Bila harta dan kekayaan yang menjadi impian setiap makhluk pada abad yang serba serbinya dasat ni,manusia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan apa yang dah lama di idamkan..Kalah Mak jenah yang sedang sarat mengandung tu punya mengidam..
Duit memang la satu keperluan dalam kehidupan seharian tapi duit bukan lah segala galanya.. Bahagia dalam kehidupan di dunia dan akhirat adalah yang lebih pening berbanding dengan ada duit walaupon berjuta lemon tapi tak dapat nak kecapi apetah lagi bau ‘kebahagiaan’ ..
Kalau pasal duit,kawan pon boleh jadi lawan,musuh boleh jadi kawan … Besar sungguh pengaruh duit dalam kotak pemikiran manusia yang senonet dan boleh buatkan kita tak tahu entah kemana hala tujuan hotak kita di campakkan sampaikan kita tak boleh berfikir secara rasional dan bertukar menjadi hantu kak limah.. =.=’
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KESAL...Alaa menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.
KUALA LUMPUR: Menggunakan taktik tipu, kahwin, curi dan menghilangkan diri, seorang wanita dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada beberapa ‘suaminya’ dengan mangsa terbaru seorang ahli perniagaan Palestin yang mendakwa kerugian hampir RM1 juta.
Alaa A M Aldunna, 32, berkata perkahwinannya dengan wanita tempatan berusia 29 tahun itu berlangsung November tahun lalu selepas berkenalan dengannya di sebuah hotel, di sini.
“Selepas ditipu dan wang saya dicuri, saya dimaklumkan pihak tertentu, rupa-rupanya saya suaminya yang ketujuh. Enam lagi suaminya sebelum ini warga Malaysia dan mereka juga ditipu,” katanya ketika ditemui Harian Metro.
Alaa berkata, ketika berkenalan, wanita itu memperkenalkan diri Datuk Nazatul, malah turut mendakwa dia seorang kerabat diraja.
“Saya percaya dia menggunakan ilmu hitam kerana selepas berkenalan saya mengikut segala kata-katanya. Perkahwinan saya dengannya juga dilakukan tergesa-gesa dan segala-galanya diuruskannya.
“Kami berkahwin di bilik hotel. Jurunikah dan saksi semuanya dibawa Nazatul, malah ibu dan abangnya bersubahat untuk menipu saya,” katanya.--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota kecik : Kebahagiaan tak hanya terletak pada mata wang asing..
Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^
20 Orang balas bebelan:
eh tapi mcm mana diorg kawen?? takkan masa nikah tu x dapat cek kt borang nikah kan kena ada record samada kita pernah kawen atau tak.. ke mereka ni kawen kat thailand jaa...
kesian laki2 ni..berjuta tu dah banyak sgt lah. cukup lah nk lari kan diri kat luar negara n sara diri.
@Namee Roslan : Nikah ikut law dia sendiri kot Namee.. Sebab dia menghilangkan diri kn?So mesti la tak ada lafaz cerai dari si suami.. =.='
huhu truk tul.. jgn jd mcm tu ye..hehe
and we say, just bring it http://eleventx.blogspot.com/2011/07/malaysia-did-win.html
pompan macam ny lah y selalu jadik mangse dah kembung dalam sungai klang ~ sebab owang akan carik dye sampai lubang cacing semate2 nak balas dendam atas perbuatan dye sendiry , so pompan2 sekalian beringat lah .....
dasyatnya dah 7 kali tipu orang.. kali ke 8 mesti kantoi jap lg
manusia kalo dah tamak alobe halal haram sume letak tepi..
huhu... nasib baik aku takde duit juta-juta... kalo tak, mesti pompuan ni cuba ngorat haku... eeee...
Norhisham Nordin
semua perkahwinan dia ni mesti tak sah punya! gilo punya perempuan..
fuh, memang licik betul pompuan nih. sampai 7 org habis dia kikis.
kawen kat bilik hotel? confirm jurunikah tu pun palsu jugak...isk...
gile lahh..
7 kali.. mane pg suami die yg laen??
tiny sprinkles. cute handmade accessories promotion price from RM 5
giler..bole buat rekod..
tujuh kali kawen!!?? gua rasa dia nih spesis sangap dan gersang tanpa batas.
astaghfirullahal'azim... kesiannya orang2 yang ditipu.. :(
sbb duit sanggup tu..
aduiii...
bila manusia bertopengkan nafsu. lelaki pun kuota 4 je. kerana duit apa pun sanggup. terjuling bijik mata baca post nih, :)
makk aihhhhhhhhhhhhhhh...hahahah ganas betul !! T_T
apabila maruah dilempar kelongkang maka hilanglah segalanya...;)
apa la yang perempuan ni pikir yer sampai nak buat macam tu.. kesian betul orang macam ni.. tsk tsk..
sanggup wt cmtu demi duit..duit ni mmg leh wat manusia gila
Post a Comment