Assalammualaikum ..
Perhubungan,percintaan,penyatuan dua jiwa,peperangan.. Err tak tak bukan peperangan.. Segala yang berkait rapat dengan perhubungan adalah sangat sinonim dengan makhluk yang paling jelita,kacak,lawa dan hensem di atas muka bumi ini..
Selalu dok tepi jendela dengar orang orang tua bersembang kata kalau nk cari pasangan jangan terlalu memilih,dok hadap depan cermin tengok apa yang lebih,apa yang terkurang pada diri kita..Tapi tapi tapi dan akan tetapi operasi sekali lagi membebel tanpa mengeringkan air liur ini bukan nk kongsi tentang tips tips perhubungan..
Ehemm.. Diri sendiri pon jalan macam orang mabok lagi..Cuma sambil berkongsi nak juga ingatkan diri sendiri.. ^^”
Cuma nak share something wrong somewhere yang terjadi dan jelas kelihatan di celahan kelopak mata..Di zaman yang hebak serta moden ni di tambah dengan banyak kemudahan kemudahan internet bagi memudahkan segala urusan namun ada juga yang sering menyalahgunakan.. TERskema..Hakkktuihhhh ! =..=”
Sesetengah insan yang sedang enak berenang renang di tengah lautan percintaan lebih senang dan gemar memilih jalan singkat dengan berkenalan tak sampai 2 3 4 setengah hari, dah sebab munasabah terlalu syok sampaikan terkiok feeling feeling bercinta sampai sanggup mengetepikan kekasih hati pengerang jantung yang sedia ada..Sadisss !
Meninggalkan seseorang yang kita sayang untuk seseorang yang kita suka tu adalah sangat sangat tak di galakkan oleh kerana ianya bukan lah satu amalan daya hidup yang sehat malah ianya juga boleh memudaratkan kesihatan jiwa dan raga sepanjang hayat ..
At the end ??
(Gambar sekadar hiasan)
Lepas tu,salah kan cinta ?
Tak salah mencari yang lebih baik selagi kita tahu yang hati kita masih mampu nak membuka ruang seluas alam semesta untuk sebuah perhubungan yang bernama CINTA....
Cuma cuma cuma cuma dan cuma perlu sentiasa ingatkan hati yang senonet ni bahawasanya :
Cettttttt ! TERjiwangsss .. =..=
Nota kecik : Jangan tinggalkan orang yang kita sayang untuk orang yang kita suka,sebab orang yang kita suka tu akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka sayang..
p/s : Maaf kalau terlewat balas kunjungan,agak kebizian sedikit melanda kesuma jiwa..MTT akan balas secepat mungkin ^^
Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^
28 Orang balas bebelan:
cintainya bukan pada paras rupa *giwang pulak*
oh tidak..meninggalkan orang yg kiter sayang sebab penampilan orang lain lebih menarik/kiter suker dia adalah tidak bijak keputusan itu...hati budi seseorang itu adalah lebih penting...
orang macam ni biasanya tak serius dalam bercinta, nak yang muka cantik/hensem je!
Oh cinta :)
hahaha , cinta itu buta . cinta pada yang maha esa adalah cinta yang paling kekal hingga akhirat (;
Love is not everything in our life. Love maybe the reason to build a relationship, but to hold the relationship. We need more than love. Trust and loyalty
hmm..dah banyak berdepan dengan kes-kes macam ni dulu.memang at the end,org yg meninggalkan insan yg dia syg utk insan yg dia suka akan rasa menyesal sgt2..menyesal kemudian kan tak b'guna...
suke dgn 'nota kecik' tu :)
sy penah alaminye..sakit sangat
wan sokong dengan MTT.
kita perlu cari seseoarang yang kita tak boleh hdup tanpa dia..
hey laily..so true. jadi kita kena lah bersyukur dan tak rambang mata bila memilih. jangan memilih rupa semata. nnti diri kita yg kesal. yg penting hati budi tu. :) kalau pentingkan rupa, esok tua tak hensem gak. hehe. so jgn lah tinggalkan kekasih sbb org lain. kalau tinggal for a quite reason xpe lah.
jiwangnye entri ni..hehe..
ala..muka yang cantik tu nanti kerepot jugak..pilih la pasangan berdasarkan hati budi
huuuwaaaaa
jrg nmpak laily tulis cm ni kan
hehehehe
tapi ai likeeee!
sebab kita nak nak hidup dengan org2 yg bole menerima dan memahami kita kan =]
@Saiazuan |: Yeayy itu yang terbaek walaupon TERjiwangs sikit :P
@Marina : Keputusan macam tu sangat tak bijak tapi tu la pernah terjadi depan mata :P
@mas saari : Nanti dah tua sama sama kerepot jugak kan kak :D
@IEQAH : Hai lahh CINTA :P
@EndyScenes : Itu yang sebaik baiknya :')
@Akulah Pak Lan : Itu yang utama :)
@Dylla Abas : Sanggup tinggalkan orang yang dah lama kenal sebab orang baru keputusan yang tak bijak :')
@aima mazlan : thank you sayang :)
@cik najihah : Pengajaran dalam hidup tu perlu suspaya kita lebih matang di masa akan datang kann :')
@Syazwan Che Deraman : Tanpa dia kita tak dapat nk teruskan hidup jadi dia lah orang yang kita nk hidup bersama... Cett TERjiwangsss lagi :P
@Namee Roslan : Betul Namee,dah tua sama sama kerepot jugak kann :P
@Eera Shera : Betol ! Yang penting hati budi..terima seadanya paling utama :')
@aimie amalina : Hheeee Macehhh ! Agreed ! :')
susah la kalau tak tau ape beza sayang dan suka tu. adooi.
ahhh sweet :)
yes,kite jgn pandang rupe or harta sgt,yg penting hati :)
choose the one u cant live without :))
Post a Comment