.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Thursday, August 9, 2012

ADA AKU KESAH ?

Assalammualaikum,

 

 

Pejam celik pejam celik pejam celik, tinggal lagi 10hari jer Ramadhan akan meninggalkan kita dan akan di sambut Syawal dengan girang lagi gumbira tak hengat dunia. TERajin kan diri pulak hari ni belek membelek entri entri yang di hupdate dengan jayanya pada Ramadhan tahun lepas. Hailah syahdunya terasa bila terhengat keseronokan pada detik dan ketika itu. Kannn.

Biasanya sebelom nak meneruskan bebelan panjang berjela, penuh dengan mukadimah yang panjang berjela tak hengat dunia akan tetapi untuk entri kali ni biarlah mata para lalink di rehatkan seketika dari membaca mukadimah yang sememangnya selalu jauh menyimpang.

Semalam masa ronda ronda kat PARAM, berjalan lah MTT di belakang 2 orang gadis yang comel molek lagi cute. Seronok dengar dia bersembang ceritakan saat saat TERindah bersama dengan keluarga dia masa jenjalan kat Jalan TAR hujung minggu lepas. Tadi keyword yang tak habis habis di gunapakai si pendengar tu yang buat terasa nak cair tahi telinga MTT mendengar :

 

“ADA AKU KESAH ??”

 

Asyik di ulang ulangnya tak habes habes sampaikan kesian kat si pencerita tu, terasa juga nak pergi kat adik tu sambil bisik kat telinga dia,

“Dik, kasi lah kawan awak ni pelempang se-das supaya dia rasakan kesedapan ADA AKU KESAH tu. Tolong lahh dik. Kalau tak nak, meh sini bagi ahkak yang tolong bagi dia rasa.”

Hikhikhik Gangster dok dahku?

 

Ade aku kesah

 

Dan yang sebenarnya bersungguh sungguh lah si sahabat nak kongsikan rasa seronok dia akan tetapi punah serta gugur kandungan setelah dengar respon dari sahabat. Confirm pernah rasa kann? Rasa nak sepak, nak lempang selaju 18ratos kilometer sesaat pon ada kannn.

 

Tak hormat

Yang ni dah tentu dan semestinya lah yang akan terlintas dalam kepala hotak pemikiran kann, langsung tak reti nak hormat apa yang sedang di sampaikan. Ingat air liur yang menampung untuk mengeluarkan baris ayat free ker hape kann. Zaman sekarang ni nak masuk tandas awam pon kena caj paling murah 30sen taw.

 

TERkurang adab sopan

Dan semestinya lah pabila seorang makhluk bernama manusia terasa dirinya tak di hormati secara langsung bukan lagi ulangan seorang makhluk itu lagi jatuh kepada kategori TERkurang adab sopan yakni telah melanggar etika serta kesusilaan dalam perlembagaan perbualan.

 

Oleh yang demikian, dengan ini hendak lah MTT mewawarkan bahawasanya jawatan kuasa ahli mensyuarat tingkap sedunia telah dengan sebulat suara memutuskan bahawa penggunaan perkataan ADA AKU KESAH tidak boleh di guna pakai sama sekali tak kira walau di mana sahaja anda berada.

Baris ayat di atas hanya satu penipuan, sila abaikan.

Bukan lah dengan ter-hupdatenya entri ni sekali gus MTT sebulat suara bersama jemari ingin menyatakan yang perkataan tu tak bagus sama sekali untuk di guna pakai akan tetapi sila lah toleh ke kiri, ke kanan, ke atas dan juga ke bawah sebelom menggunakan perkataan perkataan yang sedemikian ya.

Cuba kalau yang berada di tempat dia tu kita, tak ker sakit hati kita kannn. Banyak lagi lah dan sebenarnya perkataan perkataan yang simple dimple yang boleh menyakiti hati manusia lain melalui intonasi dan cara penyampaian yang tak sepatotnya.

 

IKLAN : Ohh yer, pada yang ada masalah kulit dan masih TERcari cari jalan penyelesaian boleh jenguk2 entri yang INI , tak perlu buang masa, buang duit dengan skincare yang belom tentu kesannya. Yang dah berkulit cantik dan nak menambahkan lagi kecantikan sedia ada pon boleh lah singgah. ^^

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Nak bergurau biar lah kena gaya, jangan sampai buat orang menambah perisa dosa bercakap tentang kita. ^^

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^

 

belog

È