persahabatan

Sebab munasabah , kalau katakan perempuan ni yang sangat sweet dalam persahabatan dan sememangnya YA dan mereka mereka sudah pastinya dengan rasa girang lagi gumbira menunjukkan kemesraan dan kasih sayang sesama mereka..

Tapi tapi tapi dan akan tetapi , ada batasnya la kannn.. Ehemmm Okay, takmo masuk bab yang tidak berkaitan.. toinkkk !

 

 

Lelaki kurang sweet

Memang sangat yakss kalau tengok lelaki mempamirkan kasih sayang dia terhadap seseorang kawannya..Tapi tak bermakna lah dia tak sayangkan kawan kawannya setaraf dengan persahabatan si perempuan .. Cuma cara yang di tunjukkan tu mungkin agak berbeza berbanding si jelita jelitup dan para gadis .. Kannnn .. ^^

 

Pelik pulak kann kalau tengok kawan lelaki dan kawan lelaki pamir kasih sayang dengan tepuk tepuk belakang baju yang bersepai kelimumur,paling tak pon akan cakap :

 

“Tu ape kebenda belakang baju ko tuh penuh sangat sampah sarap wehhh .. “

 

Kalau yang si perempuan dah tentu dan sudah semestinya lah tolong bersihkan,tak payah cakap pon terus buat jer.. Dan ianya takkan menampakkan betapa kepelikan akan melanda kesuma jiwa para mata yang memerhati di sekeliling kannn ^^

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Macam mana pon cara mempamirkan kasih sayang terhadap sorang kawan tak penting , yang penting kena tahu sebuah persahabatan tu tak ternilai kalau nak di perkatakan..

Nota kecikkk : Kawan bergelak ketawa senang nak cari , kawan sedu sedan satu dalam seribu nak jumpa.. Susah jumpa kawan sejati zaman sekarang nihhh..

 

 

 

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

belog

Thursday, November 10, 2011

CINTA : Jumpa yang lebih handsome so “Good bye to you”

Assalammualaikum ..

 

 

Perhubungan,percintaan,penyatuan dua jiwa,peperangan.. Err tak tak bukan peperangan.. Segala yang berkait rapat dengan perhubungan adalah sangat sinonim dengan makhluk yang paling jelita,kacak,lawa dan hensem di atas muka bumi ini..

Selalu dok tepi jendela dengar orang orang tua bersembang kata kalau nk cari pasangan jangan terlalu memilih,dok hadap depan cermin tengok apa yang lebih,apa yang terkurang pada diri kita..Tapi tapi tapi dan akan tetapi operasi sekali lagi membebel tanpa mengeringkan air liur ini bukan nk kongsi tentang tips tips perhubungan..

Ehemm.. Diri sendiri pon jalan macam orang mabok lagi..Cuma sambil berkongsi nak juga ingatkan diri sendiri.. ^^”

Cuma nak share something wrong somewhere yang terjadi dan jelas kelihatan di celahan kelopak mata..Di zaman yang hebak serta moden ni di tambah dengan banyak kemudahan kemudahan internet bagi memudahkan segala urusan namun ada juga yang sering menyalahgunakan.. TERskema..Hakkktuihhhh ! =..=”

 

 

Love-Quotes

 

Sesetengah insan yang sedang enak berenang renang di tengah lautan percintaan lebih senang dan gemar memilih jalan singkat dengan berkenalan tak sampai 2 3 4 setengah hari, dah sebab munasabah terlalu syok sampaikan terkiok feeling feeling bercinta sampai sanggup mengetepikan kekasih hati pengerang jantung yang sedia ada..Sadisss !

 

Nazim Othman

 

Meninggalkan seseorang yang kita sayang untuk seseorang yang kita suka tu adalah sangat sangat tak di galakkan oleh kerana ianya bukan lah satu amalan daya hidup yang sehat malah ianya juga boleh memudaratkan kesihatan jiwa dan raga sepanjang hayat ..

At the end ??

 

sheik-muszaphar-dr-halina

(Gambar sekadar hiasan)

Lepas tu,salah kan cinta ?

 

    frustno-love-480

 

 

Tak salah mencari yang lebih baik selagi kita tahu yang hati kita masih mampu nak membuka ruang seluas alam semesta untuk sebuah perhubungan yang bernama CINTA....

Cuma cuma cuma cuma dan cuma perlu sentiasa ingatkan hati yang senonet ni bahawasanya :

 

hearts-wallpaper_800

 

Cettttttt ! TERjiwangsss .. =..=

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka,sebab orang yang kita suka tu akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang..

p/s : Maaf kalau terlewat balas kunjungan,agak kebizian sedikit melanda kesuma jiwa..MTT akan balas secepat mungkin ^^

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

belog

Berhenti menulis

Assalammualaikum..

 

 

Selamat pagi buat para lalink sekalian..Semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat.. Tetiba ayat skema semasam ni pon tak tahu apesal.. Hakktuihhh ! Buat masa sekarang dan pada ketika ini MTT sedang gigih menjalankan operasi diet seimbangan.. Cehhhhh !

Konon bajek nak ber-diet tatkala pabila dengan muka sememeh lagi tak malu pergi rumah jiran sebelah tumpang timbang berat,entah kenapa bagaimana dan kenapa berat sudah naik mendadak sejauh lompat jauh hampir 10kg.. OMG ! Ini sangat sangat merunsingkan benak pemikiran hotak yang senonet ini.. Cettttttt !

Okay, dan baik lah hentikan merapu meraban sakan tak tentu hala tujuan yang membolehkan kalian punya bijik mata tersembol jembol pabila membacanya nanti..

 

mood

 

Berhenti menulis blog

Ini adalah sesuatu yang sukar lagi berat buat setiap pemilik account blog yang telah memulakan operasi membebel tanpa mengeringkan air liur selama beberapa hari,bulan mahupon bertahun tahun..Terkadang hati ni jahat juga menyatakan hasrat untuk BERHENTI MENULIS .. Jahat betui hati nihh… Sobbbbsss !

 

Sehari berhenti menulis blog

Dan sebenar benarnya tiada yang lain melainkan benar belaka,entri ini bukan bertujuan memaklumkan dengan girang gumbira lagi terkinja kinja bahawasanya MTT akan berhenti dari menjalankan operasi membebel tanpa mengeringkan air liur,akan tetapi tapi tapi dan tapi adalah kerana ingin menyatakan dan menekan nekan tubi kan dalam entri ini bahawasanya susahnya nak mula kembali pabila lama benor tinggalkan blog muruk ni..Walhal baru 5 6 hari sebab munasabah raya hari tuh.. Hakkktuihhhh!

 

Kemalasan mula merasuk minda

Kadang kadang bila rohani serta rohaniah telah bergabung menjadi satu serta TERmalas kan diri untuk meng-hupdate blog muruk sebanyak mana yang termampu memang susah nak kembalikan dan menyatukan segala idea yang bersepai sepai dalam kepala hotak ni..Itu lah yang di maksudkan sehari berhenti menulis akan berganda gandaan lah kemalasan yang akan terus bertandang..^^”

 

 

Moral of the story : Jangan berhenti menulis , menulis lah selagi mampu..Tingkatkan idea kurangkan kontroversi.. Ehhhhh ! =..=”

Iklan : Jangan lupa ke blogshop MTT, besok tarikh tutup order then akan di beritahu kelak pabila ianya di buka semula !

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Terkadang tu memang kalau boleh nak sangat komit dengan blog muruk ni macam dahulu kala katop tapi apaekan daya masa tak menunggu kita kannnnn.. ^^”

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ..

belog

Wednesday, November 9, 2011

Facebook : LIKE button di ruangan comment

Assalammualaikum..

 

Tak terlewat serta terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada para lalink sekalian..Daripada MTT dan pasangan Shahiezy Sam.. =..=  Kemain sakan lagi beraya sampaikan blog muruk ni pon terbiar usang dah bersepah sepah dah anai anai dok main tepuk amai amai..

Memulakan kerja hari ni pulak memang lah teramat amat amat berduyun tiba kerja yang menanti yang harus di kerjakan dengan tulang pat kerat ni sedaya daya upaya yang mungkin bagi mengelakkan para bos naik hantu tak tentu hala tujuan.. Sadis betui.. Sobbsss !

Okay,mari dekat dekat rapat rapatkan sikit bijik mata dengan pc yang berada di hadapan kalian oleh kerana operasi membebel tanpa mengeringkan air liur oleh MTT bakal bermula (Konon bajek ramai sangat yang tunggu entri blog nihh)… toinkkk toinkkk ! ^^”

Seperti yang di ketahui umum sudah sinonim button LIKE dengan laman bersawang facebook..

 

Untitled

14 people like this comment

 

LIKE / SUKA

Maksud like tu adalah tiada dalam erti kata lain membawa maksud SUKA..Berkemungkinan para pembaca yang membaca komen tersebut ingin menyatakan betapa suka dan setujunya mereka dengan komen tersebut tanpa berkata walau sepatah

 

Setuju

Selain dari suka ke-klik-kan pembaca lain terhadap sesuatu komen tersebut membawa maksud kepada setuju bahawasanya ada benarnya apa yang di perkatakan oleh si pengomen dengan hanya meng-LIKE tanpa berkata sepatah kata

 

LIKE tanda perli

Ini adalah sesuatu yang sinonim pabila seseorang gf/bf atau sebagainya terlihat,ternampak atau terperasan bahawasanya pasangannya sedang asyik memadu asmara berbalas komen bersama orang yang tidak pernah di ketahui oleh gf/bf nya boleh membuatkan gf/bf tersebut terkinja kinja ingin meng-klik button like yang ada di ruangan komen

Yela,nak klik button DISLIKE tak wujud lagi pulak kankankan..Hok ada LIKE tu jela yang mampu nak klik pon..

 

 

Ada lagi tak yang membawa maksud lain pabila seseorang tu meng-LIKE sesuatu komen yang di taip oleh jemari pengguna account facebook yang lain ?? ^^”

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Bila ehh Mark Zuckerberg nak buatkan button DISLIKE pulak ? ^^”

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

belog

Thursday, November 3, 2011

Trend terkini : Cara mengorat melalui SMS

Assalammualaikum..

 

 

Pernah tak kamu kamu kamu dan kamu semua rasa nak tersepak,rasa nak terlempang,rasa nak terterter segala jenis yang berkaitan dengan TER pabila tengah tengah malam buta huruf akan adanya gangguan gangguan dari makhluk halus yang tidak di ketahui sama sekali dari mana asal usulnya..

Tanpa segan,terpilu dan tersedu menghantar SMS berbaur ‘caring’ yang tak tentu hala tujuan.. Tak tahu la kot kot SMS tu sebenarnya nak di hantar ke nombor handphone jiran sebelah ker , entah macam mana tersesat masuk ke handphone kita kita dan membuatkan rasa blurr seketika dan waktu.. ^^”

 

       sms1             sms2

 

Dah lah satu hal hantar ke nombor yang salah,dengan confident-nya meyakinkan yang sememangnya SMS tu di hantar ke nombor yang betul dan tidak lain tidak bukan memang benar tiada yang salah.. Apesal semua bunyi macam sama..

Tujuan membalas sebab munasabah mana lah tahu kot kot Mista Tunang kehabisan kredit dan menggunakan nombor lain yang menimbulkan rasa tercepuk tercemas .. Siyes potong setim tengah bermimpi kan Seth Tan pada ketika itu.. =..=”

Okay,abaikan meroyan seketika tu..

 

sms3    sms4

 

Ohhh ok dengan rasa habes gentleman dan bermutu keunggulan mengaku bahawasanya SMS ber-baur ‘caring’ itu tadi di hantar oleh adiknya dan merupakan satu kebetulan yang tak di rancang.. Hok ni punya trick masih boleh di guna pakai ker.. =..=”

 

 sms5

         text

Kalau tanya Pakcik Sood yang meniaga kat tepi simpang Jalan Kampung Durian Dusun tuh pon dia akan jawab ..

 

“Itu lahh gaya bermutu keunggulan pakcik suatu ketika dahulu kala katopp nakkk .. Tapi pakcik tak kacau bini mutu sami nak .. “

 

Booooooo ! Boom boom chakkk hanya lah perkataan yang boleh di guna pakai pada ketika ini bagi menghargai kesusah payahan beliau membaziri kredit beliau mengambil berat dengan beberapa kerat SMS..Tiba tiba teringat kes sekeping note di isikan dalam plastik roti canai beberapa bulan lepas.. toinkkk toinkkk ! ^^

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Tidor malam dah la handphone betol betol kat tepi cuping telinga,mengganggu kosentrasi sungguh !

 

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

belog

Perbualan : “Aku nampak sorang minah ni dengan blablablablaaaa..”

Assalammualaikum ..

 

 

Sejak duatigapat menjak meng-addicted-kan diri ke tahap chipmuck bersama blog muruk ni,kemain lagi kepala hotak yang senonet ni asyik nak mikirkan blog jer sehari sampaikan duapuluhlapanratos jam..

Kadang kadang tu sambil tengok cerita feberet abad ini yakni Cinta Elysa kemain galak lagi macam macam story kalau boleh nak di hadapkan untuk tontonan umum yang dah berlegar legar dalam kepala hotak nihh..Tapi kannnn oleh sebab munasabah macam macam hal yang nak kena hadap dalam realiti kehidupan ni membataskan MTT meng-hupdate dengan senang hati.. ^^”

Kadang kadang tu kalau sempat,sempat la memuat naikkan satu entri sehari untuk menjulingkan bijik mata para lalink sekalian,bila mana sampai mood tak sempat haruslah terbiar di hiasi dengan entri entri basi.. Sadis .. Sobbbssss !

Okay , cukup dah meraban sampai situ ..

Nak share something tatkala seorang blogger yang tak berapa nak berjaya ni di landa ke-bizi-an yang teramat dasat mana nak uruskan perihal kerja,mana nak uruskan blogshop yang baru mula nak beroperasi,mana tangan nak membebel tanpa mengeringkan air liur di sini..

Sampai dah naik bersepai sepai dah segala mood yang hado tu kadang kadang bila dah terlampau tak cukup kakitangan..Ini yang terjadi :

   Idea entri

 

 

Kalau perkara begini di kuatkuasa kan serta merta pastinya duit yang berkepok kepok dalam poket akan perlahan lahan di hakis oleh rakan dan taulan..Rasa nak tersembor air yang tak sempat nak di telan masa lunch tadi..

 

Moral of the story : Kalau nak berbual dengan rakan then serta merta dapat idea,silakan jangan beritahu beliau..

Iklan : Jangan lupa ke blogshop MTT, kamu kamu dan kamu semua boleh dapatkan harga gadget terkini dengan harga yang lebih rendah dari pasaran !!

Klik sini ~~>> MTT online shop

 

 

 

 

 

Nota kecik : Kata orang ilmu dan idea yang ada dalam kepala tak elok sipan sorang sorang,elok di kongsi bersama.. toinkkk toinkkk !

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

belog

Tuesday, November 1, 2011

Penjaga PARKING tak bertauliah

Assalammualaikum..

 

 

Alhamdulillah kekenyangan mekenteradarah nasi puteh bersama ayam goreng rangup berkuah kan kuah kari ikan..Slurppp ! Terasa lapar kembali perot yang semakin memboyot ini..Menu yang hampir sama setiap hari oleh kerana malas nak menapak jauh sejauh 18ribu kaki ke kedai yang lain.. ^^”

Pernah tak terlihat,ternampak ataupon tersepak mana mana ‘jaga parking’ yang tidak bertauliah di tepi tepi kedai makan, di tepi tepi bahu jalan shopping mall yang akan duapuluhpatlimajam seminggu duduk bertenggek mengaut keuntungan bagi setiap makhluk yang ingin meletakkan kenderaan di kawasan tertentu tanpa segan dan terpilu..Walaupon sudah terang terangan lagi bersuluh suluhan tertera :

 

Signboard

 

Punya lah besar gedabak papan tanda menyatakan bahawasanya tempat meletakkan motorsikal tersebut adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang bayaran tapi masih ada penjaga parking yang tidak bertauliah yang akan sentiasa bertenggek memungut bayaran daripada sesiapa saja yang nak meletakkan motorsikal..

 

Parking

 

pakej parking

 

 

Boleh pulak la kann, ada pakej jaga bayekkk punya up sikit bayarannya walaupon dah terang terang kat papan tanda tu parking situ free..Tapi kann selalunya makhluk makhluk yang nak park motorsikal di kawasan yang menawarkan khidmat sebegini rupa terpaksa juga membayar walaupon berat sebanranya hati nak membayar benda yang sememangnya free sebab munasabah :

  • Risaukan keselamatan kenderaan
  • Takot tayar di pancitkan
  • Takot kenderaan di calarkan

 

Dah tentunya kalau kawasan terbuka begitu tak akan ada baiknya hati majlis perbandaran nak meletakkan CCTV bagi memastikan keselamatn kenderaan tu terjamin ..Nak tak nak kena jugak lah menghulurkan walaupon berat mata yang memandang berat lagi bahu yang menghulur.. ^^”

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Sememangnya di abad yang serba miden ni tak akan adanya benda yang free tapi kannn,kalau benda free sekali pon pasti akan ada yang melatakkan bayaran.. ^^”

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

belog

È