.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Sunday, July 24, 2011

Mana perginya rasa tanggongjawab (?)

Assalammualaikum..

 

Alhamdulillah dapat sekali lagi menyentuh keyboard dengan jari lemah gemalai lagi lentik untuk menari nari serta berjimba jimba dengan blog kesayangan di hari ahad begini..Hari ni kesihatan jiwa serta raga tidak berapa mengizinkan untuk menari nari dengan ghairahnya ..

MTT baru jer balik daripada melahap nasi campor dengan rakusnya di sebuah gerai,yang pasti ianya bukan gerai hantu kak limah.. Gulai daging kawahnya tidak lagi rasa seperti sebelum ni membuatkan terasa loya dalam anak tekak ini pabila ianya seakan tersekat di celahan anak tekak..

Balik daripada mekentedarah,singgah la pulak ke sebuah stesen minyak untuk memberikan Bubu kesayangan minuman yang memang menjadi kegemarannya sejak dari azali lagi.. Selepas selesai mengisikan perot Bubu tersayang dengan air feberetnya , ternampak la seorang baby chomel duduk keseorang di dalam sebuah kereta..Mungkin dalam lingkungan setahun lebih umurnya..

Sangat chomel serta macho yer anak anak baby yang berada dalam kereta tersebut,dia di tinggalkan dengan enjin yang tidak di matikan serta aircond yang di pasang sekuat kuat alam,kuat sebab munasabah nampak rambot baby tersebut seakan berkibar kibaran sehingga menampakkan begitu ayu wajahnya kelihatan..

 

SAM_0115

SAM_0116

Di zoomkan sedikit agar wajah chomelnya jelas kelihatan..Tak sayang ker bapanya pada baby chomel lagi macho ini? Sanggop di tinggalkan dalam kenderaan dengan risiko yang sangat merbahaya.. Berapa banyak kes yang kita dengar letupan berlaku di stesen minyak pabila enjin tidak di matikan,di isinya minyak dengan aircond terpasang?? Mana perginya tanggongjawab kita sebagai manusia? =.=’

 

Nota kecik : Orang Malaysia ni memang tak akan mempraktikkan serta menjauhi sesuatu yang merbahaya melainkan telah terjadi pada dirinya sendiri ker??

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

16 Orang balas bebelan:

Nurhasliza Nordin said... [MTT reply to this comment]

Ish! Giler la. Berani betol si bapaknya. Takkanlah dia tak tau kot apa risikonya. Hurmm.

Bicara Bisu said... [MTT reply to this comment]

hah dgq 2 c ibu membebel....hihih

Alya Esprézzo™ said... [MTT reply to this comment]

haih itu laa..bila dah terkena kat diri sendiri baru la nak meraung ape bagaii..dorg tak amek iktibar ke dgn kes2 yg dah berlaku sebelum nie? haihhh..

btw, mmg comel baby tu..kalau tanak, mehh bagi alya jagaaaaaaaaa..

Firdaus Life said... [MTT reply to this comment]

haih kalau jadi apa2 mula la baru nak rasa mnyesal

Anonymous said... [MTT reply to this comment]

Hish!!! Bahaya tu. Nanti apa-apa jadi kang, baru na menyesal. Ingatlah, "Malang tak berbau". :)

SoLy SoLicious said... [MTT reply to this comment]

uihh..bhy btol la depa ni~

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

yak bertanggungjawb lansung punya ibu bapa!!.

sekeh kepala kan!!..
aduuhhhh..kesian..naseb baik tak berlaku ape ape :).

Kalamhati said... [MTT reply to this comment]

org Malaysia hanya sedar bila dah terlambat..bila anak dh tak bernyawa baru nak meraung satu dunia

AZRI said... [MTT reply to this comment]

uishhh
sempat jadi paparazi eh.hehehe


http://azrijohan.blogspot.com/2011/07/ahhh-saket-mata-pening-kepala-aku.html

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

laily,benda mcm ni selalu sangat jadi . :( siap ada satu case...dia pergi majlis pengebumian..then dia lupa dia ada bawak anak. so keluar je dr kereta dia terus bergegas pergi majlis. bila tengah2 majlis baru dia ingat anak dia dlm kereta. masa dia g tgk anak dia..anak dia dah mati. :( so kena buat majlis pengebumian lagi satu. cuai.

Nizam Ijam said... [MTT reply to this comment]

bper ramai da budak mati dlm kreta....


” Nizam Ijam Dot Com”

Ce'gu JAERA said... [MTT reply to this comment]

betul2 takda rasa tanggungjawab betul c parents yang tinggal anak mereka dalam kereta yang enjin tak mati.. kang apa2 terjadi baru nak salahkan itu ini..

mas saari said... [MTT reply to this comment]

ish...beraninya!
akak kalau nak tinggal anak dlm kereta masa isi minyak mesti matikan enjin dan buka tingkap!

Hafizin Jamil said... [MTT reply to this comment]

selagi tak kena kat diri sendiri..selagi tu tak sedar2..huhu

FarizAtie said... [MTT reply to this comment]

adoiiii....anak kecik tu...jd pape kang..ishhh

Mila Ahmad said... [MTT reply to this comment]

xserik-serik lagi ke..kan dah byk kes sebelum nie..baby lemas dlm kereta

È