.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, September 14, 2011

Perempuan GARANG vs perempuan LEMAH GEMALAI

Hellooooo ! Dan Assalammualaikum ..

 

Kehadapan , ketengah , ketepi dan kebelakang serta yang seangkatan dengan kekekeke selamat pagi , petang siang dan malam buat sekalian alam dan buat para lalink yang jelita , jelitup , macho serta tampan .. Mood untuk membebel syok sendiri tanpa mengeringkan air liur pada hari ini bersamaan dengan 14/09/ 2011 (Ehhhh anniversary MTT dan Mista Tunang yang ke 6 tahun 8 bulan dah laaa ! Alhamdulillah ! ) agak berkurangan dan tidak luar biasa seperti biasa..

Bila cakap pasal perhubungan ni , teringat pula satu perbualan dengan ex staff yakni seorang brader merangkap pak sedara MTT tentang jenis jenis dan sikap perempuan yang di gemarinya..Ataupon lebih tepat lagi karakter yang ada dalam diri seorang wanita..Wahhh kemain lagi boleh ada yang di gemari vs tak di gemari..

Dan semestinya sebab munasabahnya adalah nak memulakan sebuah perhubungan bukan lah mudah untuk kita membina , menjaga , menyemai munga munga cinta agar ianya harum mekar kuntum kemboja .. Hakkktuihhh !

Pabila berbicara tentang jenis jenis sikap seorang wanita dah semestinya lah terbayang bayang gadis yang ala ala ayu , anggun , lemah lembut gemalai , sopan santun sentul , dan seangkatan dengannya..Akan tetapi ya para lalink tak di nafikan ada juga para lelaki yang menggemari perempuan yang garang .. Euuwwwww ~ Like gitu .. Cehhhhhh !

 

Wanita yang lemah lembut gemalai Sekus me abanggggg ~

Dan tidak syak tidak bukan lagi wanita yang lemah lembut gemalai sudah pastinya menjadi pilihan hati serta sekalian organ para adam yakni kerana terserlah lah sifat kewanitaan yang di pancarkan tatkala itu segala jenis air liur boleh la menitis mencecah ker lutut kaki..

 

Wanita yang ala ala manja majnun  Alaaa you niiiiiii !

Wanita yang ala ala manja laila majnun juga seringkali menjadi dambaan bagi setiap para lelaki yang menetap di muka bumi dunia ini oleh kerana sifat kewanitaan yang di selang selikan dengan kemanjaan yang mampu membuatkan hati para adam bagaikan di panah duri sembilu taktkala mendengarkan suara yang lemah gemalai gitu… Hakkktuihhh !

 

Wanita yang tegas  Hmmmmmmm !

Seperti yang tersedia maklum bagi setiap makhluk yang berada di seluruh dunia , lelaki merupakan seorang manusia yang selalu memerlukan bimbingan wanita daripada aspek tertentu untuk beliau membuat keputusan bagi sesuatu keputusan yang akan di ambilnya..Di saat saat dan ketika ini para lelaki sangat sangat sangattt memerlukan seorang wanita yang tegas yang mampu membuat keputusan di saat saat genting dalam hidup mereka…

 

Wanita yang garang Aummmmmmmmm !

Siapa kata lelaki tak sukakan ke-garang-an yang ada dalam diri kaum hawa.. Erkkk ! Wanita wanita seperti ini bukanlah di kategorikan sebagai garang ataupon Singa Betina ya para lalink akan tetapi wanita wanita seperti ini di percayai oleh pasangannya mampu menjaga diri sendiri tak kira dalam apa jua situasi dan walau dimana dia berada..Garang tidak beerti wanita itu tidak mempunyai ciri ciri gadis idaman malaya akan tetapi tegas terhadap perkara yang berlaku di sekeliling merekaaa.. Cececehhhhhh !

 

Dan jika wanita tersebut mempunyai kesemua ciri ciri yang di nyatakan tolak campur bahagi darab sama dengan beliau adalah hebakkkk ! toinkkk toinkkk !

Membebel sakan bercerita tentang perempuan idaman kalbu hero hero malaya macamkan si empunya blog adalah seorang lelaki… Hakkktuihhh ! Berikut hanyalah pendapat ikhlas daripada lobak hati yang paling dalam lalu di lontarkan dalam bentuk penulisan yang tak seberapa yaa…

 

 

Nota kecik : Kata orang , lelaki lebih sukakan perempuan yang banyak cakap daripada diam membisu kerana kadang kadang lelaki ni tak mampu buat keputusan sendiri jadinya wanita sedemikian sangat sangat lah di perlukan.. Betul kahhhh ??

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata ^^

 

Yang membebel tanpa mengeringkan air liur ,

belog

52 Orang balas bebelan:

NeoBalanoCarpus said... [MTT reply to this comment]

Wanita yang lemah lembut gemalai dan Wanita yang tegas menjadi pilihan...errkkk, garang?!..takut ooo..

BERT said... [MTT reply to this comment]

hmm sya wanita yang mane satu ek.. hehee..

ehemm.. happy enibeseri ye lalink.. moga bahagia cepat2 kawen ye..!

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@NeoBalanoCarpus : Erkkkk , haha garang pon okay whattt .. :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@BERT: Heeeeee~ thank you sis ! :)

mas saari said... [MTT reply to this comment]

akak wanita yg garang tapi penyayang! heeheheheee..

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@mas saari : Garang tak semestinya tak ada sifat penyayang kan kak ! :)

echa takashimaya said... [MTT reply to this comment]

echa ni garang kot!haha.

aamalinaazman said... [MTT reply to this comment]

heheehehe
mimi jenis ape eh?
x grg..x gak mnje no..
ntah...hahhhahahaa
byk ckp ye..kikiki

Edy Ramanov said... [MTT reply to this comment]

hehehe. ada macam-macam jenis jugak ya. perkongsian yang bagus. happy anyversary jugak ya MTT. =)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@echa takashimaya : Garang tapi cuteee ! :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@aimie amalina : Wahhh ! Banyak cakap tu yang di gemari tuh ! Hikhik :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Edy Ramanov : jenis ataupon lebih tepat lagi karakter.. Macehhhhh ! :)

Niena Muhammad said... [MTT reply to this comment]

oPss akak xlembut.. akak brutal hehe

Faz.M said... [MTT reply to this comment]

ade lagi ke perempuan lembut, lemah gemalai??? perempuan sopan tu mungkin ade. Mostly lelaki yang sy kenal kata sy ni lemah lembut. Tapi, sy tak rasa camtu pun..rasa kelakar ade la..haha

Unknown said... [MTT reply to this comment]

hurmmmmmmmmmmmm i'm not sure bout this.. i think i like wanita yg garang! :D

lieynanilaz said... [MTT reply to this comment]

saya yg no.3 tuh..hehe..tapi baik hati tau..haha..

erk..lelaki nak yg banyak cakap ke..kalu gini kena belajar ringan2kan mulut..hehe..

Mr Leypark said... [MTT reply to this comment]

i dah jumpa wanita yang mempunyai keempat-empat ciri2 tu.. so, kena tahan je la bila mengamuk.. hehe

Thanks visit me, Mr Leypark. :)

iyan shazlind said... [MTT reply to this comment]

nak jadi garang2 manja la..boleh? hehe

Namee Roslan said... [MTT reply to this comment]

semua orang nak yang lembut. kalau macam namee garang . sbb tu laki takut. haha, nampak gaya muka pun macam keras. memang garang pun namee :P hehe. MTT mesti sweet kan !!

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Niena Pengembara Ilahi : Brutal pon sempoi kak ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Fazreen Misbae : Masih ada tapi jarang jarang ditemui kot.. Hehe Sama laaa ! Tapi tak rasa pon diri lembut,rasa macam garang ! Haha :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Saiazuan : Garang pon okay kan ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@lieynanilaz : Banyak cakap tak beerti membebel tapi macam sama dengan jer.. Hehe :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mr Leypark : Satu bonus laa kalau ada semua ciri ciri tuh ! :)

Sama samaa :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@iyan shazlind : Nak jadi semua pon bolehhh ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Namee Roslan : Haha tu la kan Namee, ramai yang suka lemah gemalai.. Kata orang MTT nampak macam perempuan melayu terakhir, tapi tak rasa pon macam tu.. Kita genggg ! Seppp sepppp ! Garanggg ! Hehe :)

CintaZulaikha said... [MTT reply to this comment]

kikikiki..akak rasa akak dalam kategori bercampur baur kat ats..kalau nak cari pompuan jns 1 patern ja cam kat ats nun..cu carik dlm buku, musti jpa..realitinya takkan seindah itu..hahhahha

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@CintaZulaikha : Kena berubaha rubah karakter mengikut keadaan kan? Hikhik Sangat setuju.. Realiti tak seindah alam fantasi :)

maszull said... [MTT reply to this comment]

salam MTT....nice n3 MTT ni ...byk tip n tahu apa yg baik utk kaum hawa kat luar sana...

mama ni jenis x lemah gemalai,x ala2 manja n x yg garang pun, tapi mama ni jenis yg tegas dlm segala hal...

p/s cewahhh perasaan plak mama ni...

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@maszull : Wasalam mama..

Kalau kita tak puji diri sendiri sape lagi nak puji kan.. Hikhikhik :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Cik Ct : Betulllll ! Baru lah ade cabaran nak membanteras ego lelaki.. Ehh tiba tiba pulak kan.. :D

MARIA LIZA said... [MTT reply to this comment]

apa2 pun zmaan sekrg susah nak cari pompuan yg lemah gemalai..kalau ada pun "PLASTIK" je mula2 dahtu mula tunjuk belang...Apa2 pun jadi diri sendiri...Cam akak ni kategori "LEMBUT SELAMBER"..aDE KER???

Cik Purple said... [MTT reply to this comment]

sy takde dalam senarai ni kot sebab saya pompuan yg selalu blur dan rileks giler.. hahaha.. tp skli dtg gelabah, saya tak henti2 becakap.. hahaha..=_=' MTT mesti ade kan ciri2 di atas.. hihi.. ni mst wanita manja ni.. :P

Anonymous said... [MTT reply to this comment]

Hee. Rase cm dian ni garang je. And terlampau byk cakap =.= ok la kot. Takdela laki gatal suke kacau. Hihi.

Sarah Mnasir said... [MTT reply to this comment]

ara wanita manja.. haha.. manja ka gedix~ ngee

Mek Onie said... [MTT reply to this comment]

i garang tau ,hahaha!

Diyana said... [MTT reply to this comment]

lain orang lain selera

kadang2 pelik jugak sgn selera orang ni.

najihahfara said... [MTT reply to this comment]

sukela bace entry ni hihi

Unknown said... [MTT reply to this comment]

aku suke manja2 tegas..ehehe..

Ieqahgajah said... [MTT reply to this comment]

setiap ciri-ciri tu ada kelebihan dan kekurangan kan :)
Asal pandai bermain dgn watak diri oklaa ^_^

Unknown said... [MTT reply to this comment]

aum aum......suka yang ni, cuma kena pandai amik hati supaya kurang aum-man nye

Alya Esprézzo™ said... [MTT reply to this comment]

hihihihhi...ehem ehemm! err alya tatau alya jenis yg mana? wahhahahahahaha

.drakula. said... [MTT reply to this comment]

aku suka yang tegas dan berpendirian .Tahu apa yang dia mahu dan perkatakan.Lemah lembut itu perlu tetapi bukan lemah gemalai itu terlalu buat aku...keh3!

ewanthology said... [MTT reply to this comment]

perempuan memang komplikated

hafrawiey ozakawa said... [MTT reply to this comment]

nice entry sis..kalo akak punyer sifat yg mne satu??


follow back

Ummi_R❀salici❀us said... [MTT reply to this comment]

happy anniversary MTT :D
bila langsung nih ?? hehe

Ummi_R❀salici❀us said... [MTT reply to this comment]

alaa dah la slalu texting "hmmmmm...." dgn bf hehehe ;p

Run Away said... [MTT reply to this comment]

garang mesti bertemu garangkan...;d/salam kenal...;d

kajaharuna said... [MTT reply to this comment]

best...

ape2 pun ye lalink, jadi diri sendri pun sudah cukup..

ct N honey said... [MTT reply to this comment]

sekarang ni wanita kena garang,tegas dan pada masa yg sama masih menjaga sopan santun,budi bahasa sbb ramai sgt orang jahat kat luar sana..

Sya_Merpati Putih 88 said... [MTT reply to this comment]

Ermm...dlm dunia blogging nie, sepaptutnya sesama blogger bersahabat dan tak sepatutnya ada permusuhan atau pergaduhan..

~smoga awk terus maju dan berjaya dlm sukan menaip(blogging) =)

dhiera zainudin said... [MTT reply to this comment]

kamu kategori yg mne??

È