.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, June 27, 2011

Perkara yang membunuh perhubungan (!)


Assalammualaikum..


Pagi ni macam biasa mood nak bekerja tu ala ala lite lite jer omputih kata..Entah kenapa perot ni meragam macam minta tuan badan MC jer hari ni .. ==' Nak kata salah makan tu pon boleh jugak sebab munasabahnya hari Sabtu MTT pergi kenduri kahwin dekat Taman Setiawangsa..Malam tu 698ratos kali berulang ke toilet sampai la semalam baru kurang sikit rasa kureng sedap perot yang besar gedabak nie.. =='

Cerita pasal kenduri perkahwinan terasa macam hari ni nak buat entri tentang masalah dalam hubungan semasa sesi perkenalan hati budi antara dua merpati sejoli dua.. Orang kata kalau kita nak hubungan tu kekal sehingga ke akhir hayat,kunci yang paling penting ialah persefahaman..Dan yang paling utama kena saling memahami..

Dalam hubungan tak boleh la kita terlalu nak pentingkan diri sendiri..Asyik nak fikirkan apa yang kepala hotak kita yang senonet tu nak jer..Hati dan perasaan pasangan kita,langsung kita tak nak fikirkan..Kalau dalam sesi perkenalan pon kita dah tunjukkan yang kita saling tak memahami macam mana pulak nak sehidup semati knknkn?Ada jugak yang 6 bulan pertama jer kentut wongi..


MTT sendiri tak la perfect sambil menaep entri ni sambil tu jugak tolong ingatkan diri sendiri dan kaji balik kelemahan dan kekurangan diri yang serba serbi kurang ni..Alhamdulillah setakat ni dah 6 tahun hubungan dengan Mista Tunang..Doakan yang baek baek untuk MTT dan MTT pon doakan yang baek baek juga untuk para lalink sekalian okayyy..Okay,sambung cerita pasal masalah dalam sesi perkenalan dalam perhubungan yang boleh membunuh sesebuah perhubungan.. =..=

Aku merajuk kau mesti pujuk (!)

Kalau adanya konsep yang macam ni dalam hubungan tu memang tak tahu la teman nak kobanya..Sikap tolak ansur tu kena kita kena cuba terapkan macam ayam perap dalam kepala kalau nak bahagia dalam hubungan..Yela memang la setiap wanita mengimpikan lelaki sejati seperti Seth Tan yang sentiasa sabar dalam melayani kerenah para wanita yang mengada kemain hebak kat abad ni..Wah harusnya nama Seth Tan yang naik setiap kali cerita pasal lelaki idaman..Nak merajok tu tak salah tapi biar lah kena pada tempat dan gayanya,jangan la sebab tak tanya khabar,tak sms dalam masa 2 jam dah tacing tacing .. =..=

Kawan perempuan/lelaki kau harus tak wujud (!)

Dan ini lagi satu sebab munasabahnya yang selalu tercetusnya dalam sebuah perhubungan..Bila adanya orang yang berlainan jantina yang menjadi sahabat dan berkawan rapat dengan pasangan kita..Kalau di fikirkan secara logikalnya memang mustahil kalau nak had kan pergaulan kita hanya kerana nak menjaga hati sang kekasih..Yela,tak kan pulak la nak hidup berdua jer dengan pasangan tak payah orang lain dalam hidup kita knknkn?Kita hidup ni kadang kadang perlukan pendapat dan pandangan dari orang lain juga,susah la kalau nak fikir konsep hidup berdua dalam dunia percintaan jer..Tapiiiiii kalau dah taw awak tu dah ada yang punya jaga la batas batas pergaulan tu jangan sampai terguris hati pasangan yaww~  =='

Hati aku kau mesti jaga (!)

Memang pentingnya dalam menjaga hati pasangan kita bagi mengekalkan keharmonian dalam hubungan.. Kemain lagi harmoninya kalau pandai kita menjaga hati pasangan kita..Jangan la kita ni terlalu memaksa orang yang tersayang untuk sentiasa nak jaga hati dan perasaan kita,tapi kita?Dalam sedar tak sedar dah terlalu mendesak hati dia sampaikan kita buatkan pasangan rasa tertekan lalu terdetik dalam lobak hati "Eyhh perempuan ni sangat merimaskan okayyybaii,malas aku nak layan.. "

Kau sibuk macam mana,aku kena no 1 (!)

Ini adalah masalah yang paling besar bila langsung tak ada rasa nak memahami situasi pasangan..Mind set, kau bz macam mana pon aku tetap kau kena utamakan.. Kadang kadang dalam hidup ni selain daripada mengejar cinta agar tidak keseorangan di hari tua nanti,dalam sedar atau sengaja kita buat buat tak sedar kita akan buat diri kita kehilangan sesuatu,hilang respect dengan masa orang lain....Ecehh~ Tapi bila kita terlalu nak pasangan kita letakkan diri kita di no 1,kita kena la jadi orang yang memahami supaya mana pon dia pergi kita ni sentiasa ada dalam kepala dia..TAPIIII kalau kita ni kerjanya asyik nak komplen jer itu tak kena ini tak kena memang tak akan kemana la hubungan tuh.. ==’


Nota kecik : Dalam kehidupan hati sendiri pon kita susah nak puaskan,jadinya nak memuaskan hati orang lain tu memang sesuatu yang mustahil..Setiap orang punya pendapat dan pendirian yang berbeza..Lain orang lain caranya la derr ! Nak jadi pembangkang MTT okay jer.. =='


Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^




25 Orang balas bebelan:

farahin nasir said... [MTT reply to this comment]

terime kasih MTT untuk pandangan pagi ini sekaligus sebagai nasihat jugak..:)

Norhisham Nordin said... [MTT reply to this comment]

hurm... beruntung kalo dapat yg boleh memahami...

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

yes!..
sape lagi yang nak pujuk kan ??
yes!.
pasangan kita tak boleh ada kawan lelaki lain yang rapat.bagi saya. kawan lelaki?perempuan lain tak perlu wujud..nak cerita masalah..pasangan kan dah ada..

fRaMe+LenSeS said... [MTT reply to this comment]

setuju ja.. walau kami tak bercenta.. lalalalala~~

mas saari said... [MTT reply to this comment]

memang susah nak fahami dan puaskan hati orang lain!

Unknown said... [MTT reply to this comment]

tahu takpew =,= even aku belum kahwin or tunang lagi. ..
nak sangat2 jaga hubugan nih sampai bila..hehehe

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

em, selalunya lah..org kata tahun pertama dan kedua bercinta semua nya perfect. bila start tahun 3, ada je yg tak kena. time tu lah keluar semua negative. lg2 kalau niat nak kawen..syaitann maaa. manyak jahat!

kalau mcm laily ni tgh jd tunangan org..haaa, jaga2. kalau mcm nk bergaduh tu..buat dek je..mesti syaitan....ahh, shit lah mereka ni! hehe

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@farahin nasir : Hehe sama sama.. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Norhisham Nordin : Susah nak cari yang betul2 memahami.. =='

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Syazwan : Yesss ! Kamo memang pembangkang terhebakk.. =..=

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@fRaMe LenSeS : Yeker tak berchenta.. =,=

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Aerol Hafiezi : Sesi perkenalan langkah paling penting untuk mulakan sebuah hubungan.. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Namee Roslan : Haha betoll tu Namee.. Bila dah busan mula lah ada yang negatif..Pape pon kita sendiri kena pandai pandai handle kalau tak memang ke laut la knknkn.. :)

Cik Katek said... [MTT reply to this comment]

Sampai sekarang masih tak jumpa yg buleyh memahami diri ini dan susah nak memahami diri org lain.. :'(

Liza @ Adzriel AB said... [MTT reply to this comment]

sakit perut... berjangkit dari abg ben ke? cepat2 makan ubat & minum air masak byk2. tak pe... kak liza kena maintain jaga hati hubby je..he..he..

Nur Hazirah said... [MTT reply to this comment]

sgt berguna untuk sya!!! tq atas nasihat mcm ni.......
btw ur entries besh2! :)

Nur Hazirah said... [MTT reply to this comment]

dan,....sgt setuju dgn pndgn Namee Roslan ! setan memang saja je kan!

atiqah~ said... [MTT reply to this comment]

setuju ! hehehehe...
kalau nak msk 3 hari leh tacing kan..
hehehe.. ^^~

Nasuha Mansor said... [MTT reply to this comment]

ten que MTT sb kongsi semua nih . bley di ambil sbg pengajaran tuk masa akan dtg . kena berhati hati la pas nih dgn setiap tndakan kta tuk hubungan yg kekal lama . kankan .

*terkena btg idung sndiri , bru pas majuk majuk .* heheh .

taniah tuk MTT ! berjaya kekal selama 6 taun. lama tuh :)

khairul akmal bin azman said... [MTT reply to this comment]

gua suke info2 ni..terbaik!

Unknown said... [MTT reply to this comment]

klu saling memahami tu..
no prob..sgt ble ada kwan berlainan jantina..

pergaulan sosial tu wajib kurangkan bila dh kawen ni..

takut2 muncul plak fitnah merata-rata..

Ezad Skytech said... [MTT reply to this comment]

best kalau ada yang memahami dan selalu ambil berat... =D

Unknown said... [MTT reply to this comment]

sush nak jumpe org yg betol2 kite nk..bese kite akn dpt yg kite xnak huhu

Farhah Azman said... [MTT reply to this comment]

MTT, penah da kena macam nie..menyampah betol.. Bak kata namee di atas tu kan,semua dikatanya betol sgt la kan..

MTT, semoga hubungan dengan tunang berkekalan..:) AMin..

MUah! ^_^

suha said... [MTT reply to this comment]

perkongsian yg bagus (^_^)

jom join game cik suha

È