IDEA MENCURAH
Ini adalah sintom yang sangat di gemari oleh seluruh warga negara blogger yang ingin berjaya dan terus menakluki hati para pembaca dengan idea yang mencurah curah hingga ke ladang gandum seperti J-Lo Malaysia kita sering lakukan dengan memberi tips tips yang berguna kepada pembaca setianya..Akan tetapi, segala jenis idea tersebut boleh juga terkubur sepi tanpa ada titik apetah lagi noktah sekiranya tahap kemalasan melanda jiwa dan raga..
KEMALASAN MENGGUNUNG
Kemalasan akan sentiasa akan tercetus dalam diri setiap insan yang berhati suci lagi murni namun bagaimana pon ada juga kategori tahap kemalasan yakni,malas namun masih cuba untuk mencari jalan penyelesaian agar dapat keluar dari kepompong malas dan kembali tegar meng-hupdate seperti sedia kala.. =.=’
KOMITMEN
Komitmen adalah salah satu daripada batu api penghalang yang sering kali menghalang kita daripada terus menerus berbakti kepada para pembaca dengan idea yang melimpah ruah tatkala komitmen yang idak mengizinkan kita untuk 2457ratos jam sentiasa mentelaah blog sampai naik kuyu bijik mata..
IDEA HILANG TAK TENTU ARAH
Kebiasaannya idea yang mencurah curah akan tiba bila kita dengar,lihat apa saja yang berlaku di sekeliling kita ataupon tentang diri kita sendiri,Cik Bedah sebelah rumah melatah ketuk kepala anak kucing pon boleh membuatkan kita jadi eksaited kemain bila nak buat entri..Akan tetapi idea tersebut akan hilang tak tentu arah tujuan apabila sudah berada di hadapan laptop,pc atau sebagainya..Laen la kalau kita ada gadget awesome macam Mista Sifu knknkn?
PATAH HATI
Hati para blogger yang hebak hebak yang ada di muke bumi ini akan patah,hancor,remuk bagai di gilis dengan lori yang besar gedabak membawa muatan yang sangat padat,apabila entri yang di publish dengan penuh rasa semangat membara serta berkobar kobar tidak di endahkan ataupon mendapat sambutan yang hangat lagi hangit.. Kecuali la retis yang dah sememangnya femes lagi amos.. =.=’
KEMURUNGAN YANG SENTIASA MENGHANTUI
Sebagai makhluk yang comel jelita serta kacak lagi hensem,kita sering mengalami gangguan daripada makhluk asing yang sering kali membuatkan kita menjadi murung,kusam serta kusut di masa masa tertentu yang membuatkan keterbatasan jari untuk menari secara ghairah di atas keyboard akan tergendala buat seketika waktu..
Nota kecik : Terasa pulak nak cari jalan penyelesaian bagi kesemua penyakit berangkai di atas.. =.=’
Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^
Tomato Clear Skin (TCS) by WR Empire
8 years ago
26 Orang balas bebelan:
sokonggggggggggggggggggggggggg
paling tak suke bila kering idea,....
tolong carik ubat MTT.. heee
kb selalu gak idea ilang bila da ready nk menaip..hehehe..
setuju dengan MTT.
suke2..betul tu..
paling x bes bile langsung x tau nak buat entry ape
Betul2 !!!! SETUJu!!! :)
harap harap la ada ubat gain idea..
tak nak dah ubat gain weight :P
hehehe.. sy mengalami semua yg diatas.. bila komitmen membatasi pergaulan terasa malas yang menggunung mahu membelai keyboard,dan apabila idea mencurah keyboardkembali bersih bersinar tampa sebarang habuk,blog menjadi indah, namun sampai saatnya patah hati melihat jumlah komen pada entry yang telah dikorbankan jiwa raga (0 komen)... justeru idea terus hilang tampa arah bagai layang2 terputus talinya.. dan akhirnya kemurungan melanda hari2 ku.. hehe..
wah best plak buat ayat guna point yg diberikan.. ekeke
peh,ni selalu rasa..
tambah lagi...kesuntukan masa
hehehe
Aisey...macam ada ja penyakit tu...huahaha!!!!
warga KERTU ni lagi laaaaaaaaa kekeringan idea hish hish hish sapa lagi kalau bukan kak zu nih
dulu sy macam tu.. skang tidak lagi.. sebab dah berguru dengan cik beben
tepat..sume ni penyakit blogger..^_6
mungkin kita kena ada segmen yang best kot setiap hari..hehe...
akak selalu kena penyakit idea hilang tu...huhuhuhu
lately namee asyik hilang semangat je laily. :( i dont know y..tp semua yg kt atas tu smua namee lalui. mcm commitment tu, ssh juga nk commit lagi2 kita ada hal lain. study kena buat thesis.. :/
saye poen ade penyakit kronik neyh...mula2 punyela excited nak bercerita bagai...tp at last berkubur mcm tu aje..huhu...
Part commitment tu yang tak leh nak lawan. Sebab ada orang kerja, tak dapat nak menghadap laptop/pc. Haiz.
ye// bile tk de depan laptop ade je idea dtg..
Hehe.. semua simptom semua MB lalui tapi plg tak suke bile takde idea nak hapdet! ataupun entri tak diendahkan. rse sedih sgt.
sgt sokong part entri mencurah2 d ladang gandum.. tp bila dah depan pc.. ilham hilang dalam terang lak..
aaahhhh laae.. akak ni bab patah hati tu la yg selalu sangat berlaku sbb frust sangat x der peningkatan langsung dr sumer segi...
kemalasan melanda....bla..bla..bla...:):)
sokong MTT..:)
Banyak juga faktor yang boleh menghalang seorang blogger untuk terus update blog ni..
hahah idea mencurah2 pon penyakit jugak kan kak
Post a Comment