.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, September 12, 2011

Kau hebak ? Aku lagi hebak .. Mulut ko berapi ? Mulut aku kalah gunung berapi (!)

Assalammualaikum ..

 

Kekusutan melanda dalam sanubari hati tatkala tibanya hari Isnin yakni hari bagi raja segala kemalasan bagi setiap penduduk yang menetap di atas muka bumi ini.. Ehh ehh yeker ? Ker penyakit MTT sorang jer pabila Isnin menjelang tiba .. =..=”

Pada awalnya niat di dalam lobak hati ini adalah ingin menjadi seorang pekerja yang berkhemah sekali gus meng-off line kan diri daripada sebarang jenis laman bersawang akan tetapi jauh di sudut hati yang senonet ni turut merindui blog muruk ini.. ^^

Mana taknya hari Sabtu dan Ahad lepas tak berpeluang langsung nak mengenyitkan apetah lagi menjeling ke laman bersawang akibat open house yang belambak lambak .. Dan ini lah juga peluang untuk bertamah mesra dengan kawan kawan yang jarang jarang di temui..Kesannya perut memboncet bagaikan johan dan memulas mulas akibat terlalu boncet.. =..=”

Suka bebenor bermukadimah panjang berjela jelut hinggakan terjuling mata pepagi buta ni .. Dan sebenar benarnya aktiviti membebel syok sendiri tanpa mengeringkan air liur pada hari ini adalah untuk membahaskan tentang laman bersawang yang sangat terkenal lagi femes amasto yakni facebook ataupon mukabuku..

Seperti mana yang kalian dan kalian tahu seringkali kita melihat terlihat dan ternampak pelbagai jenis status yang di keluarkan bagi setiap pemilik account facebook bagi melahirkan rasa riang , gumbira , gundah , gulana dan sebagainya ya.. ( Skema jap pepagi hari )

Dan yang pasti dan semestinya pasti akan adanya perbalahan yang akan tercetus hanya di sebabkan satu status yang di keluarkan dan pabila adanya tindak balas bagi sebelah lagi pihak akan meletus lah perang status ya..

 

fb

 

Negara merdeka tapi pemikiran kita masih dijajah ( LINK )..Kankankan ? Dan yang pasti dan tidak lain tidak bukan lagi mukabuku ini adalah medium perantaraan antara kita sesama manusia untuk gunakan .. Yakni boleh menghubungkan kita dengan rakan rakan dari seluruh pelusuk dan celahan muka bumi ..

Akan tetapi oleh kerana adanya pihak yang menyalah gunakan medium dan kesenangan lenangan yang di berikan maka tercetus lah perpecahan dan perbalahan sesama sendiri tatkala adanya konsep ,

 

Kau hebak ? Aku lagi hebak .. Mulut ko berapi ? Mulut aku kalah gunung berapi !

 

Akibatnya tersangat lah buruk lagi merbahaya tatkala jari begitu ghairah menari ( LINK ) .. Itu belum masuk lagi dengan pelbagai kesalahan yang telah di salah gunakan lagi ..

 

  • Mem-Fake account mukabuku ( LINK )
  • Menipu untuk kesenangan diri sendiri
  • Yang ‘married’ mengaku ‘single’ ( LINK )

 

 

Iklan Raya : Terima kasih Celoteh Si Alya & Farhah Azman , kad raya baru sampai ! Posmen bawa kad raya sayang sayangg balik kampung , salahkan posmen ! toinkkk toinkkk !

Iklan Entri : Penyakit berangkai blogger & Ubat penyakit berangkai blogger

 

 

 

Nota kecik : Sesungguhnya kesenangan yang diberikan bukan lah untuk menjadi satu loncatan untuk perbalahan akan tetapi seeloknya la di gunakan sebaik mungkin ..

Nota kecikkk : Nak muntah rasanya baca status status lama , facebook meroyan ker hape keluar kan balik semua status .. =..=”

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

 

belog

 

22 Orang balas bebelan:

mas saari said... [MTT reply to this comment]

akak kurang layan dah FB ni... jengah kadang2 je! itu pun ping entri dalam fan page blog je...heheheheeee

Prince said... [MTT reply to this comment]

haha...sy pun kurg lyn fb..gune fb untuk ping blog je...opsssss....kntoi suda..:)

MARIA LIZA said... [MTT reply to this comment]

FB ni memang boleh buat gaduh..dah bnyk kali alaminya...disebabkan FB gaks hubungan dengan sepupu sendiri agak rengang...ni pengalaman sendiri...

Baiz Mamat said... [MTT reply to this comment]

facebook banyak keburukan dari kebaikan.,.betul tak?cuba bincang kan tajuk tu mtt..

BERT said... [MTT reply to this comment]

fb mmg dah bosan.. ader je kaki status giler hapdet ntahpapentah kan

kaizen said... [MTT reply to this comment]

kih3... ade jugak yg cmtu ek....

*14-20 seot ni jmpt dtg ke time square ade game : kejohanan pencak silat piala tpm

hope to see u there

ct kektus said... [MTT reply to this comment]

kalau boleh soletep ulut dorang tu, soletep je. tak pon ikat jari nya. hehehhe ;p

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : Kadang kadang bila boring tu jenguk jenguk juga ke situ.. Hehe :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@pRiNCe : Sama laaa, tapi bila bosan tu keluar juga status status sekali sekala.. :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@MARIA LIZA : Hmm,tu la kak .. MTT sendiri pon penah facing benda macam tu..Terok betul kan.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mr.Baiz : Keburukan lagi bersepah dari kebaikan.. Hehe Insya'allah bila idea mencurah ke ladang gandum nanti ker kan.. :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@BERT: Status maki hamun lagi banyak daripada info kan.. =..="

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@kaizen : Ada jer... :D

Insya'allah :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@siti kektus : Ikat kaki tangan,mulut salotepp ! baru dua dua tak boleh membebel.. Hikhik ^^

Sunah Sakura said... [MTT reply to this comment]

suke like aje...tapi status yang positif la...yang kutuk2 orang ni bakpe nak sukung...

Miss Lady Iena Nazir said... [MTT reply to this comment]

sy rajin gune fb.

cari hiburan dgn gelakkan bdk2 sekolah yg sdg hangat bercinta.

kekeke.

anez zamri said... [MTT reply to this comment]

dah jarang layan fb sejak2 berblog nie..hehe

aamalinaazman said... [MTT reply to this comment]

huuu
cam dh lme x boh status kat fb sejak berbbelog
hehehehe

Alya Esprézzo™ said... [MTT reply to this comment]

HAHAHAHA..batu api tu yg jaat!! hehe yeah salahkan posmenn sbb kad raya baru sampai..:D

Syaffroni Affandy Safar said... [MTT reply to this comment]

biasa terjadi komen2 tu sebenarnya untuk gurauan tetapi tu la x kena tempat ... Jadi status yang asalnya suka2 kekadang boleh jadi punca perkelahian ...

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

wan jarang buat status kat facebook.
lebih lebih lagi status macam tu.
nak post, kena fikir 2-3 kali gak.
benda tu public tu.
nanti ramai yang salah tafsir.

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

fb ni macam2 negative lah laily. so namee pun dah malas layan sgt. ping blog pun kt few group je. then layan2 kawan je dlm fb. nk kata update status jarang skali.

È