.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, August 5, 2011

Penjelasan terbuka (!)

Assalammualaikum

 

Hari ni gabungan antara 2 company di bawah satu naungan bergabung bersatu dan meletup , sibuk sat berkenalan dengan segala jenis manusia yang bakal menduduki dan berkongsi kantor yang sama pada hari Isnin nanti ..

Tiba tiba ada suara sumbang yang berkata kata ;

 

Muka minah ni sebelum ni lain kan ? Baru cucuk hedong ker hape ? Nampak terpacak semasam jer ?

Err tak nakmasuk campor dengan ais batu kacang soy , walaupon pada hari kedua kita semua mula berpuasa MTT dah dapat ‘cuti’ , tak maw terlibat secara langsung mahupon siaran ulangan dalam perbualan tersebut,kalau salah nanti mendatangkan fitnah pula yer tak? Tak pasal pasal jer mendapat dosa ibarat membunuh seorang manusia..Astagfirrullahhala’zim ..

Kebiasaannya kita sebagai manusia yang hebak hebak di atas muka bumi ni selalunya tak pernah terlepas mulut yang kiut miut tu daripada membuat spekulasi sesedap hati ikut perisa strawberri .. Walaupon pada hakikatnya kita tahu bahawasanya berdosa sekiranya kita membuat spekulasi dengan sesedap mee meggi slurp ! =..=’

Seeloknya la kalau adanya timbul dan tersembol sembol segala persoalan di benak dan kotak pemikiran kita sampai kadang tu buatkan seluruh rambut nak luruh,terlalu penat nak berfikir tentang keadaan sekeliling,nak fikir pasal orang sekeliling, bukan ker elok hamek tahu hal dalam kain sendiri daripada nak menepekkan mulut dengan cerita pasal diri orang lain ?

 

Hmm , yela aku rasa dia cucuk la hedong dia ? ( kalau orang tersebut ialah artis silalah kemuka kan di facebook beliau pertanyaan anda.. Hikhik )

Penyelesaiannya mudah jer , dapatkan penjelasan terbuka pabila timbulnya soalan soalan yang bermain dalam kepala hotak kita,tak perlu rasanya nak menjaja cerita dan membuat spekulasi sendiri serta menambahkan pahala di bahu orang lain,baik tambahkan di bahu sendiri kankankan ?

Bertanya secara terbuka adalah lebih meyakinkan kita dengan jawapan yang kita cuba cari.. Kadan kadang tu bukan niat kita nak memalukan orang lain tapi itu yang terbaik daripada kita asyik nak membuat spekulasi sendiri tentang diri orang lain..

 

 

Nota kecik : Diri kita pon kadang kadang kita tak kenal , macam mana kita nak cuba kenal diri orang lain ekk ? =..=’

Nota kecikkkk : Sesungguhnya memfitnah tu dosanya lebih besar daripada membunuh

Nota kecikkkkkkk : Manusia yang di katakan cucuk hedong itu adalah bukan MTT .. =..=’

 

Terima kasih membca sampai juling bijik mata .. ^^

13 Orang balas bebelan:

Ce'gu JAERA said... [MTT reply to this comment]

betulll.. setuju dengan MTT.. buat apa nak sebok jaja cerita pasal orang lain sedangkan kain sendiri terlondeh..

wuiii, bulan posa tak elok lah dok mengumpat org sana sini.. baik mulut tu dilafazkan dengan zikir dan tadarus kan..

selamat menanti jam berbuka posa ya MTT and the fren.. kami berbuka 6.27 petang ini.. ehe

LYSSA FAIZUREEN said... [MTT reply to this comment]

waahh . hebakk sungguh kata-kata anda :))

Mehmet Wie said... [MTT reply to this comment]

dah juling dah biji mata nih.. hihi..

Anonymous said... [MTT reply to this comment]

Banyak "hantu" bulan puasa ni...:D

Yuyu Zulaikha said... [MTT reply to this comment]

:)

SoLy SoLicious said... [MTT reply to this comment]

tersalah cakap, boleh buat fitnah, lagi bahaya tu..

depa mengumpat ke tu?

mas saari said... [MTT reply to this comment]

sentiasalah bersangka baik!

BiNtaNg HaTi said... [MTT reply to this comment]

kerana mulut santan binasa, kerana mulut badan binasa...huhuhu

abdullah gazali said... [MTT reply to this comment]

always think positive :)

shazmir said... [MTT reply to this comment]

lallala..dah nasib badan ape boleh buat...

xyz4mir.blogspot.com

Elly Jade said... [MTT reply to this comment]

puasa2 pun ada org bergosip ke?

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said... [MTT reply to this comment]

sabo jela dear ngan mulut manusia...


btw, cik bunga suke sgt ngan header kamo :) so cuteee... design sendiri ehh? cntik lorhhh :)

Ramadhan datang tapi........

Abe Goreng said... [MTT reply to this comment]

Tyme puase ni lah dorg sibuk nak buat ketupat. xsbr nk tgu raye la tu.:D

UPDATE: Hah! Memang betul la tu!!!

È