.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Thursday, March 14, 2013

Masalah MASA atau MANUSIA

Assalammualaikum.

 

Yehuuuuuuu, lamanya tak menepekkan bijik mata kat blog ni. Kemain lama berjaman jaman lamanya terasa. Kalau ada terselit pon dok promote apa apa yang patot boleh dikongsikan bersama. Terasa jugak macam nak menghempas hempaskan kaki ke lantai menunjukkan tanda protes betapa terhadnya masa yang dok ada ni sampai tak sempat nak buat apa pon.

 

clip_image002

 

Haaa sila perhati gambar rajah di atas menandakan yakni sekeras kerasnya memang masa tu kemain mencemburui tak hengat. Haihhh, ni la manusia salahkan masa. Entah nak kata tak reti sangat nak bahagikan masa tu tak juga, cuba juga nak cilok cilok celah celahan masa yang ada tapi penat kemain la sampaikan terasa macam nak pinjam masa Mak Jenab sebelah rumah.

Bajet macam buzy woman kemain tak? Walhal jadual orang lain lagi lah double triple pack kalau nak banding dengan jadual takat macam ni jer. Phuihhh! Tapi tapi tapi mungkin juga sebab bawa manusia yang lain dalam diri ini menyebabkan rasa kepenatan tu lain masa sikit, mata ni asek mengantok tak yah cakap lah. Duepuluhlapanratos jam memang ngantok sesaje je pon. –“

Tapi alhamdulillah, dengan kedatangan orang baru dalam hidup ni rezeki melimpah ruah, syukur sangat sangat yang tak terhingga pada yang maha Esa, kedatangan orang baru yang bakal di sambut July ni pon menambah nambahkan lagi rezeki dari Allah. Syukur, alhamdulillah. Haaa, apekah. toink toinkkk!

Tak ada banyak stori mori yang best best nak di hadapkan bagi tontonan umum, tapi dapat bebel syok sendiri sendiri pon jadi lah kan, rindu jugak nak bebel bebel tanpa keringkan air liur kat sini, ada juga blogger2 yang dahulu kala katop sama sama kemain ghairah dengan blog tanya2 manakah menghilang.

Tak hilang mana aihh, ada jer sini Cuma menyepikan diri serta menyibukkan diri dengan realiti kehidupan sebenar jer. Hihikkksss *lama tak gelak gegedix cmni*

Dah dah dah sudah cukup sudah dah nak merapu meraban di pagi hari ni. InshaaAllah ada masa, panjang umur esok esok, lusa lusa, tulat tulat hupdate lagi. Gigih juga rasanya diri ni terasa bila meluap luap rasanya hati ni untuk tak tinggalkan blog ni lagi. Hihiksss *gelak gegedix sekali lagi*

 

 

 

 

Nota kecik : Sesiapa yang ada masalah kulit muka, kulit badan dan sebagainya boleh lah terus ke Laily Beauty Care ya untuk skodeng modeng produk produk yang inshaaAllah dapat membantu selesaikannya. Dapatkan yang terbaru yakni Maixara C-Sential yang sangat terbayekkkk!!

 

belog

Thursday, November 29, 2012

Trend pelik tatkala sesebuah perlawanan pertaruhkan maruah sendiri

Assalammualaikum.

 

Ehemmm kemain ngelenjat lagi ya pabila Malaysia menang 4-1 dalam perlawanan menentang Laos malam tadi. Kemain sokongan berpadu padu isinya di berikan sampaikan kat news feed mukabuku pon kemain ramai yang menjadi pengulas sukan tak berbayar malam tadi ya. Cer kalau tak mendapat kemenangan? Jangan kata sokongan berpadu padu, berpadu padu masing masing bergabung hentam sana sini. Phuihhh!

 

Trend pelik tatkala sesebuah perlawanan yang bakal berlangsung.

Janji mencari ‘kehilangan’ Harimau Malaya dan menebus kekalahan telah di kotakan oleh sang Harimau. Janji lain pula yang harus di cari dan di tepati ni. *okay dah terasa macam penguluas suka tak bertauliah sudah* toinkkk toinkkk!

 

319642_531070873572205_936214904_n

 

Sungguh memalukan, patotnya bagi sokongan padu pada pasukan kebanggaan negara sendiri, ini tidak, seperti meletakkan maruah sendiri di bawah telapak kaki sendiri. Phuihhhh !

Apa pon tahniah pada pasukan Harimau Malaya, cuma sekarang ni yang merunsingkan kepala hotak ni, pelik dengan trend trend pelik kemain yang cuba nak di ketengahkan bagi menarik perhatian umum. Apa yang terjadi pada manusia yang pernah berjanji untuk memotong ‘anu’ pada suatu ketika dulu patotnya di jadikan pengajaran bukan dijadikan ikutan.

Trend ‘potong anu’ lah, trend ‘show time’ tanpa seurat benang depan Pavilion lah. Tapi tapi tapi persoalannya bukan trend peliks ini yang nak di tekankan ya murid murid, akan tetapi mana perginya nilai nilai murni serta semangat patriotik yang sejak sedari sekolah kemain tungkus lumus tulus para cikgu terapkan dalam kepala hotak memasing.

Dan yang paling mengilukan usus usus perot, mana pergi maruah dan harga diri bagi setiap insan yang mahu mempersembahkan trend trend peliks tersebut? Sungguh memilukan hingga mengilukan celahan gigi, siyesly benar semata tiada yang benar melainkan yang terpilu. Phuihhh!

Septotnya tak kira menang atau kalah kita seharusnya memberikan sokongan sepadu padunya. Dan semestinya lah akan ada rasa kecewa bagi setiap kekalahan yang di hadapi akan tetapi ya anak anak ketahui lah bahawasanya bola itu sesungguhnya berbentuk bulat jadinya kalah atau menang adat pertandingan. Sokong tetap sokong. Rasa tak nak sokong dok diam diam tak yah bagi ulasan yang tak membina langsung.

 

penjaring-malaysia-malaysia-vs-laos1

Wajah wira wira yang menjaringkan gol semalam. Tahniah buat Harimau Malaya.

 

 

 

 

 

Nota kecik : Inchik ‘potong anu’ serta Cik ’lari tanpa seurat benang depan Pavilion’ sila lah bersiap sedia, kerana sudah pastinya rakyat rakyat di Malaysia ni sangat berpegang teguh pada janji. Janji harus di tepati ! Phuihhhh ! Terlajak perahu boleh di undur, terlajak update status boleh remove tapi dah di-print screen jadinya dah terlambat ya.

 

belog

Thursday, August 9, 2012

ADA AKU KESAH ?

Assalammualaikum,

 

 

Pejam celik pejam celik pejam celik, tinggal lagi 10hari jer Ramadhan akan meninggalkan kita dan akan di sambut Syawal dengan girang lagi gumbira tak hengat dunia. TERajin kan diri pulak hari ni belek membelek entri entri yang di hupdate dengan jayanya pada Ramadhan tahun lepas. Hailah syahdunya terasa bila terhengat keseronokan pada detik dan ketika itu. Kannn.

Biasanya sebelom nak meneruskan bebelan panjang berjela, penuh dengan mukadimah yang panjang berjela tak hengat dunia akan tetapi untuk entri kali ni biarlah mata para lalink di rehatkan seketika dari membaca mukadimah yang sememangnya selalu jauh menyimpang.

Semalam masa ronda ronda kat PARAM, berjalan lah MTT di belakang 2 orang gadis yang comel molek lagi cute. Seronok dengar dia bersembang ceritakan saat saat TERindah bersama dengan keluarga dia masa jenjalan kat Jalan TAR hujung minggu lepas. Tadi keyword yang tak habis habis di gunapakai si pendengar tu yang buat terasa nak cair tahi telinga MTT mendengar :

 

“ADA AKU KESAH ??”

 

Asyik di ulang ulangnya tak habes habes sampaikan kesian kat si pencerita tu, terasa juga nak pergi kat adik tu sambil bisik kat telinga dia,

“Dik, kasi lah kawan awak ni pelempang se-das supaya dia rasakan kesedapan ADA AKU KESAH tu. Tolong lahh dik. Kalau tak nak, meh sini bagi ahkak yang tolong bagi dia rasa.”

Hikhikhik Gangster dok dahku?

 

Ade aku kesah

 

Dan yang sebenarnya bersungguh sungguh lah si sahabat nak kongsikan rasa seronok dia akan tetapi punah serta gugur kandungan setelah dengar respon dari sahabat. Confirm pernah rasa kann? Rasa nak sepak, nak lempang selaju 18ratos kilometer sesaat pon ada kannn.

 

Tak hormat

Yang ni dah tentu dan semestinya lah yang akan terlintas dalam kepala hotak pemikiran kann, langsung tak reti nak hormat apa yang sedang di sampaikan. Ingat air liur yang menampung untuk mengeluarkan baris ayat free ker hape kann. Zaman sekarang ni nak masuk tandas awam pon kena caj paling murah 30sen taw.

 

TERkurang adab sopan

Dan semestinya lah pabila seorang makhluk bernama manusia terasa dirinya tak di hormati secara langsung bukan lagi ulangan seorang makhluk itu lagi jatuh kepada kategori TERkurang adab sopan yakni telah melanggar etika serta kesusilaan dalam perlembagaan perbualan.

 

Oleh yang demikian, dengan ini hendak lah MTT mewawarkan bahawasanya jawatan kuasa ahli mensyuarat tingkap sedunia telah dengan sebulat suara memutuskan bahawa penggunaan perkataan ADA AKU KESAH tidak boleh di guna pakai sama sekali tak kira walau di mana sahaja anda berada.

Baris ayat di atas hanya satu penipuan, sila abaikan.

Bukan lah dengan ter-hupdatenya entri ni sekali gus MTT sebulat suara bersama jemari ingin menyatakan yang perkataan tu tak bagus sama sekali untuk di guna pakai akan tetapi sila lah toleh ke kiri, ke kanan, ke atas dan juga ke bawah sebelom menggunakan perkataan perkataan yang sedemikian ya.

Cuba kalau yang berada di tempat dia tu kita, tak ker sakit hati kita kannn. Banyak lagi lah dan sebenarnya perkataan perkataan yang simple dimple yang boleh menyakiti hati manusia lain melalui intonasi dan cara penyampaian yang tak sepatotnya.

 

IKLAN : Ohh yer, pada yang ada masalah kulit dan masih TERcari cari jalan penyelesaian boleh jenguk2 entri yang INI , tak perlu buang masa, buang duit dengan skincare yang belom tentu kesannya. Yang dah berkulit cantik dan nak menambahkan lagi kecantikan sedia ada pon boleh lah singgah. ^^

 

 

 

 

 

 

Nota kecik : Nak bergurau biar lah kena gaya, jangan sampai buat orang menambah perisa dosa bercakap tentang kita. ^^

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^

 

belog

È