Bukan hanya di bulan Ramadhan jer tapi selalunya la seperti biasa di kala gaji telah di timbuni lalu membolosi sekalian pekerja yang telah memerah tulang pat kerat selama sebulan,bermula lah operasi untuk memborosi dengan hati yang gundah gulana bagi menampung keperluan harian dalam kehidupan ..
Kalau ikutkan hati serta limpa yang berada dalam organ badan ni memang la akan berduyun duyun tiba segala jenis kemahuan yang di inginkan .. Tapi kalau tatkala bulan mengambang,eyh tak tak,di kala tengah bulan akan mula la operasi memakan meggi dan cili api sesaja..Tak elok jugak untuk kesihatan tubuh badan kankankan?
Haruslah juga di kaji segala jenis keperluan sebelum memulakan operasi menghabeskan upah tenaga pat kerat selama sebulan..Takot pulak nanti terlebih kepada kemahuan pulak daripada keperluan..Tapi sekiranya kamu dan kamu sekalian seorang yang bijak dalam menguruskan soal kewangan pasti akan adanya bajek (BAJET) yang akan di short listedkan agar tidak membazir wang tak tentu hala tujuan..
Allah mencipta manusia dan Allah lah yang memberikan rezeki kepada mereka, sebagaimana Firman Nya:
“Bukankah Dia (Allah) yang menciptakan (makhluk) dari permulaannya, kemudian mengulanginya dan memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?” - (Surah An Naml : 64)
“Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi sesiapa yang Dia kehendaki)” - (Surah Ar Ra`d : 26)
Untuk menyediakan bajet yang terurus, anda perlu ingat :
- Bersikap realistik.. Jika anda berpendapatan sederhana, jangan berharap untuk menyimpan wang yang banyak dalam tempoh masa yang singkat. .Sikit sikit lama lama jadi bukit.. Pernah dengar ibu duit? Klik SINI ..
- Bersikap fleksibel.. Mungkin terdapat perbelanjaan yang tidak diduga dan perubahan dalam harga barangan dapur dan lain-lain perkara, maka kaji semula bajet apabila perlu..Yang mana tak perlu tu di kebelakangkan buat seketika waktu ya..
- Simpan sebahagian daripada wang untuk hiburan.. Kalau anda jenis yang suka berjimba jimba harus lah di selitkan sedikit wang yang berlebihan agar tidak kempunan untuk berjimba jimba makan steamboat nanti..
Keperluan ;
- Tempat tinggal
- Makan dan minum
- Pakaian seharian
Tempat tinggal ;
Orang yang berkemampuan duduk di condo,kita pon teringin jugak nak menepekkan dan melabuhkan punggung di sebuah condo..Walaupon pada dasarnya sekadar adanya tempat berlindung tu pon dah memadai.. =.=’
Makan dan Minum ;
Selagi ada duit berlebihan selagi tu la kaki nak jejak di restaurant yang terkemuka lagi hebak di alam semesta agar dapat di habeskan saki baki upah tulang pat kerat selama sebulan.. =.=’
Pakaian ;
Fesyen seharusnya yang ada jenama,pakaian berjenama mengikut aliran/perubahan fesyen..Kalau orang lain up to date kita pon seharunya up to date tapi perlu juga mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu ya..
“Manusia itu diberi perasaan berhasrat (diingini nafsu) kepada wanita, anak-anak, kekayaan yang melimpah-limpah, dari emas dan perak, kuda yang bagus-bagus, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia.” - (Surah Ali Imran : 14)
“Ketahuilah olehmu, hanya sanya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan bermegah-megah antara sesama kamu, berlomba-lomba banyak kekayaan dan anak-anak.” - (Surah Al Hadid : 20)
Nota kecik : Seharusnya dan seeloknya kalau kita dapat membezakan antara keperluan dan kehendak dalam kehidupan seharian.. =.=’
Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^
15 Orang balas bebelan:
keperluan adalah paling penting ...pilih yang perlu baru kehendak.. kehendak boleh dapat selepas perlu ... nice info dear
Selamat menyambut Ramadhan Al-Muabarak MTT
q nak henpon yang boleh scan secret code!
beli barang yang penting2 dulu...
Mai la lawat blog saya:
http://depalma-sp.blogspot.com/
terbaek entry MTT nih.
tapi tue la...kalau fyna sume nak beli.dah ada dslr tapi nak beli lens lain lak.
adoyai..
;)
teringat time blaja perdagangan kat skola dulu bila baca entri ni hehe.. :)
pakar pengurus kewangan la ni?? :)
assalam..
dtg melawat n membc entry2 anda...
besalah awk...
kta tau sbnrnya keperluan n kehendak..
tp nafsu nk smthing yg bagus xnah pdm kan..
nk mkn mcm2.,..nk bli mcm2..
kesimpulannya..
pk yg terbaek...
jgn smp membazir...
mmg byk kehendak..
tp kene dahulukan keperluan :)
*cik ana suke maen ladybird kat header tu~! ^___^
begitulah lumrah manusia..tak pernah puas dengan ape yang ade.. :)
kalau boleh nak semua benda.. hehe
dear, lulu dah ada 2 daripadanya ;)
eekkekeke..lumrah manusia mmg cmtu, tp utamakan keperluan daripada nafsu :)
hidup dalam keserhanaan lagi bagus! itu akan mengajar kita lebih bersyukur..
whaaaa...kalau ikutkan nafsu. semua benda namee nakkk!! yang harga ribu2 yang tak mampu pun namee sanggup korek duit merata rata untuk dapatkan benda yg namee nak!!! tp bila dah beli, duit habis lah! hahah. skang ni dah masuk 2 tahun dah namee therapy. sbb namee shopaholic. :D dah 2 tahun saya x shop!
Post a Comment