Gambar ketika berlatih di studio,sekali lagi sila abaikan kegemukan ketika ini.. =.=’
Gambar ni aii berumur 15 tahun okayy uolsss ! =..=
Gambar ni aii berumur 15 tahun okayy uolsss ! =..=
Ceritanya bermula begini,minat dan keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru tatkala tengah meningkat remaja ..Kejadian itu berlaku semasa mengikuti rombongan hari keluarga yang di buat office mama ke Langkawi..
Mama bagitahu MTT bahawasanya akan adanya pertandingan karoeke pada hari kedua kitaorang berada di sana nanti..Orang sekarang tak panggil karoeke,tapi dah tukar sikit slengnya mengikut peredaran masa dan udara..Sama dengan karoksss la der !
Oleh kerana mama selalu terdengar MTT menyumbangkan suara di dalam bilik mandi lantas mama menyuarakan pendapat supaya MTT meng-joinkan diri tanpa rasa segan dan pilu di hari pertandingan tersebut di adakan..Sebelum tu masa berumur 7tahun MTT pernah menyertai satu pertandingan nyanyian sempena hari ibu anjuran sebuah syarikat susu hape entah,kuat sangat telan semut sampaikan dah lupa,rasanya Fernleaf ..
Ada lagi sijil penyertaannya..Tapi di sebabkan naseb tak menyebelahi MTT kecundang lantas membatalkan segala niat dan bakat terpendam hanya kerana pada satu kekalahan ..Tu la orang kata dalam hidup ni jangan cepat mengalah hanya pada satu kekalahan,gagal sekali tak semestinya kita gagal untuk selamanya..
Dengan rasa semangat yang membara di selangi dengan gemuruh di jiwa,MTT pon bergegas menarik kain batik mama sebagai signal memberitahu mari la ke shopping mall yang berdekatan agar dapat membeli cd cd karoks yang bersesuaian dengan suara lemak merdu MTT ini..
Masih ingat lagi cd karoks pertama yang MTT beli adalah koleksi lagu Shima,ya jangan tak percaya masa tu umur MTT 14tahun dan MTT mampu membeli sebuah cd karoks ! sampai di kaunter seharusnya menggunakan duit mama la.. =.=’
Dengan semangat yang membara dan berkobar kobar MTT berlatih hampir setiap hari bagi memastikan suara akan mantap di hari pertandingan itu nanti,kot kot boleh bawak balik microwave untuk mama gunakan time nak buat kueh raya kan..
Bila tiba di hari yang di nantikan MTT dengan penuh konpiden nya menyanyikan lagu Setelah Aku Kau Miliki,lagu Shima.. Dan Alhamdulillah berkat kegagalan pertama buatkan MTT memenangi pertandingan tersebut di tempat pertama ! Bukti kegagalan tak semestinya untuk selamanya..
Selepas percubaan memenangi tempat pertama tu MTT terus menerus menanamkan minat yang sangat sangat tenggelam untuk memuaskan hati yang tak pernah puas ni..Banyak lagi cerita yang MTT nak kongsikan,tapi perot yang terchenta ni dah berkumandang lagu keroncong untuk ana…Yakni,minta untuk di isi..Lepas ni MTT akan sambung membebel tak tentu hala tujuan lagi okay..
Gambar dari gambar sebab munasabah tak berapa clear.. =.=’
Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^
13 Orang balas bebelan:
hahahahaha..wewittttttttttttttttt!! kalo nak nyanyi nanti panggil ujang, kot2 dia ade kabel..ekekkeke syg :P
wow o wow...^_^...
sila2 sumbangkan lagu anda...kami nk dgr...^_^
MTT buat la video..pakai yutube.
nanti ramai boleh dengar.ehehe.
penah g audition AF tak?.
have a good day..
sila menaikan banda anda seperti dulu kala,supaya suara anda kekal merdu... :)
wah... taun dpn masuk MENTOR ye!
darah seni tu ada ^^
MTT buat la vedio plz, nak dengar jugak!
mesti sedap suara nih....tak pe, always practise make you perfect
buat vid la. mesti best :)
Artiss! Nak sign ..!!
nyanyi 1 lagu..
wah MTT rambut dr dulu sampai la tetap...maintain gitu....:):)
MTT..utube pleaseeeeeeeeee! :D
Post a Comment