.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, September 5, 2011

Setelah sekian lama tak mengetuk keyboard

Assalammualaikum ..

 

Maaf kaedahnya gambor terpaksa dibuang sebab munasabah tatkala itu masih belum berhijab. Mohon sesiapa juga yang ada gambar saya sebelum berhijab dibuang dan jangan di siarkan di mana-mana. *ko ingat engko retis?? HAHA Hanya secebis pesanan buat mereka-mereka* Terima kasih Smile - 30/9/2014

Gambar candid konon merenung masa hadapan

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa terasa rindu teramat amat yang dasat pada blog terchenta ini..Dah berusang terusang terkulai layu di mamah usia dah.. Cececehhh .. Ada la dalam 10 hari rasanya MTT tak menjenguk mahupon mengetuk ngetuk keyboard..Siyes memang terasa rindu sangat nak membebel tanpa mengeringkan air liur..

Puas dah membebel sampai kering anak tekak di hari berbahagia dan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yakni Hari Raya Aidilfitri..Tak terlewat lagi rasanya nak menyusun sekali lagi jemari yang lemah gemalai ini nak mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir dan batin sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang membebel di blog picisan ini..

Terasa kaku pon ada jari jemari ni,tak tahu nak mulakan cerita dari mana dan tak tahu nak akhiri dengan apa,lama sangat rasanya dah tinggalkan blog ni gara gara tertinggal burukband di KL dan menuju dengan kelajuan maksimum ke kampung halaman yang terchenta di Pulau Pinang..

Para lalink sehat kah ? Amacam cuti raya seronok tak berjimba jembol sehinggakan tersembol bersama sanak saudara dari sekalian pelusuk dunia..Dalam berseronok jangan lupa pada mereka yang tidak berkemampuan juga ya..

Masuk jer kerja di hari Isnin raja buat segala kemalasan dalam sekalian organ dalaman badan ni dah mula lah bermaharajalela majnun.. Tak terdaya rasanya nak melawan tapi di gagahi juga dengan senyuman dan hati yang kental..

 

 

Nota kecik : Banyak kerja yang kena settlekan,akan cuba gagahi meng-hupdate dengan kadar sesegera mee meggi slurpp untuk tatapan kalian..Choppp! Ada yang sudi baca lagi ker blog yang dah lama terkulai layu sepi tak berteman ini? =..=”

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata.. ^^

18 Orang balas bebelan:

Baiz Mamat said... [MTT reply to this comment]

tak sabar nak tunggu entry mtt ni..

farahin nasir said... [MTT reply to this comment]

nie bukti duk tunggu nih! update cepat sket!..
huhuhu

:)

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?8063984d10017653411213218d3ed938

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Mr.Baiz : MTT cuba hupdate cerita raya dengan kadar segera.. Hehe :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@farahin nasir : Nngeeee~ Terharu .. maceh sayangggg :)

Kak Amy said... [MTT reply to this comment]

Selamat hari raya MDT , sama lah kita amy pun x tahu macam mane nak mulakan cerita, jenuh dok taip pastu delete..alahai baru cuti seminggu dah jadi lagu ni kalau cuti sebulan x tau la cam ner..

FarizAtie said... [MTT reply to this comment]

kami mahu gambr raya dr MTT :P

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Amy Syaquena : Ni jenuh nak pilih gambar ni.. Hikhik :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@BeloG MTT : Proses pemilihan gambar sedang giat di jalankan..Hehe :D

aamalinaazman said... [MTT reply to this comment]

ade2..saye2...
heee...camt ari aye cek MTT =]
heeee
sakan ye beraya kat peneng..iihihi

Lulu Caldina said... [MTT reply to this comment]

wah nape gambar tak tgk camera??? miss you dear :)

Nadia said... [MTT reply to this comment]

nak tengok gambar raya MTT..:)
Selamat hari raya..:)

new entry :: buku paling nad suka...ツ

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@aimie amalina : raya sakan punya pasal sampaikan burukband tertinggal tu..Hehe :D

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Lulu Caldina : Ngada ngada konon candidi .. Hehe

Mish you too darl ! :)

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Miss Nadya : Pemilihan gambar supaya tak nampak sememeh untuk tatapan sedang berjalan..Hehe :D

FizaFizz said... [MTT reply to this comment]

ayat dramatis! suka baca! hehe..update lagi! :)

Anonymous said... [MTT reply to this comment]

selamat hari raya ^^

take ur tima nak update, tapi i harap ASAP... heheee

Ezad Skytech said... [MTT reply to this comment]

da berhabuk da blog mtt ni seminggu tak berupdate..hee~

Selamat Hari Raya MTT (^^,)

SoLy SoLicious said... [MTT reply to this comment]

camat hari raya MTT

È