.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Friday, September 30, 2011

CINTA macam makan sambal belacan , PEDAS PON NAK TELAN jugak kankankan (?)

Assalammualaikum ..

 

Selamat ber-pagi , ber-tengah hari , ber-petang hari dan ber-malam hari bagi sesiapa saja yang membaca entri ini pada ketika dan saat ini.. Yaa , sudah pasti dan tidak asing tidak bukan lagi seperti kebiasaannya MTT akan memulakan operasi membebel tanpa mengeringkan air liur sekali lagi lagi dan lagi maka oleh yang demikian siapkan plastik berjuta limau ais bagi mengelakkan kemuntahan berdarah berlaku dengan dramatiknya.. Hakkktuihhhh !

Tiba tiba hari ni mood berbunga bunga kembang lestari nak membebel tentang perhubungan.. Konon konon nak berangan Mak Jenin menjadi Dr Love yang tidak bertauliah bagi menjulingkan bijik mata kalian kalian dan kalian semua.. Hakkktuihhh sekali lagi !

Kata orang , kata orang MTT menggangguk sesaja , bahawasanya untuk mengekalkan sesebuah perhubungan haruslah menerapkan segala jenis benda , yakni ;

  • Kejujuran Keterangan lebih lanjut dengarkan lagu Radja-Jujur
  • Kepercayaan Lebih kurang macam rukun negara
  • Keikhlasan Ikhlas dalam setiap perbuatan
  • Kesetiaan Setia pada satu bukan setia pada 1 yang lain buat spare part
  • Memahami Faham situasi pasangan

 

Yer, sangat mudah di sebut dengan lidah atau lebih tepatnya lagi sangat mudah di sebut dengan menggunakan air liur akan tetapi bila dah berada dalam sesebuah perhubungan habes bersepah segala yang dah di set dalam pala hotak ..

Dan semestinya perkara yang seharusnya di titik beratkan tanpa adanya koma , tanda soal dan tanda seru adalah ;

  • Mengelakkan cemburu berlebihan Cemburu tanda sayang tapi berpada pada
  • Mengelakkan ber-pra sangka buruk Jangan asyik nak fikir yang negatif sesaja
  • Mengelakkan mengungkit perkara yang lepas Yang lepas biarkan lepas !
  • Mengelakkan mengawal setiap pergerakan pasangan Paling tepat yakni CONTROL
  • Mengelakkan mendengar cakap cakap makhluk sekeliling Mulut orang tak boleh pakai !

 

Setiap makhluk yang ada di alam pinjaman anugerah yang Maha Esa ni semestinya lah ingin terus cekal dalam meneruskan kehidupan sebagai makhluk yang paling bahagia dalam dunia ini..Akan tetapi dalam perhubungan ni terlalu banyak cabang cabangnya yang perlu di lalui maka , saya sebagai rakyat Malaysia .. TER-berikrar pulak ..

Maka , amat amat amat lah perlu lagi harus untuk cuba mengawal keadaan sekeliling agar tidak menjadi tegang dan cekang dan boleh meroskkan kebahagiaan sesebuah perhubungan..

Sememangnya setiap orang mempunyai karakter yang pelbagai yang tidak boleh di fahami dalam masa yang singkat.. Segalanya memakan masa yang panjang untuk cuba , cuba dan terus mencuba..Selamat mencuba.. Ekkk !

 

“Dah nyata lagi jelas , diri sendiri pon terkadang teramat amat amat lah susah nak di fahami apetah lagi nak faham isi kandungan hati berserta limpa manusia yang lain..”

 

Selagi mereka mampu dengan hati yang cekal kemain untuk cuba membina sebuah perhubungan , menjalani sebuah perhubungan dan mengakhirinya dengan lapang hati berserta kesabaran yang teramat dasat tinggi , tabik springggggg ! Bukan mudah nak mencorakkan sesebuah perhubungan supaya ianya tidak suram sejuk sepanjang zaman… Cehhhhh !

 

 

 

Lelaki tak tahu apa perempuan nak ? Sini ada : What women Wants

 

Nota kecik : Pernah ker kite terfikir macam mana hati yang senonet ni mampu menanggung pelbagai jenis beban dan 1001 rasa .. Semua rasa tu terkumpul dalam satu bentuk hati yang kecil dan bagaimana ianya mampu menampung semua rasa itu ? ♥

 

 

 

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

Yang sedang karatkan jiwang ,

belog

28 Orang balas bebelan:

mas saari said... [MTT reply to this comment]

cinta itu indah jika kita tau cara nak mengindahkannya...

akak pun entri cinta hari ni...hehehe

maszull said... [MTT reply to this comment]

salam MTT...hatilah yg memainkn peranan penting dlm sesuatu hal kalau x ada hati boleh matikn...

biarlah hati yg menentukan segala2nya dan akal fikiran yg akan memikirkannya semoga kita berjaya mengikut kata hati kita bila mana akal fikiran mengatakan kebenaran dan kesungguhannya...:)

Unknown said... [MTT reply to this comment]

slmt hari jumaat ;)

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

bercinta sangat susah by the way tapi kita boleh buat ia jadi fun kan :). tapi tak faham dengan lelaki yg kata perempuan ni mengada dan leceh. padahal diorg yang tak pandai tackle.

aamalinaazman said... [MTT reply to this comment]

hurrrmmm
dasat ka kuasa hati?
huu..subhanallah..mampu menanggung pelbagai rasa yg org x tawu pon..huuu
betol2!
selagi name manusia
seday upaya utk menjadi yg terbaik kan

Anonymous said... [MTT reply to this comment]

SETUJU sangatttt :)

kaizen said... [MTT reply to this comment]

kepercayaan - dgr lagu percaya padaku by ungu.... terbaik....

FarizAtie said... [MTT reply to this comment]

cinta memang indah tp kena berwaspada kan cik laily aka mis toink toink..huu

Nana said... [MTT reply to this comment]

sukaaaa :)

msredcheesecake said... [MTT reply to this comment]

kalau org boleh sabar dgn kita, nape kita takleh sabar dgn dia...

Ibu Ammar said... [MTT reply to this comment]

sakit je bila cerita pasal cinta. hukhuk

syiela said... [MTT reply to this comment]

Setiap hubungan ada pasang surutnya kekadang ok.. kekadang ko skit.. tapi kita kena bijak dalam menentukan hala tujunya...

***setuju macam sambal belacan la.. pedas baru kaw.. tetap nak mkn jugak tapi kalo kena buasir boleh pandang jela...

Kak Amy said... [MTT reply to this comment]

wah entri cinta, auwww nak feeling2 la kejap hehe..

Diana @ BKKC said... [MTT reply to this comment]

hati adalah raja - yang mengatur hidupnya - suka -gembira - mengawal emosi - segala-galanya

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : Betul , kita yang mencorakkan :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@maszull : Sebab tu orang kata "Ikut hati mati" , sebab dalam tu tersimpan seribu satu rasa .. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Saiazuan : Selamat hari Rabu :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Namee Roslan : Betul Namee , tapi apa pon kita yang corakkan laa .. Laki tahu tackle jer tapi bila dah dapat dia buat buat tak tahu apa yang perempuan nak sedangkan dorang tahu apa yang seorang perempuan dambarkan.. Cehhhhh ! TERjiwangss pulak :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@aimie amalina : Hati kecil tapi mampu tampung bermacam rasa..Subhanallah kuasa Allah kan :')

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@dylla fadzil 小草莓 : :')

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@kaizen : Pon bleh jadi gak tuh :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@miszatie : Mengenali seseorang dengan lebih mendalam tu tak semestinya boleh di gelarkan, cinta tu datangnya dengan sendiri.. Ehhh tiba tiba pulak :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@NanaStrawberry : Macehhhh :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@msredcheesecake : Betul , Give and take penting dalam relationship :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Puteri Biru : Cinta kan macam makan sambal belacan :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@syiela : Sangat setuju ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Amy Syaquena : TERjiwang karats la .. Hehehe :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Diana @ bilakukatacinta : Semuanya terkumpol dalam satu hati yang bersize kecil :)

È