Dalam entri ini ada di wawarkan Yusof Haslam akan berjumpa dengan PEKIDA bagi menyelesaikan krisis antara pertubuhan itu dengan filem KL GANGSTER..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR – Jangan sesuka-hati menggunakan istilah ‘Ayahanda’ dan ‘Abang Long’, demikian amaran Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Dahaman.
Bercakap semasa sidang media pertemuan antara PEKIDA bersama Datuk Yusof Haslam dan David Teo yang merupakan dua produser terkenal tanahair, Roslan berkata, dua istilah itu sememangnya diguna pakai dalam pertubuhan berkenaan.
“Orang luar banyak yang tak faham mengenai perjuangan PEKIDA, bagi kami, ayahanda adalah pemimpin dan saya kesal dengan sikap pihak tertentu yang menggunakan istilah ‘Ayahanda’ dan ‘Abang Long’ sehingga nampak seolah-olah memperbodoh-bodohkan PEKIDA,
“Saya puji KL Gangster kerana aksi dan jalan cerita yang menarik, saya anggap sebagai filem Melayu paling mantap tetapi sedikit kesal kerana menggunakan istilah sebegitu,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan dua prosedur berkenaan.
Pertemuan itu diatur bagi merungkaikan isu penggunaan istilah ayahanda dan abang long dalam dua filem iaitu KL Gangster dan Kongsi sehingga wujud tafsiran bahawa Pekida adalah kumpulan samseng.
Pekida menuntut Yusof dan David selaku penerbit filem-filem berkenaan agar meminta maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan mereka menggunakan panggilan dan gelaran pertubuhan itu.
Sementara itu, Yusof dalam sidang akhbar yang sama turut memperjelaskan bahawa pihaknya tidak berniat walau sebesar kuman sekali pun untuk mempersendakan pertubuhan itu.
“Dalam filem, segala yang diucapkan oleh mana-mana pelakon adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak termasuk Pekida,” ujar Yusof lagi.
Sumber SINI..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Nota kecik : Ada sesiapa yang panggil abang mereka dengan nama abang long ? Sila tukar dengan kadar segera.. Huh =='
Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^
17 Orang balas bebelan:
Adakah selepas ini, penggunaan 'ayahanda', 'abang long' dinegara kita akan dilarang sama sekali kerana PEKIDA? mcm publisiti minta perhatian je...
ye ke tak ada kena mengena nie?.
kalo tak ada kena mengena..macam mana boleh timbul plak panggilan tu ?
*pelik*
ermmmm...macam2! perkara macam ni pun jadi isu!
ape sbnrnye perjuangan pekida ni ek??sy antre org yg x phm prjuangan dorg spt yg dktekan tu...yg sy nmpk dorg hny trlibat dlm kes pukul adelah...pntang org lain sakat family die mulalah pnggil geng pekida dorg belasah org yg kutuk tu...tu ape yg sy nmpk jela prjuangan dorg ni...
ajar budak buat surat kepada ayahanda tukar kepada "bapak aku". Cikgu marah tak per jgn Pekida marah..huhu
..eh muka shamsul sebijik la bapak dea an ?
abang sulung dan suami kepada kakak sulung tak bersalah dalam hal nie..hihihi
merepek la... ayahanda ke apa ke, sume tu dh digunakan dri kesultanan melayu melaka. Ayahanda tu pggilan kerabat diraja.. Diorang sape nk larang org guna pggilan tu. Kalo Agong ckp diorang xleh suka2 je wat peraturan sendir dan bubarkan je kumpulan tu, baru tau...
@Elih Japahar : Tu la pelik bin hairan jugak niee...
@Syazwan : Ikutkan benda nie tak yah di jadikan isu pon... :)
@mas saari : Tu yang ramai tak faham kak.. :)
@Pak Syahot (sYaHir) : MTT pon penah kenal dengan group pertubuhan nie dan apa yang syahir cakap tu macam ada kena mengena dengan apa yang MTT penah nampak sebelom ni.. =='
@Carl id : Haha Nanti tak pasal budak sekolah pon kena saman yer.. =='
@Aunty P :) : Anak bapak tu Aunty P.. :)
@M Fizan : Yeayy sama sekali tidak bersalah.. =='
@˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ : Berfikir sejenak dengan kata kata yang ada kebenaran tu..hehe =='
@[k]o{q}i[n] : Yups betol tuh..Tapi macam dorang terlepas pandang ataupon buat buat tak sedar.. =='
Post a Comment