.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, August 15, 2011

Hipokrit vs Diri Sendiri

Assalammualaikum ..

 

garang & manja

Selamat pagi bercampur baur hampir ke tengah hari buat para lalink yang comel lagi kacak bergaya bersama dengan keyboard terchenta masing masing di bawah jemari.. Cuba nak menceriakan diri dengan jemari lemah gemalai untuk menaep entri yang tak seberapa bagi tidak membiarkan blog ini terus menerus usang di mamah lebahan ..

Ish ish entah kenapa la wahai jemari dan kepala hotak ni..Idea ada tersembol jembul tapi jemari ni sangat membataskan diri daripada terus menerus menghadap lappy sambil lebam bijik mata dan kuyunya kelopak mata..

Cuba juga untuk meng-hipokritkan diri serta seluruh warga kerja badan yang dah semakin mok ni supaya riang gumbira seperti sedia kala tapi entah la , kemana perginya segala jenis mood tu pon MTT sendiri tak tahu.. Ada sape sape jumpa ? Kalau jumpa sila pulangkan pada MTT dengan kadar segera yang mungkin ya.. =..=”

Kalau sebut pasal hipokrit , tolak campur bahagi darab sama dengan ;

 

"(orang yang) berpura pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yg b'lainan dr yg sebenarnya ; munafik". di petik dari SINI ..

Sifat hipokrit dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling adalah sesuatu yang amat berbeda lagi tidak sama ya anak anak .. Kata orang tu bila kita masuk ke kandang kambing kita meng-gembik,bila masuk ke kandang harimau kita meng-aum..

Kalau di fikirkan secara logikal lagi bernas, memang lah tidak perlu lagi tidak sehat jika di amalkan hidup dalam dunia hipokrit.. HIPOKRIT dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling adalah dua perkara yang tidak sama apetah lagi serupa..

 

  • Di rumah                Seorang yang getiks seakan kebudak budakan sedikit
  • Di alam pekerjaan   Sedikit serius dan kurang senyum
  • Di luar @ kawan      Sedikit huha huha dan sedikit loyar buruk
  • Di luar @ famili       Sedikit kebudak budakan dan sensitif

 

Mencuba menjadi seseorang lain dan berubah rubah karekter mengikut peredaran masa dan cuaca adalah sesuatu yang normal dalam hidup seseorang makhluk yang bergelar manusia .. Kalau la tak kira dalam apa jenis keadaan sekali pon kita cuba untuk menjadi diri sendiri tapi tak kena pada gaya dan masanya ianya adalah sesuatu yang sangat mengjengkelkan lagi nak terasa memuntahkan darah kaler cekelat ayam kuah ayam percik bagi mereka mereka yang melihat mahupon mendengar.. ( Dah macam bagi syarahan pulak )

 

 Nota kecik : Seeloknya pandai pandai la membawa diri tak kira dalam apa juga situasi..

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

 

 

16 Orang balas bebelan:

Niena Muhammad said... [MTT reply to this comment]

erm.. kekadang akak pn tatau akak ni jenis camne ..

mas saari said... [MTT reply to this comment]

hipokrit ikut keadaan semasa atau persekitaran takpe! jangan hipokrit dalam berkata2 sudahlah...hehehehee

ir yien 9897 said... [MTT reply to this comment]

hipokrit dalam perubahan yang baik atau di katakan hormat pada situasi dengan org lebih tua ,takpa kan :)

Baiz Mamat said... [MTT reply to this comment]

hipokrit kadang0kadang perlu..

mr.D said... [MTT reply to this comment]

kalo ckit2 x pe la..

My Name is Mar said... [MTT reply to this comment]

kadang-kadang bukan hipokrit..
Tapi sikap tu berubah secara AUTOMATIK bila berada dalam kelompok manusia yang BERBEZA..

Musicbrilliant.com

Lydia Miza said... [MTT reply to this comment]

bkn hipokrit..cuma kena pandai bawa diri pd keadaan..sis pun tak akan huha huha dgn org yg tak biasa.

Unknown said... [MTT reply to this comment]

heheh..nk tergelak pn ade mmbace :)
mmg happening baca entri MTT ni..

Kalau nk hipokrit pn kena tgk keadaan tu..
tak kan la kite ni jenis loyar buruk nk loyar buruk memanjang kn..:D

kak tie said... [MTT reply to this comment]

sesekali kena jugak hipokrit..

PinKy MoMMa said... [MTT reply to this comment]

hipokrit memang dah sinonim dgn masyarakat skrg :)

Siti Suhaila said... [MTT reply to this comment]

Su benci dengan org hipokrit =)

done follow u.. follow mine too k =)

http://cintairmata.blogspot.com/

sYafIk-wAy said... [MTT reply to this comment]

saya seorang yang pendiam . ............................

Isteri Encek Bard said... [MTT reply to this comment]

huhuhuuhu tak suker hipokrit sebab takleh jadi diri sendiri...

Ashraf Jalil said... [MTT reply to this comment]

bile campak ke langit, boleh terbang..
bile campak ke laut dalam boleh, berenang..
bile tanam dalam tanah, boleh gali balik keluar..

sesetengah mende perlu jadik hipokrit atas dasar respek orang..kalau kepale gile2, takkan nak bawak perangai tu dalam bilik mesyuarat depan bos kan? heheh..mmg nk kene pecat le..

TeAqArH said... [MTT reply to this comment]

kite semua HIPOKRIT..tp hipokrit yg bgaimana??tu yg perlu kite nilai..hipo mengikut keadaan atau majlis y kite pg..mmg ptot..lau x dpt maki...
tp lau hipokrit dlm diri tu melampau2 smpikan org yg melihat sampai nk muntah kuning...memang mintak kaki la ni

Firdaus Life said... [MTT reply to this comment]

alamak hipokrit ? tak suka camtu. tp kalau berubah takpe

È