.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, September 30, 2011

CINTA macam makan sambal belacan , PEDAS PON NAK TELAN jugak kankankan (?)

Assalammualaikum ..

 

Selamat ber-pagi , ber-tengah hari , ber-petang hari dan ber-malam hari bagi sesiapa saja yang membaca entri ini pada ketika dan saat ini.. Yaa , sudah pasti dan tidak asing tidak bukan lagi seperti kebiasaannya MTT akan memulakan operasi membebel tanpa mengeringkan air liur sekali lagi lagi dan lagi maka oleh yang demikian siapkan plastik berjuta limau ais bagi mengelakkan kemuntahan berdarah berlaku dengan dramatiknya.. Hakkktuihhhh !

Tiba tiba hari ni mood berbunga bunga kembang lestari nak membebel tentang perhubungan.. Konon konon nak berangan Mak Jenin menjadi Dr Love yang tidak bertauliah bagi menjulingkan bijik mata kalian kalian dan kalian semua.. Hakkktuihhh sekali lagi !

Kata orang , kata orang MTT menggangguk sesaja , bahawasanya untuk mengekalkan sesebuah perhubungan haruslah menerapkan segala jenis benda , yakni ;

  • Kejujuran Keterangan lebih lanjut dengarkan lagu Radja-Jujur
  • Kepercayaan Lebih kurang macam rukun negara
  • Keikhlasan Ikhlas dalam setiap perbuatan
  • Kesetiaan Setia pada satu bukan setia pada 1 yang lain buat spare part
  • Memahami Faham situasi pasangan

 

Yer, sangat mudah di sebut dengan lidah atau lebih tepatnya lagi sangat mudah di sebut dengan menggunakan air liur akan tetapi bila dah berada dalam sesebuah perhubungan habes bersepah segala yang dah di set dalam pala hotak ..

Dan semestinya perkara yang seharusnya di titik beratkan tanpa adanya koma , tanda soal dan tanda seru adalah ;

  • Mengelakkan cemburu berlebihan Cemburu tanda sayang tapi berpada pada
  • Mengelakkan ber-pra sangka buruk Jangan asyik nak fikir yang negatif sesaja
  • Mengelakkan mengungkit perkara yang lepas Yang lepas biarkan lepas !
  • Mengelakkan mengawal setiap pergerakan pasangan Paling tepat yakni CONTROL
  • Mengelakkan mendengar cakap cakap makhluk sekeliling Mulut orang tak boleh pakai !

 

Setiap makhluk yang ada di alam pinjaman anugerah yang Maha Esa ni semestinya lah ingin terus cekal dalam meneruskan kehidupan sebagai makhluk yang paling bahagia dalam dunia ini..Akan tetapi dalam perhubungan ni terlalu banyak cabang cabangnya yang perlu di lalui maka , saya sebagai rakyat Malaysia .. TER-berikrar pulak ..

Maka , amat amat amat lah perlu lagi harus untuk cuba mengawal keadaan sekeliling agar tidak menjadi tegang dan cekang dan boleh meroskkan kebahagiaan sesebuah perhubungan..

Sememangnya setiap orang mempunyai karakter yang pelbagai yang tidak boleh di fahami dalam masa yang singkat.. Segalanya memakan masa yang panjang untuk cuba , cuba dan terus mencuba..Selamat mencuba.. Ekkk !

 

“Dah nyata lagi jelas , diri sendiri pon terkadang teramat amat amat lah susah nak di fahami apetah lagi nak faham isi kandungan hati berserta limpa manusia yang lain..”

 

Selagi mereka mampu dengan hati yang cekal kemain untuk cuba membina sebuah perhubungan , menjalani sebuah perhubungan dan mengakhirinya dengan lapang hati berserta kesabaran yang teramat dasat tinggi , tabik springggggg ! Bukan mudah nak mencorakkan sesebuah perhubungan supaya ianya tidak suram sejuk sepanjang zaman… Cehhhhh !

 

 

 

Lelaki tak tahu apa perempuan nak ? Sini ada : What women Wants

 

Nota kecik : Pernah ker kite terfikir macam mana hati yang senonet ni mampu menanggung pelbagai jenis beban dan 1001 rasa .. Semua rasa tu terkumpul dalam satu bentuk hati yang kecil dan bagaimana ianya mampu menampung semua rasa itu ? ♥

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

Yang sedang karatkan jiwang ,

belog

Thursday, September 29, 2011

Penceritaan yang di olah dari mulut ke mulut yang lain

Assalammualaikum…

Ngumpat

Selamat pagi para lalink sekalian.. Di harapnya telah pon kalian kekenyangan mengisi perot terchenta dengan aneka jenis sarapan yang mampu memberikan tenaga sementara nak tunggu mekentedarah pada sebalah tengah hari..Sarapan sangat penting ya untuk memulakan hari anda..

 

Sedang asyik ber-chit chat dengan office mate tadi MTT tertarik dengan ceritanya tentang pertengkaran yang meletus di antara dia dan sahabatnya hanya lah kerana bila penceritaan yang di ceritakan daripada mulut A ke mulut B hanya lah nasi putih semata dua mata , pabila sampainya ke mulut B ianya telah pon di tambahkan sedikit laok ayam agar terasa kelazatannya sehinggalah sampai ke mulut Z yakni akan menjadi sebuah cerita seperti drama di kaca tv.. toinkk toinkkk !

 

Tiada yang benar melainkan benar benar belaka sudah pon menjadi satu trend dalam kehidupan harian seseorang manusia kalau mulut tidak menceritakan sesuatu cerita yang mempu membuatkan mereka ber-chit chat dengan senang hati ketawa terbahak bahak sampaikan nak keluar anak tekak..

 

Menjadi satu kebiasaan dalam perbualan , di selangi dengan kisah hidup rakan rakan sekeliling.. Para lelaki , tolong lahh tolong lahhh jangan nak menuding jari hanya pada kaum hawa yang chomel lagi molek lagi kalau bab gini sebab munasabahnya para lelaki pon kalau bersembang kencangnya ngalahkan kilat sambar menyambar.. Kankankan ? Kalau ngaku angkat tangan tinggi tinggi sampai pokok sena nun ..

 

Dan sebenarnya , seharusnya lah kita kita kita sebagai pendengar yang mendengar cerita cerita yang datangnya daripada mulut sang A kemudian beralih ke mulut BCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXY dan akhir sekai di sampaikan ke sang Z , sewajarnya cerita cerita yang demikian tidak di telan seratuslapanpuloh peratos yakni kerana ianya hanya boleh mendatangkan kemudaratan yang berpanjangan zaman berzaman..

 

 

 

 

Nota kecik : kalau jalan penceritaan ari mulut ke mulut yang lain berlainan tak ke dah mendatangkan fitnah pulak yer tak ?

Nota kecikkk : Entri di atas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupon yang telah tiada.. Macehhhh !

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

Pesanan khidmat masyakarat oleh ,

belog

Wednesday, September 28, 2011

Plan percutian asal terpaksa di tukar ganti

Assalammualaikum..

 

 

Selamat berpetang hari buat para lalink sekalian .. Di harapnya kamu kamu kamu sudah pon kekenyangan melahap dengan rakusnya.. Alhamdulillah .. Harapkan hati ni nak merajuk sakan dengan blog muruk gara gara dan atas sebab munasabah tertentu akan tetapi ya , memang tak dapat lagi hati ni nak cekal kemain nak tahan jemari daripada terus menari..Cehhh !Tak boleh blah !

Seperti yang sedia maklum bagi yang membaca entri ke-eksaited-tan sanubari hati ini nak menunggu kedatangan bulan October , boleh rujuk entri ini ( LINK ) .. Segala plan yang telah pon di rancang dengan terapi aroma Strawberri Cekelat Celup , terpaksa di tukar..

Dan sebenarnya tiada yang benar melainkan yang benar belaka , perubahan sesuatu perkara tu tak semestinya boleh menggugat keseronokan yang telah lama terendam dalam lobak hati ini akan tetapi ianya boleh bertukar menjadi kegumbiraan yang luar biasa..

Percutian ke Pulau Perhentian Kecil akan di tukar gantikan ke percutian yang lebih menyeronokkan yakni ke London ..

Okay , sila abaikan sebab munasabahnya sangat tak relevan kalau company yang MTT kerja ni sangat berbesar hati berserta dengan tangan terbuka untuk mengeluarkan bajet sebanyak 10k bagi setiap orang.. Hakkktuihhh !

Tu la , orang cakap sebelum nak bercuti kemana mana make sure start enjin Google , kerah tulang 18kerat Google untuk mencari ;

 

  • Komen orang yang pernah berkunjung ke sana  Positif ker negartif ker
  • Ranking yang diberikan bagi tempat tersebut Konon macam Dato dan Datin Seri yang nak bercuti
  • Gambar gambar yang terbaru dan bukannya 34567 tahun yang lepas Yakni gambar terbaru
  • Lokasi tempat sama ada jauh terpinggir ataupon tidak daripada makhluk lain

 

perhentianmap

 

Kalau di ikutkan plan yang asal kami kami bakal menyelitkan diri di D’Lagoon Chalet , Pulau Perhentian Kecil (Di bulatkan merah) , akan tetapi cuba la para lalink menjulingkan sedikit bijik mata bagi melihat akan betapa terpinggirnya kami nanti.. =..=”

Tempat plan baru dan dah siap di booking di Flora Bay Resort , Pulau Perhantian Besar (Di bulatkan kuning)

Dan atas sebab sebab munasabah yang ada terpampang di atas membuatkan kami kami yang ada 4 kerat ni mengubah fikiran untuk ke Pulau Perhentian Besar dan menetap di sebuah chalet yang di berikan nama , Flora Bay Resort.. mempersembahkannnnnnnnnnnnnnnnn ,

 

Flora Garden View chalet Twin Share

 

  • Pemandangannya lebih mengujakan
  • Tempat tidur yang lebih selesa
  • Tidak jauh terpinggir
  • Keselesaan yang lebih terjamin

 

Lebih memuaskan daripada apa yang di plan kan pada mulanya.. MTT akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuala Besut pada jam 10malam bersamaan hari Rabu , 5hb October 2011 dan akan pulang insya’allah dengan selamatnya pada  8hb October 2011 ..

Sambung cerita balik tentang kesempurnaan percutian , tolak campur bahagi darab sama dengan mana mana tempat percutian pon pasti ada positif dan negatif komen seseorang pelancong pada tempat tu kankankan?

Kalau nak tempat yang perfect 100% silalah buat tempat percutian sendiri.. toinkkk toinkkk !

 

 

 

Nota kecik : Bakal merindui blog , 3 4 hari dah rindu macam mana nak stop kalau gini.. Cehhhh !

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

Yang sudah tak mampu bersabar lagi ,

belog

Tuesday, September 27, 2011

Serius , dah tak tahan lagi dah (!)

Assalammualaikum ..

Eeeeee

 

Lemah gemalai dah jemari ni nak menari dengan girang lagi gumbira di atas keyboard.. Hanya yang termampu belek belek sang ‘mouse’ dan mengintai ke sana dan ke mari.. Jam di tangan pon dah menunjukkan pukul 4 petang , jari ni baru lah nak terkial kial nak meng-hupdate entri agar dapat melepaskan gian membebel tanpa mengeringkan air liur..

Pepagi buta tadi dengan semangat waja kembara viva , MTT dah nekad dah !

 

  • Hari ni nak jeling jeling jer kat blog  Taknak hadap macam kebiasaan
  • Tumpu buat kerja yang tak seberapa ni jela  Konon macma bz sesangat
  • Tak yah la nak hupdate blog hari ni  Konon merajok la dengan blog muruk

 

 

Segalanya terus menghantui akal dan minda , oleh itu la sebab munasabahnya sangat sangat memerlukan ini ( LINK ) pada ketika dan saat ni ya rakan rakan sekalian..

Jenuh dah tak hadapkan muka kat depan blog muruk ni , cuba sedaya upaya tulang pat kerat dengan cuba meng-hadap muka buku sampaikan terasa nak tersembol keluar bijik mata tengok pelbagai jenis status yang di hupdate dalam muka buku..

Tak cukup dengan tu , dapat juga skodeng dengan hot tiket facebook yang terjembol jembol keluar di sebelah kanan wall yakni menandakan betapa peramahnya penduduk yang menetap di muka bumi ini.. Macam macam jenis perbualan boleh tengok.. Opsss ! Kantoi meng-skodeng.. toinkkk toinkk !

Tapiiiiiii dan akan tetapii , ternyata tekad yang konon kononnya nak tekad sangat tu hanya lah tinggal tekad semata dua jembol mata pabila ,

 

  • Rindu nak membebel tanpa mengeringkan air liur  Macam kan idea bersepah sepah , Hakkktuihhhh !
  • Gian nak membebel syok sendiri Macam kan idea bersepah sepah , Hakkktuihhhh !
  • Gian nak semakkan dashboard para lalink walaupon 1 entri sehari.. toinkkk !
  • Gian nak semakkan group blogger dengan mem-PING entri  sampaikan ada group yang MTT dah kena tendang , Hakkktuihhh !

 

Walaupon dapat meng-hupdate entri yang panjang tak sampai sejengkal , terubat sekejap la gian nak membebel tanpa keringkan air liur ni .. Penyakit ni terasanya akan terus menerus merasuki setiap pelusuk badan jika perkara begini ( LINK ) terus berlaku..

Dunia blog semakin seram sejuk.. Ada yang boleh cari jalan penyelesaiannya ? Cehhhhh !

 

 

 

 

 

Nota kecik : Terbebel panjang berjela la pula dah ni kankankan.. Sambung merajuk balik #Okbai

 

 

 

 

Terima kasih sudi datang lagi tepekkan bijik mata ^^

 

Yang pura pura nak tinggalkan blog ,

belog

Monday, September 26, 2011

Tatkala bebanan membelengu akal dan minda

Assalammualaikum..

 

Kesibukan melanda jiwa dan raga betul dengan aktiviti di hujung minggu yang lalu *skema jap* daripada ke kenduri kendara hingga lah ke open house open house yang terakhir..Syawal pon dah tak berapa lama lagi akan meninggalkan kita serta melabuhkan tirainya.. Sobsssss !

Di saat saat ketengangan urat otak sedang bekerjasama menjalankan tugasan bagi memeningkan kepala manusia dan membuatkan hotak menjadi stress akibat daripada tekanan tekanan daripada seluruh pelusuk masalah haruslah otak dan seluruh organ badan bersatu padu mencari jalan penyelesaian..

 

Manusia sememangnya tak pernah lepas daripada ;

  • Memikul bebanan masalah dalam kepala Ngalahkan PM !
  • Memikul masalah rakan rakan setelah penat mendengar MTT pendengar yang baek taw ! Hakktuihh !
  • Memikul tekanan di tempat kerja Walaupon seorang pekerja yang berkhemah , Hakktuihh !
  • Memikul tekanan yang ada di persekitaran Konon sangat consern dengan persekitaran , Hakkktuihhh !
  • Memikul tekanan dunia blog yg semakin seram sejuk Konon mcm pengasas blog , Hakktuihh !

 

Sebab munasabah terlalu mengambil kira faktor faktor dan kejadian kejadian aneh yang berlaku di sekitar bumi membuatkan kepala ini menjadi berat dan memerlukan penggantian memori kad yang baru dengan kadar yang teramat segera.. Cehhhhhhhh !

Betul , betul , betullll orang kata pabila ada masalah dan tekanan emosi ataupon yang seangkatan dan setaraf dengannya kita harus lah perbanyakkan ;

 

  • Bersolat
  • Berzikir
  • Berdoa
  • Membaca Al-Quran

 

Akan tetapi ketahui lah kalian bahawasanya terdapat satu lagi cara untuk menghilangkan stress .. Dengan segala hormatnya di persilakan yang di pertuan besar peneman setia di kala waktu waktu MTT ingin mengurangkan bebanan yang menghinggap dalam pala hotak ini ……

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ,

 

Nyummmiiiiiiii ♥ ~ Slurpppppp !

HOT DRINK CADBURY

Di selangi hirupan Susu Dutch Lady atauopn Hot Cekelat Cadbury.. Memang double triple nyummmiiii ! ♥

 

Kalah cicah cok udang dengan sambal kering punya mabeles.. Tak tak tak , masih juga tak dapat menandingi.. toinkkk toinkkk ! ^^

 

Antara yang menjadi peneman setia di kala hotak dah jem dek bebanan yang memang dah tak terpikul.. Terbaca di satu artikel juga bahawasanya coklat ni sememangnya boleh hilangkan stress .. Kalau stress makan lah sebanyak berjuta juta juta juta juta ketol agar dapat meringankan sedikit sebanyak masalah yang membelengu akal dan minda

 

 

‎"Pernah ker kite terfikir macam mana hati yang senonet ni mampu menanggung pelbagai jenis beban dan 1001 rasa ... "

 

 

Nota kecik : Kalau ada migrain jangan melahap berjuta juta juta juta ketol , nanti pengsan susah pulak ..

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

 

 

Penggemar cekelat & penghirup Susu Dutch Lady dan Hot Cekelat tegar ,

belog

Pabila pagi menjelma seharusnya …

Assalammualaikum …

 

PenangNasiLemakkuih_std

Silakan menjamah bijik mata dengan sarapan yang sedap lagi mengiurkan..

 

Kehadapan ketengah kebelakang dan ke atas para lalink sekalian .. Di harapnya kalian berada dalam keadaan yang sehat dan sejahtera hendaknya.. Tersasul dah macam nak menulis sepucuk surat untuk sang pembaca pulak.. Hakkktuihhh !

Sudah kah anda semua membuncitkan perot yang montel agar bertambah montel di pagi hari yang aman permai jaya ini ? Yaaaaa , sekali lagi akan bersama MTT untuk terus menerus membebel tanpa mengeringkan air liur pada pagi yang permai ini..

Sarapan , ada orang yang mengatakan bahawasanya sarapan pagi ni tak penting untuk memulakan hari mereka akan tetapi tetttttttttttttttttttt ! ianya sama sekali telah jauh menyimpang sehingga ke Simpang Pulai ya..Sarapan amat amat amat amat lah penting untuk memulakan hari kita pada setiap hari…

Nak memulakan operasi membebel syok sendiri oleh yang demikian kalau ingin muntah darah kaler pelangi silakan tanpa segan dan terpilu silu …

 

Ada yang beranggapan ;

  • Alaaa , tak yah sarapan..Lunch terus jer nanti save sikit .. Ekkkk !
  • Alaaa , sarapan ? Nanti beratos kali aku g toilet .. Ekkkk !
  • Alaaa , perot tak boleh terima la masuk sarapan pepai buta .. Ekkkk !

 

Akan tetapi yang dan sebenarnya sarapan ni boleh membantu kita memulakan hari dengan penuh bersemangat kembara waja viva .. Kalau kita tak bersarapan sedikit sebanyak emosi kita akan terganggu .. Yala pabila perot tak di isi badan tak bertenaga mula lah ;

 

  • Nak mengamuk tak tentu hala tujuan
  • Pantang silap sikit memang kena sembur
  • Pala hotak asyik nak memikir yang negatif sesaja

 

Perkara perkara di atas boleh menimbulkan ketidak senangan orang di sekeliling kita dan oleh yang demikian sila lah menjamah walaupon hanya seketol kueh karipap , tak kesah lah kalau inti karipap tersekat di celahan gigi dan menampakkan sedikit ketidak senonohan janji jamah sikit sebagai mengalas perot yang montel supaya tidak menyakiti hati orang sekelilingggg ..

 

 

 

 

Nota kecik : Selain memberikan tenaga , kepala hotak pon akan dapat berfungsi dengan baek der !

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

Yang membebel sakan pepagi buta ,

belog

Saturday, September 24, 2011

Jika terus berlaku , apa terjadi dunia blog akan datang

Assalammualaikum…

 

Selamat pagi , tengah hari dan malam bagi sesiapa saja yang membaca entri ini pada ketika dan saat ini.. Ecehhh ! Kemain skema lagi tengah hari buta ni .. Hari ni bersamaan dengan hari Sabtu (24 September 2011) adalah hari kemalasan buat pekerja yang sentiasa malas macam MTT ni..

Tiba tiba terdetik dalam sanubari lobak hati yang paling dalam ni , kenapa ehh dunia blogging ni dah tak seceria dulu dlu kala katop.. Sama dengan suasana girang gumbira itu dah di telan dan di mamah waktu.. Cehhh ! Macam kan dah berpuluh ribu riban tahun dan ber-blogging walhal baru 8 bulan .. toinkkk toinkkk !

Al kisahnya masa mula mula ber-blogging dulu suasananya tu memang membolehkan buat orang lain yang tumpang menepek bijik mata merasakan terkesima dengan kebolehan kebolehan yang ada dalam setiap diri blogger baik daripada segi ;

 

  • Penulisan
  • Penyampaian entri
  • Peramah
  • Bantu membantu
  • Tidak tikam menikam

 

Tapi sayangnyaaa , semua tu bertahan sekejap jer pabila ada yang cuba cuba menjatuhkan sesama sendiri dan membawa haluan masing masing , jadinya terjadi lah ;

 

  • Permusuhan
  • Pecah belah
  • Putus sahabat
  • Kau kutuk aku , aku kutuk kau

 

P/s : Tapi tak kesemuanya , masih ada yang tidak tergolong dalam golongan di atas ya Smile

 

Dan terkadang sebab munasabah Blogger SEORANG habis rosak BLOGGER sebelanga ( LINK ) .. Perumpamaan yang boleh juga di guna pakai tatkala tiada apa yang boleh di gambarkan lagi melainkan itu semata mata..

Seperti mana yang kedengaran di corong corong kaca tv yakni blogger suka mempebesarkan sesuatu isu yang remeh ? Hmmm , bukan mempebesarkan mungkin ada yang antara kita menyalah gunakan medium yang ada untuk melontarkan suara dan pendapat..

Tetiba terasa nak menyumbangkan lagu daripada kumpulan Axl’s yakni Andai Dapat Ku Undurkan Masa.. Jiwang berkarats pulak tengah hari buta ni.. Hakkktuihhhh !

Sila redakan minda sambil menikmati askem magnum yang sangat mengujakan..Sememangnya mabeles habesss !

MTT selalu terkesima melihat ini ---> LINK

 

 

 

 

Nota kecik : Aktiviti hujung minggu yang sangat padat dengan kenduri kendara dan open house ..

Selamat berhujung minggu !!

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

Luahan sanubari lobak hati ,

belog

Friday, September 23, 2011

‘Bismillahhirahmannirrahim’

Assalammualaikum..

Bismillahhirahmannirrahim

“ Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani “

 

 

Alhamdulillah kekeyangan dan perot yang montel ni pabila dapat di sumbatkan dengan Asam Laksa yang sangat super sedapp dan mantopp ! Terasa nak tambah lagi semangkuk tapi terasa malu pula dalam hati yang senonet ni nak menebalkan muka.. Oleh kerana nak cover line harus lah tapau saja nak buat makan di rumah nanti.. toinkkk toinkkk !

Masa kecik kecik , mama selalu pesan sebelum nak makan baca bismillah lepas tu baca doa makan , jangan lupa.. Dan semestinya lah setiap yang makhluk chomel yang menetap atas muka bumi ini dan beragama Islam juga tak terlepas daripada mempraktikkan perkara yang sama setiap kali , setiap hari dan saban hari ..

 

Dan mama selalu pesan setiap kali ,

  • Nak keluar dari rumah jangan lupa baca bismillah
  • Nak buat sesuatu perkara jangan lupa baca bismillah
  • Nak makan jangan lupa bismillah
  • Kalau boleh dalam setiap perkara di mulakan dengan bismillah

 

 

Sudah sedia nyata di dalam hadis menyatakan yang bermaksud ;

" Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t. "

Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda ;


"Tiada seorang hamba yang mengucapkab Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam
buku amalannya 400 kebaikan."

 

 

Di antara kebaikan & kebesaran bismillah ;

  • Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal
  • Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian. maut yang mengejut dan sebarang bencana.
  • Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh.
  • Jika didapati seseorang yang sedang pensan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta
  • Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
  • Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang
    didengarnya.
  • Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
  • Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana.
  • Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada
    sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya, hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.

 

 

Betapa besarnya kebesaran mengucapkan bismillah tu tak kira dalam apa jua yang kita nak lakukan ..MTT ada terbaca di satu blog tentang kebaikan bagi mereka yang selalu menyebut bismillah tapi terlupa pulak nak bookmark supaya dapat bersama berkongsi menjulingkan bijik mata sambil mengingatkan kembali apa yang dah pon kita terlupa..

 

Sang semut selalu sangat nak memasuki rongga tekak sampaikan jadi pelupa teramat.. =..=”

 

Sudah menjadi kebiasaan terasa di hati bagi memulakan sesuatu perkara dengan melafazkan bismillah bagi memulakan apa jua perkara yang hendak di lakukan.. Kalau nak pergi merompak silakan jangan mengamalkan membaca bismillah..Ajaran terpesong dah tu.. =..=”

 

 

 

 

Nota kecik : Indahnya Islam kankankan … Smile

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

Di bebelkan oleh ,

belog

 

 

 



Thursday, September 22, 2011

SURAT untuk PENGASAS FACEBOOK

 

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jalan Darat ,
Kuala Lumpur ,
56000 Bumi Malaysia

 

22 September 2011

 

Planet Bumi,
Negara Yang MARK ZUCKERBERG menetap.


Dear MARK ZUCKERBERG ,

 

PERKARA : Luahan hati yang dah lama terendam

 

         Adalah dengan dukacita ingin saya memaklumkan bahawasanya semakin dunia di telan arus pemodenan semakin laman bersawang yang amat di gemari oleh seluruh rakyat jelata yang menetap di sekalian dan celahan penduduk muka bumi ini merasakan terganggu daripada segi emosi , penglihatan , dan juga kekuciwaan pabila wall home mereka di penuhi dengan semak samun daripada kami kami warga blogger yang sentiasa mempunyai rasa untuk berkongsi dalabentuk penulisan dalam bidang blogging yang mem-PING-kan entri di laman muka bumi

        Adalah dengan rasa rendah diri kami kami dan kami semua ingin menyatakan hasrat adalah wajar sekiranya pihak pengasas laman bersawang ini mengambil langkah yang lebih drastik dan optimis yakni tidak mengeluarkan segala jenis link yang mahu kami PING ke group group yang ada di laman muka buku..

        Berikut , saya sebagai salah seorang suara pengguna melampirkan lampiran seperti yang saya maksudkan sekiranya pihak pengasas tidak mempunyai kebolehan dalam bertutur bahasa Malaysia dengan baik.. toinkkk toinkkk !

fb1

 fb2

Jangan kan kata pengguna lain bagi pihak saya sendiri pon turut merasakan terganggu akibat daripada menyaksikan diri sendiri menyemakkan new feeds sendiri apetah lagi para pengguna lain yang menyaksikannya..Jalan terakhir mereka ialah dengan meng-deleted-kan saya daripada account mereka..Hakktuihhh !

Tolak campur bahagi dan darab sama dengan silalah ambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah ini ataupon saya sendiri akan membuka satu laman bersawang sendiri yang di beri nama LegBook a.k.a KakiBuku..

Sila lah bagi ruang serta kesempatan bagi kami kami yang baru memulakan tapak untuk meluaskan lagi empayar dalam bidang penulisan ini..

Sekian terima kasih

 

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN MELAMBANGKAN KASIH SAYANG SESAMA MANUSIA”

 

Yang benar ,

Suara Pengguna

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

 

Alangkah indahnya dunia terasa jika boleh mengutuskan sepucuk surat bagi menyatakan hasrat yang telah sekian lama terpendam , terendam dan tak terselam dalam benak pemikiran ini.. Maka kami sebagai rakyat Malaysia tersangat lah memahami dan ingin sekali menghormati hak asasi manusia manusia yang lain yang turut menggunakan kemudahan yang ada untuk bersosial..

Tapi tapii tapiii dan tetapi MTT tetap berdegil juga nak PING .. toinkkk toinkkk !

Sekiranya pemilik account tersebut tidak join mahupon melibatkan diri dalam mana mana group , tak usah lah kiranya menyemakkan wall mereka dengan selingan selingan yang ada untuk kami kami para blogger untuk mem-PING-kan entri.. Sadis taw ! =..=”

 

Aku tahu la dah tukar aliran , tapi apekah entri kau pon melekatkan aku ni ? Sorryyyy !

Makin berseri seri kawan haku sorang ni semenjak ada minat baru ni , tapi kannnnn.. Nape asyik muka kau jer keluar terpampang kat new feeds haku ekkk ?  Tanya ker hape tu ekkk ?

Apekah ? Semakin asyik dengan blog sampaikan orang lain punya status tenggelam dengan link link yang kau post ! Okay , sorryyyyyy !

Babe , facebook meroyan ker hape ? Link link kau bersepah kat home aku doooo ! Hmm,Sorryyyyy !

Aku rasa macam nak delete jer kau supaya home au tak semak dengan link link blog kau , fikir kawan jer dooo ! Okayy fine , delete je laaaa !

 

 

Antara suara suara yang selau di lontarkan tatkala mata bertentang mata sesama rakan ataupon melalui chatbox, PM pon pernah jugaaa…Yela macam dah menggangu dan menyemakkan bijik mata orang lain pula sebab munsabah apa yang kita nak kongsikan di group group blogger walhal mereka tak join group tu pon ! =..=”

 

 

 

 

Nota kecik : Ada alamat rumah MARK ZUCKERBERG tak ? Nak utuskan dia sepucuk surat cinta berserta bunga api berkasih sayanggg.. toinkkk toinkkk !

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

Luahan yang dah lama terendam oleh ,

belog

Top 30 Malaysia's Next Top Female Blogger 2011

Assalammualaikum ..

 

 

Selamat pagi buat para lalink yang hensem , macho , jelita , jelitup yang hebak hebak berada di atas muka bumi ini.. Pagi ni cuaca agak mendung seakan memberitahu betapa mendungnya mood MTT untuk memulakan tugasan sebagai pekerja yang paling malas pada abad ini..

Dengan penuh lemah gemalai dan lentok litup menggagahkan jua jemari untuk membuka laman bersawang muka buku yang telah di hupdate dengan rakusnya ke arah merosakkan bijik mata yakni bakal membelitkan bijik mata sekalian pemilik account..Ada cara nak kembalikan kepada yang lama (LINK) tapi, pagi ni dah jadi seperti sedia kala pulak yakni membelitkan bijik mata.. =..=”

Dengan kadar 1800km/sesaat MTT dengan rakusnya membuka blog muruk MTT bagi membersihkan sesawang yang ada setelah di tinggalkan semalaman.. Dan mendapati ada msg daripada Mr Sandra Azwan dan sejurus perkara yang di minta telah pon di lakukan MTT check email ..Tiba tiba seluruh bahagian organ dalaman badan seolah olah bersatu pada dan menyatakan hasrat ingin melompat terkinja kinja.. toinkkk toinkkk !

Rasa terkejut, terkesima dan terkedu pabila MTT telah pon di pilih dalam senarai Top 30.. Alhamdulillah …. taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ,

 

Malaysia Next Top Female Blogger 2011 By Sandra Azwan

Top3

 

Kesungguhan beliau dalam bidang yang di minati memang tersangat lah terserlah , tersembol sembol sehinggakan meletusnya satu contest yang di anjurkan oleh beliau sendiri bagi memperluaskan lagi minat yang sedia ada dan membuka ruang kepada para female blogger.. Dan dan dan dan contest ini berkemungkinan besar akan di buat oleh Sandra Azwan pada setiap tahun jadi jangan melepaskan peluang yang terbentang luas untuk join contest beliau pada masa yang akan datang ya !

Pssssstttt ! Nebes pulak rasanya tak sangka dapat terpilih walaupon dalam Top 30 ini adalah satu penghargaan yang tak ternilai sepanjang MTT menerjunkan diri dalam bidang blogging.. Tiba tiba nak buat ucapan pulak di entri khas ni.. toinkkk toinkkk !

 

Tahniah juga buat ;

Namee Roslan dan Myra Vea

 

Dan tahniah juga buat 27 lagi blogger yang tersenarai dalam Top30 masih tak dapat di kesan..Hehe Excited juga nak tunggu list yang bakal di hupdate oleh Sandra.. Sesegera mungkin lah para lalink sekalian meng-check email kalian mana tahu anda salah seorang daripadanyaaaa ! ^^

Berjuta jutaan limau ais terima kasih buat Sandra Azwan !

 

 

 

Nota kecik : Tahniah untuk semua yang tersenarai dalam Top 30..Rasa nak senyum sampai ke malam ni.. Smile

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

 

Yang sedang terkesima ,

belog

Wednesday, September 21, 2011

Cara tukar ke facebook yang lama



Terasa nak terbelit belit bijik mata tengok facebook terkini , terbaru yang di hupdate..
Tapii tapii rupanya ada jalan penyelesaiannya daaa... Mempersembahkan laaaaa !







Pergi ke 'Account Setting'
Pilih 'Language'
Tukarkan 'English (US)' ke 'English (UK)




Siapppp ! Selamat mencuba.. Kredit to future sister in law ! (LINK)

Excited nak tunggu October (!)

Assalammualaikum ..

 

Alahai hari ni sibuk kemain menepekkan mata dengan gambar gambar laut yang santek santek yang ada dalam Malaysia ini.. Siapa kata Malaysia ni tak ada tempat tempat percutian yang indah indah lagi permai dan aman damai.. Cettttt !

Al kisahnya percutian ni adalah company trip yang pada mulanya ada suara suara yang mencadangkan untuk ke Phuket , Thailand .. Akan tetapi di sebabkan banyak sangat kedengaran di corong corong kaca tv menyatakan tentang ancaman ancaman yang sedang berlaku di sana jadinya kami para para Melayu berdegil tidak mahu meng-join-kan diri ke sana di atas nasihat keluarga..

Jadinya company trip di asingkan kepada dua yakni para Cina akan ke Phuket pada 13,14 dan 15hb October 2011 manakala pada 6,7 dan 8hb October 2011 kami para Melayu yang ada tiga pat kerat akan ke, taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ,

 

D’Lagoon Chalet , Pulau Perhentian

 

 

 

Pakej yang di tawarkan pon not bad … Hujung tahun ni risau pulau nak melangkahkan kaki ke belah Pantai timur tapii, tapii , tapiii dan tetapiiii kata mereka yang berada di sana angin monsun meletus pada awal November manakala kami kami kami ke sana pada awal bulan October..Cececehhhh !

Pakej not bad , teringin nak menepekkan bijik mata jom p serbu ! SINI

 

 

 

Nota kecik : Excited nak bercuti… toinkkk toinkkk !

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

 

Yang excited kemain ,

belog

Tuesday, September 20, 2011

Pemahaman pembaca mudah terpesong pabila …

Assalammualaikum ..

 

PB

 

Selamat bertengah hari ya buat para hadirin yang hensem , macho , cun lagi jelita jelitup .. Bagi memulakan operasi membebel syok sendiri tanpa mengeringkan air liur pada hari ini adalah untuk membincangkan serta memperkatakan seperti tajuk entri MTT pada kali ini yakitu pemahaman pembaca yang mudah terpesong.. Ehhhh .. Konon bajek macam penceramah bertauliah..Hakktuihhh !

Seringkali kita tertanya kenapa Allah sembunyikan matahari , Dia datangkan ribut dan petir rupanya dDia sediakan kita pelangi yang indah.. Ehh lari tajuk menyimpang ibarat kuda kepang dah..Dan sebenarnya mudah bagi semua orang untuk membuat account dan menggelarkan diri sebagai blogger..

Akan tetapi perkara perkara yang di anggap remeh seringkali di abaikan oleh jemari montel tatkala jemari terlalu ghairah menari sehinggakan terlupa akan point point utama ataupon menggunakan bahasa bahasa yang mudah di fahami pembaca.. Sesekali bagi terbelit bijik mata para lalink pon okay juga kankankan? ^^

 

p/s : Entri untuk ingatan diri sendiri juga sambil berkongsi bersama

 

 

Tajuk entri lain , isi kandungan lain

Ini adalah salah satu punca penyampaian yang cuba di kendong oleh blogger yang menaep dengan kadar 1800km/sesaat menjadi satu titik permulaan tentang penyalahgunaan tajuk dan isi kandungan entri..

 

Membaca point yang di ‘bold’ kan

Perkara sebegini rupa seringkali terjadi pabila point point atau ayat ayat yang sengaja di ‘bold’ kan bagi membeliakkan mata si pembaca kadang kala bukan lah point sebenar yang cuba di sampaikan akan tetapi oleh kerana terlalu banyak blog yang harus di terjah tolak campur bahagi darab baca sepintas lalu lah saja

 

Membaca sepantas kilat

Pabila keterujaan ingin menghabiskan setiap baris perenggan yang ada adalah setiap kali membaca seharusnya dan sewajibnya membaca sepantas kilat bagi memastikan tidak ada satu baris ayat di setiap perenggan pon yang tertinggal ..Akan tetapi dalam tak sedar dah tonggang terbalik maksud yang masuk ke dalam pala hotak yang senonet ni..

 

Tak memahami isi kandungan yang tersirat

Dan seperti sedia maklum telah lahir nya berjuta limau ais blogger blogger yang hebak hebak di abad ini membuatkan seakan terasa kesuntukan masa untuk memahami isi kandungan yang cuba di sampaikan oleh sesebuah artikel / entri tersebut.. Al kisahnya tercetus dan meletus lah salah anggap ataupon percanggahan maksud yang cuba di sampaikan dalam sesebuah artikel / entri yang cuba di sampaikan dengan penuh semang-gat yang berkobar kobar..

 

 

Bagi mengelakkan kesalahfahaman terhadap sesebuah artikel / entri yang di tulis oleh sang penulis sewajarnya lah kita kita kita dan kita semua memulakan operasi langkah berjaga jaga bagi mengelakkan perkara perkara yang di sebut di atas ..

Bukan mudah sebenarnya nak sampaikan seseuatu penulisan yang membolehkan semua orang berfikir, memahami dan sampai maksud penulisannya.. Kalau blogger tersebut mampu menyampaikan entri dengan penuh maksud terlirat walaupon terbelit belit bijik mata nak membaca dan maksudnya tertusuk di dalam hotak pembaca beliau memang hebakkk ! toinkkk toinkkk ! ^^

 

 

 

 

Nota kecik : Entri di blog muruk MTT ni selalunya di baca seperti di atas kah ? toinkkk toinkkk !

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

Yang sentiasa membebel syok sendiri ,

belog

Monday, September 19, 2011

“Ehhh macam sama jer dengan entri haku , apa kes..”

Helloooo & Assalammualaikum ..

 

 

Kemalasan memang suka suki hati jer nak berjembol jembol sampaikan nak tersembol segala tulang pat kerat yang menetap dalam organ badan ni tatkala menjelmanya hari Isnin raja bagi segala kemalasan pada abad yang hebak ini..Kemain lagi setiap kali Isnin tiba sememangnya jadi malas tahap chipmuck .. Malas nak bangun kerja , malas nak buat kerja , malas nak menaep selaju 1800km/sesaat..

Idea yang ada dalam kepala hotak ni pon dah bersepai sepi entah kemana perginya..Kalau ada yang terjumpa,tolong lahh tolong lahh dan tolonggggg ya pulangkan bali pada MTT ya.. Erkkkk !  Oleh yang demikian pabila idea yang tersembol sembol telah pon di mamah usia 3 hari tidak meng-hupdate sebarang jenis entri tatkala bercuti sakan sambil memboncetkan perot dengan kenduri kendara , bermandi manda di sungai , dan segala jenis open house haruslah memulakan jelajah mem-blogwalking dengan kadar sepot sedod yang hampir pencen..

Dan sebenarnya ya para lalink yang hencem , macho serta jelita lagi jelitup idea yang tersembol sembol tatkala mem-blogwalking seakan akan datang bertalu talu mengingatkan kembali apa yang cuba nak di sampaikan pada entri entri yang akan datang tapi, tapiii tapii dan tapiiiii lagi , mem-blogwalking sambil membaca perkongsian oleh rakan maya yang lain dan membuatkan otak kita bersatu padu dan berfikir fikir sampai naik serabut itu tidak sama sekali bermakna menjadikan kita seorang yang pentiruuu .. toinkkk toinkkk !

 

 

Tajuk sama

Ini adalah perkara yang jarang jarang berlaku tapi terkadang terjadi juga oleh kerana kita ini manusia biasa yang tidak pernah dan tidak akan dapat mem-format kepala hotak ini sepertimana kita mem-format handphone ataupon laptop kesayangan tatkala dilanda musibah..

 

Isi kandungan sama

Isi kandungan sering kali menjadi titik permulaan bagi kita rakyat Malaysia ..Bukan bukan , pabila tajuk entri yang seakan sama cuba di olah menjadi satu jalan penceritaan yang menarik tertarik dan daboom , ianya sangat sangat membuktikan yang dunia blogging ini tak pernah sunyi daripada melahirkan penulis penulis yang berkebolehan tinggi dan berdaya saing..Hakktuihhh !

 

Gaya penyampaian

Contoh berita Anak ikan Pak Mat Tempe Mati Semalam” ianya adalah perkara yang sama yang cuba diberitahu oleh seluruh rakyat yang menetap di seluruh pelusuk muka bumi akan tetapi blogger blogger yang hebak yang ada dalam dunia blogging ini mempunyai pendapat yang berbeza beza dan cara penyampaian yang berbeza beza mengikut apa yang telah pon di anugerahkan oleh Ilahi ya..

 

Tajuk sama , Isi kandungan sama  tapi gaya penyampaian berbeza

Manusia ini mempunyai otak yang tidak mempunyai banyak ruang yang boleh di padatkan agar dapat menyimpan segala khazanah untuk sepanjang zaman.. Erkk ! Pabila tajuk entri sama , isi kandungan hampir sama tapi gaya penyampaian itu berbeza beza tidak lah bermakna blogger tersebut pentiru atau sebagainya..

Cara penyampaiannya yang berbeza membuatkan dunia blogging ini tak pernah suram , kusam , seram dan ram sam ram ya… Pelbagai olahan yang di buat bagi menarik pembaca agar tidak pernah jemu dan lekang untuk menjulingkan bijik mata di blog yang tak seberapa.. Psttt ! Yang dah sememangnya hot tak apa , hupdate kucing terberanak pon komfrom traffic cecah langit.. toinkkk toinkkk !

 

 

 

 

Nota kecik : Tapi kalau dah sebulat sebulat seketui ketui tu bukan lah namanya sama tapi tak serupa yer tak ? toinkkk toinkkk !

Nota kecikk : Baca dan fahami bagi mengelakkan salah faham sepanjang zaman berzaman.. ^^

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

Dibebel tanpa mengeringkan air liur oleh ,

belog

Friday, September 16, 2011

Laman bersawang , pusing pusing tang tu jugak (!)

Assalammualaikum ..

 

Lagi lagi dan lagii isu laman berswang yang tak pernah terbiar usang apetah lagi terkulai layu di mamah waktu..Semakin dunia di telan arus pemodenan semakin kita di telan arus tetttttt ! Kemain nak ber-tett tett lagi di siang hari yang indah lagi permai ini..

Seperti yang sedia maklum ya para pari pari yang hebak , macho jelita jelitup dan chomel chomell belaka..Dengan kadar 1800km/sejam MTT akan cuba memulakan operasi membebel sakan yakni syok sendiri tanpa mengeringkan air liur yang sejak azali berada di dalam tubuh badan manusia..

Laman bersawang adalah tempat ataupon medium untuk kita kita kita dan kita semua beramah tamah mesra bersama orang orang yang di kenali , mengenali ataupon tidak di kenali sama sekali.. Ehhh bukannn ! Selalunya amatlah di alu alukan untuk yang mengenali dan bagi yang nak mengenali juga tidak kurang hebaknya,akan diberikan sedikit ruang yang terbendang luas untuk menumpang di ruang sudut hati yang senonet.. Hakktuihhhh !

Akan tetapi dunia yang kita sangkakan besar gedabak ini terkadang tidak membuatkan kepala hotak kita seakan tidak berfungsi seketika dan memberikan amaran bahawasanya dunia ni adalah kecik senonet lagi seciput para penduduknya..

 

Ragam Maya 1

Tersebut lah kisah di zaman dahulu kala katop tergatal jemari ini lantas menjentik pintu jemari montel supaya meng-join-kan diri dalam laman bersawang myspaca/facebook atau yang seangkatan dengannya..

“ Hott lah awek ni .. Nak add ! Boleh beramah tamah dan bermesra alam ! “

Begitulah berbisiknya satu suara di benak pemikiran manusia .. Pabila dah meng-ADD sekali gus merapatkan jurang di antara kita sesama manusia untuk memulakan sebuah pertalian yang di berikan nama persahabatan..

Pabila sedang asyik di buai mimpi yang indah serta di terbangkan bersama bayang bayang yang tak dapat di bayangkan..Terasa nak berkongsi pula dengan teman seperjuangan yang mengamalkan gaya hidup berkonsepkan Ulat bulu naik daun

“ Cer tengok cer tengokkkk , hot tak awek ni.. Marka baru cekkk ! “

“ Err marka hang ? Ni gf haku la dongoiiii ! Hang ayat dia ker dia ayat hang ? Hamwaw punya kawan “

Pungg pangg pungg pangg pungg panggg pungg panggg yakk dushhhh !

Kesimpulannya : Nak menggatal ataupon cuba memikat anak dara sunti lagi gebu silalah kaji kot kot tersangkot dengan hak orang..Kalau yang tak jadi hak mutlak tak apa lagi ..Akan tetapi tak baik merampas kebahagiaan orang lain.. Yang dah berpunya sila jangan menggatalkan diri.. Cettttt !

 

 

Ragam Maya 2

Ketahui lah wahai seluruh pemilik account mukabuku bahawasanya di dalam friendlist yang sedia ada pasti adanya terselit 1 , 2, 3 atau lebih yang mempunyai mutual friend dengan kenalan kitaaa..

Notification masuk dengan rakusnyaaa menandakan ada personal mesej;

mesej

“ Haiiii boleh kenal .. I dah lama admire you… Suka tengok muka you, chomell lah macam Nora Danish ! “

“ Ohh yer ? Nora Danish tu kembar 18 dengan I sebab tu sama kot “

“ You dah ada bf , If you don’t mind boleh I dapatkan contact number you..I nak sangat kenal dengan you ni.. “

“ Ohh yer ? Tengok laa nanti kalau  rasa berkesempatan nak bagi no I dekat you , tak pon you minta jer number I dekat wife you .. Nama wife u Jamilah Binti Jemol kankankan ? Dia ada no I..Okay daaaaa ! “

Alamakkkkkk ! Kantoiiii .. toinkkkk toinkkk !

Kesimpulannya : Kalau dah membina empayar besar gedabak yang bernama mahligai rumahtangga,silalah mengawal emosi,diri serta jiwa dan raga tatkala menyaksikan keindahan wajah wajah ciptaan Tuhan..

 

 

Nota kecik : Alam maya ni pusing pusing tang tu jugakkkkk der !

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

Pesanan laman bersawang di bawakan oleh ,

belog

Thursday, September 15, 2011

Kerana BLOGGER setitik rosak BLOGGER sebelanga

Assalammualaikum ..

 

Keberangkalian perot yang sedang memboncet sememangnya seakan terbiasa tidak mekentedarah di pepagi hari buta .. Anak anak dalam sekalian organ badan ni semestinya minta di isi dengan pelbagai juadah yang membolehkan perot bertambah chomel akan tetapi diet seimbang perlu di amalkan bagi menjaga kesihatan jasmani dan rohani.. Hakkktuihhh !

Entah kenapa dalam sanubari yakni lobak hati yang paling dalam tak terselam ini merasakan dunia blogging kini semakin suram , kusam , seram dan segala jenis ram sam yang seangkatan dengan kaum kerabatnya..

Dunia , bumi ni bulat terkadang kta berada di atas , terkadang ada masa kita boleh jatuh tersungkur sejibik bagaikan buah nangka busuk yang terhempas ke bumi .. Manusia , bila sebut pasal manusia memang tak boleh dan tidak dapat kita cuba menafsirkan tentang sifat sifat yang ada dalam diri setiap manusia ..

Yelaa , rambot sama pacak , sanggol sama tinggi akan tetapi hati manusia ni kesemuanya lain lain..Sesungguhnya kita sedang berada dalam arena suka yang sama di atas muka bumi yang serba serbi hebak ini yakni sukan menaep tanpa batasan..Namun begitu ya para lalink menaep tanpa batasan ini tidak bermakna kita tak perlu dan tidak seharusnya menaep mengikut sedap anak tekak lalu menimbulkan kacau bilau dan huru hara yang boleh membinasakan sesama kita.. Cececehhh !

 

Kau Hebak ? Aku lagi hebak laa ! Buktikannn !

Konsep sebegini rupa merupakan peluru yang paling berbisa dalam nilai sebuah persahabatan ..Dan sebenarnya sebuah persahabatan kalau di nilai dan di kaji ianya adalah sesuatu yang indah , aman , damai serta harmoni keropok moni..Tidak seharusnya la mengamalkan konsep yang sebegini rupa kerana ianya hanya boleh menimbulkan kacak bilau M Daud Kilau ..

 

Kau boleh buat ? 10x aku boleh lagi bagus ! Buktikannn !

Ini merupakan sesuatu yang boleh merangsang otak manusia pabila kita ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik akan tetapi tidak seharusnya lah kita menjadi batu hapi ataupon kata yang lebih tepat lagi menaikkan tanduk di atas kepala sendiri bagi memastikan apa yang hendak kita capai akan kita kecapi..Persaingan yang sihat tu perlu tapi tak perlu sampai menindas antara satu sama lain..

 

Kau bajek dah habes Gahhh la tuhhh ! Buktikannn !

Orang kata , kerana mulut badan binasa dan kerana mulut juga lah mampu membuatkan kepala hotak kita ini bagaikan di rasuk hantu kak limah yang tak dapat di kawal oleh sesiapa lagi melainkan diri kita sendiri yang ada keinginan untuk merubah apa yang septotnya tidak kita lakukan sesama manusia..

 

Hentam meng-hentam ! Ehhhhhhhh ?

“Kau tak yah la dengar sangat apa yang dia sembang ..Dia tu dah lama pungg pangg pungg pangg ..Blablablablablablablablaaa “ Seharusnya bila di nilai balik persahabatan dalam alam maya ni , tak sama dengan persahabatan yang kita jalinkan sesama makhluk makhluk chomel yang ada di atas muka bumi ini dalam dunia realiti..Kalau kita tak pandai nak hargai sememangnya ianya akan menjadi satu titik hitam yang legam lagi hangit buat arena sukan menaep tanpa batasan..

 

Dan sesungguhnya sebelum MTT mamasuki arena suka menaep tanpa batasan lantas membuka cawangan membebel syok sendiri tanpa mengeringkan air liur , memang terdetik pada hati yang senonet ini lalu di jentikkan di salur ke dalam kepala hotak ,

 

“ Hmm , blogging ? Sangat membuang masa okay .. Dapat apa blogging ? “

 

Tapi tapii tapiii tapiii dan tetapiiii , sejurus melangkahkan jemari montel ini untuk melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung hati ni terasa bagaikan di awang awangan dan melayang layang.. Erkkk lari tajuk dah … Terdetik di hati ni ,

 

“ Wahhh seronok blogging ni , menaep tanpa batasan , tak yah keringkan air liur , dapat kawan baru walaupon hanya dalam alam maya .. Dorang semua memang bestt ! “

 

Bila semakin ramai lahirnya mereka mereka yang melibatkan diri dalam arena sukan menaep tanpa batasan ini,terasa makin berkembang lah hasil penulisan walaupon tak seberapa untuk di kongsikan buat tatapan sekalian bijik mata para lalink..

Oleh yang demikian seharusnya lah kita menghargai peluang peluang yang di berikan untuk kita membina tapak dalam sesuatu bidang yang kita sedang cuba memasuki..Jangan lah kita cuba tindas menindas antara satu sama lain hanya kerana kepentingan diri kita sendiri tak aman hidup derr ! walaupon hanya PERSAHABATAN DI ALAM MAYA ..

 

 

Nota kecik : Blogging ni bukan tempat kita mencari musuh akan tetapi tempat untuk kita berkongsi segala jenis perasaan dan apa yang berlaku di sekeliling kita dengan penuh emosi tanpa mengeringkan air liur.. Hakkktuihhhh !

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

Pesanan khidmat panjang berjela di bebelkan oleh ,

belog

Wednesday, September 14, 2011

Perempuan GARANG vs perempuan LEMAH GEMALAI

Hellooooo ! Dan Assalammualaikum ..

 

Kehadapan , ketengah , ketepi dan kebelakang serta yang seangkatan dengan kekekeke selamat pagi , petang siang dan malam buat sekalian alam dan buat para lalink yang jelita , jelitup , macho serta tampan .. Mood untuk membebel syok sendiri tanpa mengeringkan air liur pada hari ini bersamaan dengan 14/09/ 2011 (Ehhhh anniversary MTT dan Mista Tunang yang ke 6 tahun 8 bulan dah laaa ! Alhamdulillah ! ) agak berkurangan dan tidak luar biasa seperti biasa..

Bila cakap pasal perhubungan ni , teringat pula satu perbualan dengan ex staff yakni seorang brader merangkap pak sedara MTT tentang jenis jenis dan sikap perempuan yang di gemarinya..Ataupon lebih tepat lagi karakter yang ada dalam diri seorang wanita..Wahhh kemain lagi boleh ada yang di gemari vs tak di gemari..

Dan semestinya sebab munasabahnya adalah nak memulakan sebuah perhubungan bukan lah mudah untuk kita membina , menjaga , menyemai munga munga cinta agar ianya harum mekar kuntum kemboja .. Hakkktuihhh !

Pabila berbicara tentang jenis jenis sikap seorang wanita dah semestinya lah terbayang bayang gadis yang ala ala ayu , anggun , lemah lembut gemalai , sopan santun sentul , dan seangkatan dengannya..Akan tetapi ya para lalink tak di nafikan ada juga para lelaki yang menggemari perempuan yang garang .. Euuwwwww ~ Like gitu .. Cehhhhhh !

 

Wanita yang lemah lembut gemalai Sekus me abanggggg ~

Dan tidak syak tidak bukan lagi wanita yang lemah lembut gemalai sudah pastinya menjadi pilihan hati serta sekalian organ para adam yakni kerana terserlah lah sifat kewanitaan yang di pancarkan tatkala itu segala jenis air liur boleh la menitis mencecah ker lutut kaki..

 

Wanita yang ala ala manja majnun  Alaaa you niiiiiii !

Wanita yang ala ala manja laila majnun juga seringkali menjadi dambaan bagi setiap para lelaki yang menetap di muka bumi dunia ini oleh kerana sifat kewanitaan yang di selang selikan dengan kemanjaan yang mampu membuatkan hati para adam bagaikan di panah duri sembilu taktkala mendengarkan suara yang lemah gemalai gitu… Hakkktuihhh !

 

Wanita yang tegas  Hmmmmmmm !

Seperti yang tersedia maklum bagi setiap makhluk yang berada di seluruh dunia , lelaki merupakan seorang manusia yang selalu memerlukan bimbingan wanita daripada aspek tertentu untuk beliau membuat keputusan bagi sesuatu keputusan yang akan di ambilnya..Di saat saat dan ketika ini para lelaki sangat sangat sangattt memerlukan seorang wanita yang tegas yang mampu membuat keputusan di saat saat genting dalam hidup mereka…

 

Wanita yang garang Aummmmmmmmm !

Siapa kata lelaki tak sukakan ke-garang-an yang ada dalam diri kaum hawa.. Erkkk ! Wanita wanita seperti ini bukanlah di kategorikan sebagai garang ataupon Singa Betina ya para lalink akan tetapi wanita wanita seperti ini di percayai oleh pasangannya mampu menjaga diri sendiri tak kira dalam apa jua situasi dan walau dimana dia berada..Garang tidak beerti wanita itu tidak mempunyai ciri ciri gadis idaman malaya akan tetapi tegas terhadap perkara yang berlaku di sekeliling merekaaa.. Cececehhhhhh !

 

Dan jika wanita tersebut mempunyai kesemua ciri ciri yang di nyatakan tolak campur bahagi darab sama dengan beliau adalah hebakkkk ! toinkkk toinkkk !

Membebel sakan bercerita tentang perempuan idaman kalbu hero hero malaya macamkan si empunya blog adalah seorang lelaki… Hakkktuihhh ! Berikut hanyalah pendapat ikhlas daripada lobak hati yang paling dalam lalu di lontarkan dalam bentuk penulisan yang tak seberapa yaa…

 

 

Nota kecik : Kata orang , lelaki lebih sukakan perempuan yang banyak cakap daripada diam membisu kerana kadang kadang lelaki ni tak mampu buat keputusan sendiri jadinya wanita sedemikian sangat sangat lah di perlukan.. Betul kahhhh ??

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

 

Yang membebel tanpa mengeringkan air liur ,

belog

Tuesday, September 13, 2011

Woiii , apa ni SPAM LINK .. Tak faham bahasa ker (?)

Assalammualaikum ..

 

Selamat pagi buat para lalink yang hensem , macho , cun serta jelita jelitup .. Alhamdulillah masih lagi kita bernafas diatas muka bumi ciptaanNya yang indah lagi aman dan permai ya.. Terasa macam bagi syarahan yang tidak di iktiraf pulak dah.. Hikhik

Setiap detik dan saat pala hotak ni tak pernah terlekang dek hujan ehh bukan bukann .. Tak pernah lekang daripada memikirkan tentang blog terchenta dan idea idea yang di harapkan mencurah curah ke ladang gandum bagi memastikan kepuasan diri terjamin dan dapat juga menjulingkan bijik mata kalian ..

Pabila telah penat , lelah , tersedu dan tersedan memikirkan idea idea bernas lagi mantop untuk tatapan umum , semestinya ianya haruslah di publishkan dengan semang-gat yang berkobar kobar , dan sedaya mungkin mengelakkan ke-cacar-an merba meletus..

Setelah dengan bersemang-gat kembara wajanya mem-publishkan entri seharusnya di selangi dengan mem-PING-kan entri entri yang telah di perap sekian abad didalam blog untuk di tatap oleh penggemar penggemar yang membaca menerusi laman bersawang mukabuku ya di group group blogger ( LINK ) yang semakin tersebar meluas..

Akan tetapi sewajarnya di ketahui umum pabila mem-PING-kan entri terdapat 2 kata kunci yang sering kali bermain di benak pemikiran para admin yang sentiasa menjaga keamanan dan keharmonian dalam sesebuah group blogger yakni memastikan tiada kejadian kejadian bencana yang tidak di ingini seperti meng-SPAM-kan link..

Sejak azali lagi di ketahui umum maka kita sebagai rakyat Malaysia telah pon berikrar dan berjanji.. Errr tak pasal pulak nak berikrar.. Mengamalkan budaya yang tidak lain tidak bukan lagi yakni budi bahasa budaya kita..Dengan keseronokan yang doi tonjol serta di sondolkan oleh para blogger maka lahir lebih ramai lagi la manusia masnuia yang hebak hebak meng-join-kan diri dalam arena sukan menaip tanpa batasan..

MTT sendiri sepanjang 8 bulan memulakan operasi membebel syok sendiri tanpa mengeringkan air liur , hanya pada blog ini berusia 4 bulan baru lah MTT tahu untuk membezakan mana satu yang TIDAk SPAM dan mana satu yang di katakan sebagai SPAM LINK .. Yer anak anak serta ibu bapa sekalian marilah sama sama kita menyaksikan gambar rajah di bawah sebelum menjawab soalan yang terendam , terpendam  yang tak terselam itu ,

 

* SPAM LINK

Spam Link2

 

Gambar rajah di atas merujuk kepada yang dikatakan meng-SPAM link dengan sewenang hati dan boleh menimbulkan kemarahan kepada para admin yang bertungkus lumus mengawal keamanan group group blogger yang selalu menjadi tempat kita berkongsi hasil penulisan..

Sila rujuk link yang di letakkan dalam kotak berwarna merah.. Link tu sewajibnya di padamkan sebelum meng-klik button SHARE

 

 

* TIDAK MENG-SPAM LINK

 

Spam Link

 

Dan merujuk kepada gambar rajah diatas pulak ialah dimana kita berkongsi hasil penulisan tanpa meng-SPAM kan link yang boleh menimbulkan kemarahan admin group blogger..

 

 

Tapi tapii tapii dan tapiiiiii ,

Ada juga pendapat daripada sesetengah individu yang mengatakan kenyataan dan gambar rajah di atas bukan lah dalam kategori meng-SPAM LINK akan tetapi yang serupa demikian ,

 

spam link3

 

 

Namun begitu ya sesungguhnya kalau tiada yang baru maka tiada lah mereka yang lama..Segala pembelajaran kita di atas muka bumi ini adalah bermula daripada bawah..Kita belajar merangkak , belajar berjalan , kemudiannya berjalan terkedek kedek sambil makan keledek dan sejurus itu lah kita berlari bersama sama ..

 

 

 

 

Nota kecik : Budi bahasa budaya kita , sekiranya terlihat , ternampak dan ada niat di hati senonet ingin menegur kesilapan para rakan dunia maya , seeloknya menggunakan bahasa yang indah lagi berpuitis yaa.. Selamat mencubaaa ! toinkkk toinkkk ! ^^

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

Pesanan khidmat masyakarat di bawakan oleh ;

belog

Monday, September 12, 2011

Kerana TOILET hilang semuanya dalam sekelip mata

Assalammualaikum ..

 

toilet

Suam suam kuku hujung jari jer nak menaip segala masam entri dengan rakus dan penuh emosi di hari Isnin hari bagi raja segala kemalasan manusia..Terasa terkilan , tertekan , tekan tubi pabila segala yang di rancang telah pon musnah , hancus , berderai derai meleleh cecah ke lantai Malaysia .. Tak sempat pon nak hadap sambil makan ketupat palas cicah rendang ayam .. =..=”

Yang pasti dan tidak lain tidak bukan lagi perkara perkara sebegini pastinya mampu mematahkan , memulas mulas , menjatuhkan semang-gat mereka yang gemar membebel tanpa mengeringkan air liur sepertimana MTT ..Kalian pon begitu yer tak ?

Peristiwanya berbunyi begini , sebelum melangkahkan kaki ke toilet bagi melegakan sedikit sebanyak oleh analisis analisis yang mengganggu kosentrasi ( Yang kecil kecilan jer .. ) ,

 

  • Okay , dah komfom memang itu yang haku nak ..Tak syak lagi !
  • Okay , pastinya segala isi kandungan telah pon di terapkan dalam pala hotak ni
  • Okay , lepas balik daripada toilet pastikan ianya perkara pertama yang di buat !

 

Siapa yang tidak merasa tertekan tatkala segalanya telah pon di rancang dengan rapi , terapi dan di selangi dengan emosi yang sedikit teruja ..

Tapi,tapii , tapiiiiiii ,

Kita hanya lah manusia biasa , kita hanya mampu merancang ..Urusan yang lain bukan lah tugasan dan kerja kita untuk mempertikaikan..Walaupon jauh di lobak hati yang paling dalam hinggakan tak terselam ini frust bagaikan nak tertonggeng ..

Perkara begini sememangnya sering kali terjadi , tapi langsung tak pernah nak ambil iktibar yakni mulakan langkah berjaga jaga dan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.. Manusia kan… Cehhhhhh !

Sangat kerunsingan sebaik saja melangkahkan kaki keluar dari toilet , tiba tibaaaa

OMG !!!! Lupa dahhhhhhh ! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ! Jangan katakan isi kandungan entri yang dah bersepai sepai dan tersembol sembol dalam pala hotak ni , tajuk entri yang nak di bebelkan pon hilang lesap entah kemana menghilang serta melayang layang .. =..=”

 

Moral of the story : Sebelum ke tandas , jika idea telah pon tersembol sembol paling kurang taipkan lah tajuk entri di handphone 33sekupang bagi mengelakkan ke-frust-an tertonggeng .. =..=”

 

 

 

 

Nota kecik : Haipp haipp haippppp ! Tak baik marah marah petang hari Isnin nanti muka ber-pokedod.. toinkkk toinkkk ! ^^

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

 

belog

Kau hebak ? Aku lagi hebak .. Mulut ko berapi ? Mulut aku kalah gunung berapi (!)

Assalammualaikum ..

 

Kekusutan melanda dalam sanubari hati tatkala tibanya hari Isnin yakni hari bagi raja segala kemalasan bagi setiap penduduk yang menetap di atas muka bumi ini.. Ehh ehh yeker ? Ker penyakit MTT sorang jer pabila Isnin menjelang tiba .. =..=”

Pada awalnya niat di dalam lobak hati ini adalah ingin menjadi seorang pekerja yang berkhemah sekali gus meng-off line kan diri daripada sebarang jenis laman bersawang akan tetapi jauh di sudut hati yang senonet ni turut merindui blog muruk ini.. ^^

Mana taknya hari Sabtu dan Ahad lepas tak berpeluang langsung nak mengenyitkan apetah lagi menjeling ke laman bersawang akibat open house yang belambak lambak .. Dan ini lah juga peluang untuk bertamah mesra dengan kawan kawan yang jarang jarang di temui..Kesannya perut memboncet bagaikan johan dan memulas mulas akibat terlalu boncet.. =..=”

Suka bebenor bermukadimah panjang berjela jelut hinggakan terjuling mata pepagi buta ni .. Dan sebenar benarnya aktiviti membebel syok sendiri tanpa mengeringkan air liur pada hari ini adalah untuk membahaskan tentang laman bersawang yang sangat terkenal lagi femes amasto yakni facebook ataupon mukabuku..

Seperti mana yang kalian dan kalian tahu seringkali kita melihat terlihat dan ternampak pelbagai jenis status yang di keluarkan bagi setiap pemilik account facebook bagi melahirkan rasa riang , gumbira , gundah , gulana dan sebagainya ya.. ( Skema jap pepagi hari )

Dan yang pasti dan semestinya pasti akan adanya perbalahan yang akan tercetus hanya di sebabkan satu status yang di keluarkan dan pabila adanya tindak balas bagi sebelah lagi pihak akan meletus lah perang status ya..

 

fb

 

Negara merdeka tapi pemikiran kita masih dijajah ( LINK )..Kankankan ? Dan yang pasti dan tidak lain tidak bukan lagi mukabuku ini adalah medium perantaraan antara kita sesama manusia untuk gunakan .. Yakni boleh menghubungkan kita dengan rakan rakan dari seluruh pelusuk dan celahan muka bumi ..

Akan tetapi oleh kerana adanya pihak yang menyalah gunakan medium dan kesenangan lenangan yang di berikan maka tercetus lah perpecahan dan perbalahan sesama sendiri tatkala adanya konsep ,

 

Kau hebak ? Aku lagi hebak .. Mulut ko berapi ? Mulut aku kalah gunung berapi !

 

Akibatnya tersangat lah buruk lagi merbahaya tatkala jari begitu ghairah menari ( LINK ) .. Itu belum masuk lagi dengan pelbagai kesalahan yang telah di salah gunakan lagi ..

 

  • Mem-Fake account mukabuku ( LINK )
  • Menipu untuk kesenangan diri sendiri
  • Yang ‘married’ mengaku ‘single’ ( LINK )

 

 

Iklan Raya : Terima kasih Celoteh Si Alya & Farhah Azman , kad raya baru sampai ! Posmen bawa kad raya sayang sayangg balik kampung , salahkan posmen ! toinkkk toinkkk !

Iklan Entri : Penyakit berangkai blogger & Ubat penyakit berangkai blogger

 

 

 

Nota kecik : Sesungguhnya kesenangan yang diberikan bukan lah untuk menjadi satu loncatan untuk perbalahan akan tetapi seeloknya la di gunakan sebaik mungkin ..

Nota kecikkk : Nak muntah rasanya baca status status lama , facebook meroyan ker hape keluar kan balik semua status .. =..=”

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

belog

 

È