.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Tuesday, August 9, 2011

Mercun memeriahkan hari raya anda (?)

Assalammualaikum ..

 

Alhamdulillah dengan hari ni dah masuk hari ke 9 kita semua berpuasa dengan girang lagi gumbira tanpa rasa tersegan apetah lagi pilu.. Pabila waktu berbuka hampir menjelang tiba terasa bagai nak gila segala jenis manusia berpusu pusu untuk membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan..Sila elakkan pembaziran ketika meng-ghairahkan diri di Bazar Ramadhan yer..

Semalam,amat la MTT tertarik,menarik ibarat ada daya tarikan magnet yang seakan berhempas pulas menarik MTT ke salah sebuah lot gerai yang sepatotnya di atasnya adalah makanan yang membolehkan perot yang gila dah membesar ini memulas mulas.. =..=”

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa , mercun derrr ! Siyes MTT jadi seakan jakun malikun seketika oleh kerana dah lama tak menyaksikan kemunculan k-pop yang tiba tiba menyerang bazar Ramadhan.. Erkk ? Bukan k-pop mahupon mercun ke-pop ke-pop yer para lalink,akan tetapi pelbagai jenis mercun yang di jual secara berleluasa lagi luas terbendang..

Eherrm,nak meng-joinkan diri sekali sekala sambil buat muka macho rasa segan terpilu la pula di dalam hati kecil yang senonet ni.. Nak pergi ker tak? nak pergi ker takk ? Err tak apa la nanti cuba cari jalan penyelesaian yang lain agar dapat MTT membeli berdozen dozen mercun untuk bekalan berada di kampung.. Hikhik

Hmm, mercun bahaya ekk? Alaa bukan yang heavy macam ni ,

 

images images (1)

 

Bagi mengelakkan kecederaan dan kemudaratan yang berpanjangan sila main mercun ini…

mercun-pop-pop1

 

Nak beramah mesra dengan mercun yang lite lite jer.. Hikhik Malam raya tu sambil kemas rumah dengan apa yang patot,ber-barbeque depan rumah Maktok boleh la kankankan ?

 

mercun10 mercun

tander clap sepapan-mercun

mercun telor naga 712

Mercun bola ker,mercun mancis ker,mercun papan ker,mercun ketupat ker,haa tander clap menjadi idaman kalbu sejak daripada zaman berzaman zaman..

Amat la wajib lagi afdal sekiranya mercun tander clap tersebut di cucuk tanam ke dalam tanah lalu di selitkan sedikit batu agar ianya tidak lah terlalu berat untuk berlepas ke atas udara.. Kihkih Teringat mula pernah sekali mercun tander clap tu termasuk ke dalam rumah jiran..Lari lintang pukang melarikan diri..

 

Nota kecik : Tak sabarnya lahai nak balik kampung beraya ..

Nota kecikk : Baru Ramadhan ke 9 dah sibuk cerita pasal nak raya… Hehe =..=”

Pertanyaan : Ada mana mana blogshop jual mercun tak ? Kihkih

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

27 Orang balas bebelan:

Emma said... [MTT reply to this comment]

waaaa syok nyer... ingat kecik2 dulu ikut sepupu main meriam buluh... waaaa gile lah.. nasib baik tak de pape yang putus !! =)

BERT said... [MTT reply to this comment]

saya suke gile main mercun.. tapi bila dah tua camni.. malas sudah ehhe.. dah tade gang nak main

Unknown said... [MTT reply to this comment]

seronok kan main mercun..tapi sekarang susah dah nak cari mercun fancy fancy macam mercun gasing, mercun katak..banyak mercun yang kuat meletup je..huhu..tanjat boboi..

mas saari said... [MTT reply to this comment]

akak paling suka mercun papan, siap letak bawah rumah orang lagi...hahahaaaa


psttt : akak jual mercun, nak beli tak? heheheeee

SyAfiQ FaNDi said... [MTT reply to this comment]

nais entry.. tempahan mercun disini..
http://syafiqfandi.blogspot.com/2011/08/tempahan-mercun.html

seliparpink said... [MTT reply to this comment]

betul2..kalau takde bunyi mercun tak meriah raye tu...rase sunyi jer..memang mercun memeriahkan lagi suasana raya..tak sabar pulak nak raye..:)

trigyy said... [MTT reply to this comment]

hahhak3.

k-pop pom k-pop la kan... aslkn boleh mlompat2.. hahha


cari blog jual mrcun? ada la plk kn..

Unknown said... [MTT reply to this comment]

anak akak ni siang malam dok mintak bunga api..
rimas dah rasa..
kalau mercun tak mau la main..
bising..
mcm raya cina pulak..
hhhah

Razis Hamit said... [MTT reply to this comment]

tak meriahla raya kat kg kalau takde mercun + meriam...wajib ada.

Aziela said... [MTT reply to this comment]

memang best... Tapi last year, main thunder king pun takut2. Bukan apa, 3 tahun lepas, main mercun yg mcm raya cina tu, kereta peronda polis terus sampai rumah. erkk...takutttt

Tieah Madian said... [MTT reply to this comment]

Mercun pop tu banyak kot jual kat tempat cashier shopping complex.. Lawak arr.. Tapi oklah tu bebudak main.. HUhuhu.. Aku dah lama kot tak main mercun2 ni.. Anak buah je main.. Tu pun yg pop tu.. Hahaha..


Entry Terbaru : Nota Tun Dr Mahathir Bertajuk "Menghancurkan UMNO"

Tieah Madian said... [MTT reply to this comment]

Mercun pop tu banyak kot jual kat tempat cashier shopping complex.. Lawak arr.. Tapi oklah tu bebudak main.. HUhuhu.. Aku dah lama kot tak main mercun2 ni.. Anak buah je main.. Tu pun yg pop tu.. Hahaha..


Entry Terbaru : Nota Tun Dr Mahathir Bertajuk "Menghancurkan UMNO"

Lydia Miza said... [MTT reply to this comment]

salam laily..
zaman dulu kak LM main mercun selamat la pulak,budak skrg ni suka modify sana sini..hihi.tapi akak tak bagi anak2 akak main mercun,risau la pulak.tp main mercun pop tu aduhh bersepah sampahnyer..haha

LALABIELA said... [MTT reply to this comment]

tak pernah main mercun sebab takut..hihi..bunga api pernah la...jakun..

Anonymous said... [MTT reply to this comment]

ooo.. men mercun ek.. huhu~

aiman said... [MTT reply to this comment]

jangan main mercun..

ir yien 9897 said... [MTT reply to this comment]

katakan tidak pada mercun pop-pop.

anti pop-pop ...bosan tauk... hahahaha

beli mercun umpama bakar duit..
NAK jimat, wat mercun sendiri..huhu

proott...

Niena Muhammad said... [MTT reply to this comment]

masa kecik2 dlu klo kt kmpung ayah tiap mlm rasa cam nk kena serangan jantung jer... cam pesta meriam buluh plak..

yanamib said... [MTT reply to this comment]

suka tggu mercun pree je..boleh? haha raya tanpa mercun mmg xde serinya =P

aamalinaazman said... [MTT reply to this comment]

hehehe
main mercun yg x berbahaye jek..kikiki

Kak Amy said... [MTT reply to this comment]

Memang x meriah la kalau x ada mercun time raya , tambah kalau di kampung kalau x ada meriam mesti rasa sunyi je , x rasa suasana raya tue...

Unknown said... [MTT reply to this comment]

bila dah tua ni, mlas nk men mercun dah..

Wuming said... [MTT reply to this comment]

Mercun skarang ni semakin kuat bunyi dia..

Kadang-kadang tension jugak bila pukul 1 pagi masih bunyi lagi...

Cik Purple said... [MTT reply to this comment]

hahaha.. teringat zaman kegemilangan tiup meriam buluh sampai hilang kening! hahaha.. tp bkn saya, kwn saya.. :P saya main pop pop jak.. :D

Amna Shark said... [MTT reply to this comment]

sejujurnya, saye x pena men mercun. sob3.. sedey kn?

Alya Esprézzo™ said... [MTT reply to this comment]

hahahahhaha..wahh! main mercun jgn sampai terputus jari plakk.. T_T

~Queen Q~ said... [MTT reply to this comment]

sorry dear, lama x visit ur blog. kinda busy this week :(

È