.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Saturday, July 30, 2011

Susah sangat ker nak lafazkan (?)

Assalammualaikum..

 

Entri basi pagi tadi terlewat di cerita dengan penuh semang-gat waja sebab munasabah eksaited kemain nak cerita tentang kekalahan HARIMAU MALAYA ..

Tengah kelam kelibut macam nak ribut bergegas nak pergi kerja pagi tadi sempat la terlanggar dengan sorang aweks gerekk atau lebih tepat lagi awek kerekk.. Mukanya ayu ya tuan tuan dan puan puan berbaju kurung di pagi hari Jumaat yang serba indah ini..

Rasanya sudah pon MTT berada di tempat dan di ruang yang betul ketika berjalan untuk menaiki jejantas pagi tadi.. Hari ni terasa malas nak berpusu pusu dengan kasut ketumit tinggi 18 inci nak redah melintasi jalan raya yang sibuk pagi ni..

Jadinya naik la ke atas meniti jejantas tersebut bagi mengelakkan kelembapan seakan sipot sedod ketika melintasi jejalan raya..Ternampak la seorang aweks berbaju kurung semanis kurma sedang kelam kelibut jalan mengalahkan lipas kudung,sambil terhoyong hayang ke kiri dan ke kanan,mengantuk agaknya..

Semasa berselisih jalan dengan beliau,dia terlanggar bahu MTT sehinggakan MTT jatuh gedebok macam nangka busok ! Yee ! Itu semua dusta semata dua mata yer,badan MTT cuma berpusing 360 darjah mengalahkan gelek Goyang Inul yer tuan tuan dan puan puan.. Itu la sifat manusia,bila dah salah jalan melulu tak reti nak minta maaf..At least pandang dan senyum menandakan dia insap kerana melanggar objek yang begitu besar gedabak yang ada di depannya.. =.=’

Think positif,okay fine,dia dah lambat nak kejar masa waktu kerja dia.. Nanti kang merah pulak punch kad dia.. =.=’

Kalau dah nama pon manusia kan,sepatotnya bila dah di kurniakan akal serta fikiran di gunakan la dengan sebaek mungkin bagi mengelakkan daripada di caci makian oleh para para manusia..Sememangnya daripada sejak azali sifat manusia sukar untuk melafazkan MAAF agaknya yer? =.=’

 

Gangster Jalanan

Tengah laju berpusu pusu pusu di celahan orang ramai kita terlanggar seorang gadis atau jejaka yang tak berapa nak tampan apetah lagi mampat bodynya.. Hekk !

“Eyhhh tak nampak orang ke ? Jalan pandang depan la bukan sebok dengan BBM ! Huhhh ! “

Tak susah pon nak lafazkan maaf tu… “ Maafkan saya yer,tak sengaja.. “ Kan ker lebih mudah daripada EASY RHB.. Erkk ?

 

Kesalahan dah terang lagi bersuluh

Memandu kenderaan dengan had maksima yang boleh mengundang bahaya terhadap makhluk makhluk chomel yang berada di luar sana akan tetapi bila dah terbabas masuk kampung abas ?

“Woiii ! Bangang ker hape tak reti bawak kereta,tak nampak ker haku tengah laju ? “

Tak susah pon nak mengaku kesalahan sendiri dengan mengatakan “Maaf yer salah saya sebab cuai.. “

Persahabatan

Kita sedar yang kita telah lukankan hati makhluk chomel serta macho yang bernama sahabat akan tetapi kerana ego yang lebih mengatasi segala galanya ..Sedang enak,lancang lagi kencang bergurau tersalah tutur bicara ,

“Eyhh aku salah cakap? Bila masa pulak aku salah cakap? Betul la aku cakap ! “

Salah ker ucapkan dengan setulus ikhlas sesuci minyak sapi lafazkan “Maafkan aku,mungkin aku tersalah cakap “

 

Maaf rekaan

Sedang enak berjimba jimba jembol sehinggakan tersembol bijik mata,ternampak aweks / balaks yang cun serta macho..Dengan kadar segera buat buat terlanggar menandakan ingin mengenali dengan lebih rapat serapat rapat mampat..

“Maaf yer you,tak sengaja pulak terlanggar you.. You okay tak ? “

Kalau la para para ulat bulu dah mencecah hinggakan ke paras tak di selamatkan mudahnya nak di lafazkan maaf yang di reka khas bagi menjual minyak ulat bulu .. =.=’

 

 

Nota kecik : Tak susah pon nak lafazkan maaf tu kalau dah sememangnya salahnya berpunca daripada diri kita sendiri.. =.=’

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

12 Orang balas bebelan:

Noor Fatin said... [MTT reply to this comment]

tak susah nak ungkapkan perkataan maaf :)

susah kalau berdepan dgn org yg xde hati perut. hehe

Nurhasliza Nordin said... [MTT reply to this comment]

Ada sesetengah orang, benda yang senang tula kadang-kadang rasa susah beno nak buat. Contoh, perkataan maaf tu. Hurufnya 4 je pon. Tapi nak nyebutnya, ya ampun, dah macam ada tembaga dok dalam mulut.

Ashraf Jalil said... [MTT reply to this comment]

lambat = lembap ke lembab ek? hahaha!slalu terkonpius pasal ni

Hana teen top said... [MTT reply to this comment]

kekadang orang ego....dah tau salah tapi sebb ego tak nak minta maaf...huhuhu

Faiz Jerr said... [MTT reply to this comment]

Sabar yer MTT..sakit x...nanti balik cek..kot2 terseliuh ker...heheheh..gurau jerrr...

suriani azwan said... [MTT reply to this comment]

susah nak ungkap maaf sebab tak pernah ada peluang untuk melepaskan perasaan marah...sudahnya..orang tak bersalah jadi mangsa...

~Queen Q~ said... [MTT reply to this comment]

tak suka org cakap sorry.. macam tak tulus ikhlas dari hati.bukan susah sangat sebut maaf!

~syue syada~ said... [MTT reply to this comment]

teringat saya dulu2 tak reti nak cakap maaf .. tapi bla da masuk hostel, baru biasakan diri ucap maaf. kalau x , sampai sekarang tak sedar2 kot.huhu =.=

Unknown said... [MTT reply to this comment]

ta susah pown nk mintak maap tp ego yg susahkan kite untuk meminta maap :)

hye MTT ! :D

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

maaf, hanya dua suku kata..tapi dengan egonya, kita malas nak ungakpkan maaf..sedangkan perkataan itu boleh melembutkan hati mana mana pihak..

mas saari said... [MTT reply to this comment]

betul tu...cakap jelah maafkan, bukan susah pun!

Lulu Caldina said... [MTT reply to this comment]

Selamat menyambut bulan ramadan..
Selamat berpuasa.. :)

È