Assalammualaikum
Lama kemain dah ni tak membebel tanpa mengeringkan air liur, siyes dah terasa macam kekok bengkok sengkok semacam dah ni. Dari mana nak mula,mana nak letak tang tengah,tang sinun,tang sinin dan paling penting nak akhirkan kebebelan ini. Hakkkphuihhh !
Konon macam nak bagi sedikit dramatis akan tetapi tak berapa nak dramatis sebab munasabah dah kering dah air liur asyik membebel guna air liur,dan dengan ini dan pada hari ini akan mula lah operasi membebel tanpa mengeringkan air liur dengan penuh semangat kembara waja kenari. Cetttt !
Jangan kan kata mood untuk berblogging saja yang boleh pudar di mamah waktu dan ketika akan tetapi perasaan makhluk yang bernama manusia juga boleh berubah rubah mengikut angin sepoi sepoi bahasa lalu menyebabkan perasaan sesama makhluk tu bersepah sepah dan bersepai akhirnya. Hakkkphuihhh !
Kalau sebelum ni MTT pernah share kan satu entri bahawasanya dalam percintaan, kebiasaanya 6 bulan pertama jer kentutnya berbau perfurm Nina Richi,masuk bulan ke 6 dah terasa derian tak cukup bulan jatuh ke bumi. Hakkphuihhh ! Nak jenguk jenguk entri dahulu kala katop boleh klik SINI.
Biasanya kalau dalam hati dah kehilangan taman ni orang orang sekeliling mahupon tuan empunya diri sendiri pon boleh perasan dengan terang lagi benderang kann. Dan sebenarnya kalau nak cover line cemerlang tu memang tak dapat nak di laksanakan dengan sempurna lagi berhasil ya.
Malas angkat phone
Ini adalah salah satu sintom yang sangat mudah lagi cepat di kesan pabila beliau akan sentiasa bagi kita dengar caller ringtone yang tak berapa nak merdu bila setiap kali kita cuba call dia tidak akan menjawab bahkan tekan button cancel dengan senang lagi gumbira
Bila ajak keluar asyik bagi alasan bizi
Kalau keluar dengan kawan kemain ngelenjat dan terkinja kinjanya beliau,kalau nak keluar dengan buah hati pengerang jantung kemain berjuta limau ais alasan ketol ketol yang akan di lontarkan. Cettt !
Dah janji nak keluar date,cancel last minit
Ini juga merupakan salah satu sintom yang sangat berkait rapat dengan pudarnya cinta di hati pabila tarikh yang sudah di atur untuk bertamah mesra sambil makan pop corn jalan jalan kat taman bunga,tapi tapi tapi bila dah sampai waktu yang di janjikan mula lah buat alasan berketol ketol, mak masuk sepital lah, hantar opah cabut gigi lah, teman atok amek borang nikah lah. Hakkphuihhh !
Apa kita buat semua tak betul , dia adalah orang yang paling perfect (!)
Ini merupakan tanda yang berada di tahap pertengahan pabila segala yang anda lakukan sentiasanya salah di mata beliau, yelah kann nak mencari kesalahan sambil mencipta kesalahan memang sesuatu agenda yang menarik tertarik dan sememangnya deboom ! –.-‘
Taip sms pon ala ala lite lite jer
Kalau dahulu kala katop kalau dalam satu message boleh sent sehingga 18ratos page terasa tak cukup, nak sambung lagi bagi jadi 18ratos page agar dapat meluahkan rasa yang terbuku,terpendam dan terendam. Bila dalam hati dah takde taman taip message ala kadar jer.
Bila cakap I LOVE YOU
Aishiteru lah lebih kurang wo ai ni. Hikhik Bila cakap I LOVE YOU, cuma reply ‘K’ . Agaknya dah angau dengan Datuk K sampaikan benda yang simple yang sepatotnya boleh di reply dengan penuh 'perasaan hanya taip ‘K’ . Apa pon tak boleh. –.-‘
Alasan ‘you terlalu baik untuk I’
Okay para lalink ini adalah alasan yang terhebak yang anda boleh berikan pada sesiapa sahaja yang anda ingin jauhkan diri. Bagi alasan yang dia terlalu baik untuk anda boleh membuatkan hati sang dara/teruna terkedu,tersedu sedan pabila mendengarnya. Hakkkphuihhh! Daripada dengar alasan tak munasabah begitu baik buat begini (LINK)
Nota kecik : Kalau lah buat cari cinta tu macam tukar baju,memang ayat ‘You terlalu baik untuk I” tu memang selalu akan berkumandang keluar dari mulut. Hakphuihh !
Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^
56 Orang balas bebelan:
memang alasan yang menyakitkan hati part last tu.. dah baik lagi oke la kan utk dibuat bini? apasal? tak nak carik yang baik ke?
huwaaa
t_t
itu semua memang alasan dah ada yang lain lah tu...
sukalah ngan entry ni...:)
sy yg last skli. "u terlalu baik utk i". :P hahaha.tp x sume lelaki bg alasan mcm tu,dia anggap prmpn mcm baju.sila kecualikn sy.hehe
hurmmmmmm...
i loike..! minta izin share...
Teruskan buat entri entri menarik camni....Suka baca..... (*_*)
tak jadik laki bini lagi..dah jadik baru tau.nak sms 1 kali sehari pun payah
erkk.. sikit2 cam ade tande2 je.. huuuuuuuaaaaaaaaaaaaaaaa
i like....
aiyo, ok la tu balas, my situation ble dah nk dkt breakin up ngan my ex, satu msj pn x balas, tup2 she's with another man.. "ai, bagus tul.." huh, dont be like dat kay..hehe
mencari mood blogging..
dia nak tggal aku..sebab aku..sebab dia taknak susah kan aku..taknak bebankan aku..even aku rasa senang dgn dia..
bukan ke kalo cam tu sayang
benci amattt dengan alasan tu. ngiahahahhahahaha
yang dah balas 'K' je tu..memang dah tahap fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
mesej panjang2...balas pendek je..mmg tension jugak la..heee~
@Cik Anita : Ayat tu bagi dia tak mengecikkan hati sesiapa agaknya lah :P
@mas saari : Itu paling tepat kan Kak Mas -.-'
@lieynanilaz : Terima kasih :')
@Abg Stalker : Anda yakin 110%? Haha :D
@Sunah Sakura : :)
@nong : Sure :)
@Anonymous : Terima kasih Cik Anon :')
@Pen Biru : Setuju part tu :)
@adeQ : Errr yeker? -.-'
@Eema Eshya : Thanks lalink :P
@Saiazuan : Hikhik selalu jadi depan mata. Kesian,tapi dah takde jodoh. Nanti kamu dapat yang lagi baik :)
@JIJI YU : Setuju sangat. Kalau alasan gitu takpe jugak :)
@fRaMe LenSeS : Hikhik Itu alasan yang terhebak di pasaran :P
@Pamie : Dah kena faham dah kalau tu jawabnya -.-'
tengkies..^_^
hurm..sedih baca entry ni..nad dh pernah kena...takut terkena balik..:(
fobia dgn cinta..:(
p/s :: rindu nk p sekolah jugak..dapat amik gambau pon xpe..:)
alasan2..kan..haish..kesian kepada mangsa keadaan
k.
LALALALLALALA,
jadah apa "k", "k" ni. mencik tau. mencik ! mencik !
any words from the lovers can't be defined truly as there are more trickery of love! ;))
orang lelaki malas angkat tepon rumah....
serious!
hakpuihhhhh ! hakpuihhh !
HAHAHAHA.
so true sis. byk pengalaman ek? hehehehe XD
lawa la belog. follow you :)
hahaha sunguh!!!
P/s: katun tu mirip mcm yuyu zulaikha suka draw heheh comel :)
huuuuuu
tulah kan,.sindrom2 percintaan yg semakin ke akhir nyee
mang kene hati2 sokmo
kalau dah lame kwn pon kan
u terlalu baik untuk I..alasan untuk clash dengan mmbuat pasangan rasa serba salah. em, entah. takut psl love love ni. sekali kecewa, perit org kata.
@nong : Most welcome dear :)
@diana : Betul. Kalau terlalu bagi cinta 100% memang senang lah kena buli :P
@Miss Nadya : InsyaAllah tak jadi dah macam tuh. :)
@Syafiq Rosli : Tu lah kann :)
@semutsengal :
"K."
Memang menyakitkan hati kalau hantar msg panjang panjang itu yang di reply nya kann. Hikhik :P
@Rtp Farra Arisha : Agreed :')
@gedek! : Handphone sendiri pon dia malas nak jawab Uncle ! Ape lagi telipon rumah -.-'
@✿Dear Yayah✿ : Pengalaman kawan sekeliling sayangg :P
p/s : Ehhh yeker? Lain la dear -.-'
@aimie amalina : Yups normally boleh nampak tanda :P
@Namee Roslan : Betol Namee,sakitnya kalau terputus tu tak tahu nak cakap macam mana. Hehe :)
sadis sungguh alasan tu..huhuhuhuhu..tp bernas..hehhehe
@oli-go : Errr ? Bernas ? -.-'
baik cari org yg mencintai kita
mesti da segeleng kan MTT meludah sambil buat entri nie..hik.hik.
jz kididng..heppy new yer!
mesti da segeleng kan MTT meludah sambil buat entri nie..hik.hik.
jz kididng..heppy new yer!
mesti da segeleng kan MTT meludah sambil buat entri nie..hik.hik.
jz kididng..heppy new yer!
hehehe, nice entry, btol la, kalo da kasi alasan mcm2 tu, fahama2 je la kan,
Post a Comment