------------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA: Pihak Skop Production akhirnya mengambil jalan tengah apabila mahu berdamai dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) selepas filem KL Gangster terbitan syarikat itu dikatakan mempersendakan pertubuhan berkenaan.
Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Pekida Jumaat ini di Restoran Haslam, Jalan Pahang, dekat sini untuk mencari jalan perdamaian agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik.
"Pertemuan ini dibuat atas tujuan untuk berdamai antara pihak kami dan Pekida. Kalau boleh kami mahu menjernihkan konflik yang telah berlaku itu.
"Saya percaya, apabila kita dapat berinteraksi, mereka akan faham situasi kami sebenarnya iaitu penghasilan filem KL Gangster tidak menyentuh atau menghina mana-mana pihak dengan sengaja," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.
Tambah Yusof, dengan cara bermusyawarah, dia berharap tiada ketegangan atau salah faham yang akan berlaku di antara Skop dan Pekida pada masa akan datang nanti.
Baca lagi di SINI...
------------------------------------------------------------------------------------
19 Orang balas bebelan:
tak salah nak mitak maaf kan? :)
isu mcm nie pun ade ke...
hurm mcm2
tu lah lain kali nak hasilkan filem kena faham sensitivi mana2 pihak kan. bagus lah kalau dapat duduk semeja berdamai semula..
Salam ukhuwah salam kunjung mengunjung ya
MMT gangster seh :P
cool... orite, tq dato yusof.. tak salah nk mintak maaf, patot dipuji..
ape2 pun cite KL Gengster memang terbaik... tip top, 1st class
betol tak MTT?
hrp2 leh la selesai ngan cara baik n pasni filem2 camtu ditapis dlu
xpaham2... pekida nak terasa sangat kenapa? diorang tu samseng ke? huhuhu
macam-macam lah..hishh
jom ramai2 pergi restoran haslam
hari ini..
hehehehehe
@fRaMe LenSeS : Yups tak salah,tapi MTT dah tengok tak ada apa yang di persendakan pon sebenarnya.. :)
@nuhara : Dalam dunia sekarang ni apa yang tak ada sayam ku? :D
@Gen2Merah : Yup betol..mungkin bagi kita tak ada apa apa tapi bagi pihak tertentu mungkin ianya satu masalah besar..Hopely semuanya settle.. ;)
@Jer ... : Tang mana yang gangster nya?HAHA :D
@^ Uncle Syaf ^ : KL Gangster terbaekkkk ! :)
@shopping2u : Betul tuh sis.. :)
@RedVixen : Bagi dorang penggunaan kata ganti diri tu macam mempersendakan dorang.. :)
@cik pulau : Macam astro kan? Tapi service astro hampehh.. Nngee~:D
@ir yien 9897 : Yeayy jom ! Yien belanja.. :D
Post a Comment