.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Thursday, August 25, 2011

Tatkala HARI RAYA bakal menyinggah (!)

Assalammualaikum..

Hai la badan dah sememangnya tak dapat dah nak mengawal perasaan jiwa serta raga.. Perasaan girang gumbira tak sabar nak pulang ke kampung halaman terchenta sangat sangat sedang menguasai diri ini maka dengan itu, seluruh warga tenaga kerja dalaman badan dah set KEMALASAN KERJA ! TAK SABAR NAK RAYA !

Insya’allah pada hari Ahad ni selepas bersahur dengan kadar sesegera mungkin MTT dan keluarga akan bergerak balik ke kampung halaman terchenta dengan girang lagi gumbira di Pulau Pinang.. Doakan selamat semuanya ya ? Ada para lalink orang Peneng ka? Sila angkat tangan tinggi tinggi sampai pokok sena sampai nampak tiak nak tengok.. Hekhekhek

Siyes terasa dah bahangnya sampai ke dalam lobak hati yang paling dalam sedalam dalamnya dah nie nak menghias kampung halaman dengan lampu lip lap lip lap menambahkan lagi kemeriahan di Hari Raya nanti..

Keluarga MTT tak besar gedabak, ada sepicut dua ciput meput jer.. Kemeriahan menghias tu la menjadi pengganti bagi memeriahkan suasana raya kami sekeluarga..Kebiasaannya harus lah menjadi kewajiban untuk memasang segala jenis perhiasan yang menandakan bahawasanya Hari Raya akan menyinggah dan menginap selama sebulan..

Tapi bukan lah sebulan berada di kampung..Ikutkan hati serta jantung ini memang lah nak bertenggek selama mungkin ,tapi tanggungjawab tetap tanggungjawab bagi menyara kehidupan anak anak , (anak tekak,anak rambut,anak anak anak anak) ..

lampu raya   pelita1 

 

Dan sudah semestinya lagi seharusnya bertungkus lumus bersama tulang pat kerat menyiapkan juadah untuk di santap di pagi hari raya.. Memalam buta seharusnya MTT membanteng tulang pat kerat ni menganyam segala jenis daun palas yang ada bagi memastikan dapat menikmati ketupat palas dengan sekenyang kenyangnya..Setahun sekali jer kankankan.. ^^

Oleh kerana jemari meruncing ini antara cucu yang mampu menganyam daun palas tersebut sebelum memasukkan isi kandungannya di isi dengan mampatnya..Jemari cucu yang lain hanya reti mengenyam jer.. Haha ^^

 

beef-rendang-curry-06  Ketupat Palas Abah  

 

Dan ber-barbeque bersama keluarga adalah salah satu acara yang wajib di jalankan bagi memastikan perot para keluarga memboroi pabila tibanya di Kuala Lumpur.. Sila jangan meliurkan air liur anda yer..Tengok dengan memejamkan mata..Erkkk !

sausages-on-barbeque barbeque

 

Di atas meja senonet haruslah tersergam indah dengan pelbagai jenis kueh mueh yang di buat oleh jemari para keluarga.. Grr ! Yakni,kueh tunjuk.. Masih belum di kurniakan kepakaran untuk membuat kueh.. (Yang sebenarnya malas tahap chipmuck) =..=”

4 1278860463_104673395_2-kuih-raya-2010-untuk-dijual-Kuala-Lumpur-1278860463

 

Dan sebenar benarnya setiap kali beraya di rumah memang akan kekurangan bekalan kueh selama sebulan ..Sebab munasabahnya malam raya kami anak beranak dah gatal tangan mengutil ngutil segala jenis kueh yang ada..

Memang setiap tahun kueh raya jarang menjadi sambutan ketika beraya,bagi keluarga MTT la..Kueh yang akan ada atas meja pon cuma yang TERselected jer seperti gambar gambar yang di lampirkan bersama mat lampir..Tart Nenas , Almond London , Semperit .. Waaaaaaaa Lagi tak sabar nak beraya…

images semperit

 

Pemberitahuan : Gambar di culik dari Tok Google

 

Nota kecik : Gara gara feeling terlebih mendengar lagu raya sehingga nak pecah speaker lappy menyebabkan entri ini terhasil secara drastik

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

34 Orang balas bebelan:

Baiz Mamat said... [MTT reply to this comment]

wah nak balik kampung dah ek ahad ni..mr baiz esok dah nak cau ke pahang...selamat hari raye ek..

sYafIk-wAy said... [MTT reply to this comment]

selamat hari raya , balik dgn slmt .

MARIA LIZA said... [MTT reply to this comment]

selamat hari raya...

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mr.Baiz : Ha'ah balik lepas raya.. Slemata hari raya jugaa :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@sYafIk-wAy : Selamat hari raya jugaaa..Aminnn :)

AzatLazat said... [MTT reply to this comment]

semoga selamat sampai.nampak sedap je barbeque tu kam.arghhh tak tahan :P

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@MARIA LIZA : Selamat hari rayaaaaaa ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@AzatLazat : Bawak bertendang, 4 jam jer lagi :)

Unknown said... [MTT reply to this comment]

wah tgk gmbr terus tak tahan..huhu..
apa2 pun semoga selamat sampai :)
selamat hari raya MTT maaf zahir dn batin ^_^

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Panggil aku Han : Bawak bertendang Han.. Hehe :)

Selamat hari raya jugaaa.. maaf zahir & batin juga 0-0 :)

Unknown said... [MTT reply to this comment]

nmpk dah brsiap sedia nk raya :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Saiazuan : Semuanya dah readyyyy ! :)

Unknown said... [MTT reply to this comment]

bestnye..sy lg best sbb memg dh ade kat kampung..hehe..org utara rupanya..samala tp negeri lain2 :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@::budak:: : Seronok lahh..Lagi terasa bahangnya..Hehe MTT lahir dan membesar di KL,mama orang sana.. :)
Sama la tapi lain negeri ? Haha =..="

RamRamCute said... [MTT reply to this comment]

Selamat hari Raya MTT, Hati-hati memandu ye.. :)

fasha said... [MTT reply to this comment]

waaa,rendang itu sgt menggoda okeh.hehe.teringat sambal kacang nenek,terbaikkk :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Rahmah Ram Ram : Selamat hari raya juga sis.. :) Insya'allah,Aminnn .. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@fasha : Menu wajib tu ! :)

TiTi said... [MTT reply to this comment]

selamat hari raya MTT berhati-hati di jalan raya :D

Emma said... [MTT reply to this comment]

Selamat Hari Raya MTT =p

Admin said... [MTT reply to this comment]

Salam.
Alahai ..ketupat daun palas .. lama dah mak tak buat .. terasa rindu lah .. tapi mak dah tak larat nak buat ... :(

yanamib said... [MTT reply to this comment]

kita pon dh duk mengidam nk mkn mkn pagi raya..pheww dh siap aim rmh mana makanan sedap wajib serang raya nih..muahaha~ ^__^

Rtp Farra Arisha said... [MTT reply to this comment]

have a good safe journey ya sis!!
yeayyy. raya will be coming soon :)
tak sabar nak sambut raya ramai2!!
btw, slmt hari raya in advance!

mr.D said... [MTT reply to this comment]

slamat beraye ye MTT..hehe

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

hehhe..walaupon tak ramai.tapi bila semua busy nak hias rumah.mesti meriah.

selalunya di tempat wan, bila hari raya haji baru bbq.

wan hanya suka biskut kacang dan almod london.

selamat berpuasa.

Kalamhati said... [MTT reply to this comment]

Selamat Hari Raya MTT..
semoga selamat dlm perjalanan..=)

Niena Muhammad said... [MTT reply to this comment]

huh.. nasib baik singgah sini di mlm hari.... kalo tk, mau nye xbatal pose tgk gambar2 niii

Unknown said... [MTT reply to this comment]

selamat hari raya MTT..jemput maii umah..penang maliii huhu :)

~Queen Q~ said... [MTT reply to this comment]

lapar!!

aamalinaazman said... [MTT reply to this comment]

waaaa
meriah sungguh na...
oo.cek mTT ni mesti anak mami ye..hihi
balik penang no..hehe
camat ari aye cek MTT =]

mas saari said... [MTT reply to this comment]

best2..meriah!
akak tak sabar nak makan lemang, rendang, nasi impit dan macam2 lagilah...heheheheeee

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

seronoknya..selamat hari raya laily :) gembira selalu n please kembali semangat ber blogging! :)

Anonymous said... [MTT reply to this comment]

I received very good information out of your web site

maszull said... [MTT reply to this comment]

salam MTT...sedap nyer tengok kuih tart nanas tu...kalau hari raya mesti ada tart nanas nikn...

mcm2 ada ye....wah Mtt pandai menganyam ketupat daun palas yer...:)

È