Assalammualaikum
Mood sepoi sepoi bahasa jer hari ni. Entah kemana melambung mood yang ceria kemain. Di bawa ombak rindu ker hape tak dapat nak di pastikan. Dengan adanya blog muruk ni boleh lah kot lepas lepaskan sedikit tekanan yang dok bertenggek atas kepala sambil membebel tanpa mengeringkan air liur kann. Hakkphuihhh !
Sana sini orang dok bercerita tentang seorang pelajar cemerlang SPM 2005,Nur Amalina Che Bakri. Ehhh lari tajuk sudah ni. Okay okay dan okay,dan sebenarnya ya bak kata pepatah mulut tempayan boleh lah di tutup rapi kalau kita mahukan akan tetapi mulut manusia ni memang tak boleh nak katop.
Kalau lah kita ada kuasa halimunan boleh menyelinap masuk lalu menutupkan mulutnya ataupon mengambil sejenis plaster yang takkan boleh tanggal sepanjang zaman berzaman alangkah indahnya dunia terasa yer tak? Tapi tu semua hanya wujud dalam alam berimaginasi.
Mulut orang,memang tak boleh nak kawal. Kannn ^^
Sama dengan jugak perspektif masyarakat mengenai hal yang berlaku di sekeliling,bukan saja artis/selebriti atau pon sesiapa saja yang berada dalam kelompok di kenali ramai yang kena tempias kesan dari virus mulut makhluk yang bernama manusia,manusia normal macam kita ni pon selalu kena juga yer tak? Tolak campur bahagi darab memang tak boleh lari kemana selagi kita hidup di muka bumi ni. Cettttttt !
Contoh kalau seorang warga tua/orang yang dah agak berumur berjalan di sebuah shopping mall bersama dengan seorang lelaki/perempuan berpegangan tangan sambil di tangan sarat dengan barang yang di beli dari shopping mall tersebut.
Perspektif masyarakat yang lalu lalang ulang alik dah tentu lah ada macam macam kan. Kemain galak lagi buat spekulasi sampaikan lupa nak toleh kiri kanan depan belakang,apetah lagi nak tengok atas bawah. -.-‘
Spekulasi yang boleh manusia buat hanya lah benda benda yang berbaur negatif dah semestinya lah kann.
Manusia kan suka lemparkan pelbagai spekulasi mengikut sedap anak tekaknya. Komen,ketawa terbahak bahak sampai tersembol anak tekak,tapi hakikatnya?
Ada yang berpendapat mata kasar boleh membezakan antara cara seorang bapa/ibu dengan si anak akan tetapi ya para anak anak,boleh ker ya kita nak menduga tahap keterbatasan atau lebih tepat kemesraan pergaulan antara si ayah/ibu bersama si anak.
Begitu juga dengan hal hal yang berlaku di sekeliling kita,mata kasar boleh menilai akan tetapi isi yang terkandung yang tersirat,tersurat dan terselit hanya mereka dan yang di atas sana sahaja yang mengetahui.
Iklan : Korang semua dah join contest MyNewsHub? Belum? Tarikh tutup penyertaan 31/01/12 !! Klik SINI. Goodluck !!
Nota kecik : Perspektif masyarakat sekeliling. Sape boleh duga kan? Yang positif pon terkadang boleh jadi negatif ikut citarasa anak tekak yang membuat spekulasi kannnn. –.-‘
Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^
56 Orang balas bebelan:
hmm..tapi gaya berjalan pun bolehtau ni bapak anak ke couple.huuh
Yeszaaaaa Tuan tanah memang pandai sngt2....apa nk heran ...skrang ni kan zaman fitnah memfitnah...semua orang yang dangkal Ilmu dan Agama akan tanpa usul periksa dengan mudah mengeluarkan kenyataan yang negatif.......
Senang ja jawapanya..sebab nape banyak hal berlaku...dan orang tak takut buat fitnah....sedangkan dosa memfitnah sama macam membunuh...dan kerana DOSA TU TAK NAMPAK sama lah macam pahala tak nmpak....kalau dosa pahala tu bley nampak sesungguhnya MANUSIA AKAN HANYA BERADA ATAS SEJADAH 24 JAM....kan kan kan kan.....
em kalau ye pun, masyarakat takde hak lah nk caci maki ke gossip ke buat spekulasi ke. cukuplah dengan ditegur elok2 kalau ye pun. selalu orang caci ni jenis suka terjah terus..
yg hubungan tua muda, kdg2 ma n pa namee pun org kata ma namee bini muda. padahal s only isteri kot yg pa namee kawin. just kerana beza umur 10 tahun..org buat spekulasi macam tu.
kita cepat menghukum kalau nampak couple2 yg sebegini...x semua couple akan melihat kemewahan semata...ada yg menerima ini adalah sebagai jodoh....:)
kalau boleh, nanti saya pun nak rapat dengan anak2 tak kira lelaki perempuan...eh, lari topik sudah... hahaha
betul tu! memang lah kita marah dengan cara dia tapi biarlah kita tegur dengan cara baik... kalau kita aibkan dia lagi, kita yang dapat dosa...
moga dia berubah! amin..
these is what people like today... talking about others!
especially scandalism and speculation
its people. what more can i say. huhhh
its people. what more can i say. huhhh
tiada masalah jika sudah suka...
semolek2nya, kelarkan saja sebaran gosip yang melanda agar sunyi sepi dunia tanpa sebarang berita. it's easy, right? mentaliti and pandangan manusia memang berbeda2 dan tidak dapat disangkal lagi kekadang setiap perkara yang tlah dilakukan oleh seseorang itu adalah hak dan privasi mereka yang tidak boleh dicampur tangan oleh mana2 pihak skalipun...emmm...let's give the best prayers...
people tend to judge. *ayat recycle
@Pen Biru : MTT ada kawan yang suka berkepit macam bf gf taw dengan ayahnya :)
@zulkarnai is an Army Personel. : Tu lah kann -.-'
@Namee Roslan : Yup kesian tengok sampai ada yang memaki. Tu diri dia,hak dia. Tegor boleh tapi hak nak maki hamun dan menghukum bukan di tangan kita kan Namee -.-'
@lieynanilaz : CInta tu buta :P
@Sunah Sakura : Ehhh lari tajuk sudah sis. Tapi , boleh jer :)
@mas saari : Betul ! Amin :')
@Innanie | Ariffin : Dah macam makanan manusia dah -.-'
@Cik Suriz : Tu lah kannn -.-'
@Cik Suriz : Tu lah kann -.-'
@LelakiSemalam : Betul :')
@Rtp Farra Arisha : Kalau lah boleh dear tapi boleh ker manusia hidup tanpa sebarang gosip? :P
@A retarded kitty : Hahaha ~ -.-'
org suka sgt nilai pd permulaan plhtnnya..sdgkan hakikatnya lain..
mudah buruk sgka..huhu.
betul3.. mulut tempayan senang nak tutup.. mulut manusiaaa ohhh amat susahhh kan hehe
hm..tu la..kalo psl kes amalina tu..mmg x leh nk watpe kn...dh lumrah..mulut manusia mmg cmtu..x kn stop slagi x kena kt batang idung sndri :)
mulut menusia mmg macam tu kan kak..akak,dh exchange banner dengan akak aw..:)
http://www.nornadiah.com/p/exchange-banner.html
Apa yg dpt disimpulkan,selagi masih berputarnya dunia..selagi masih terbitnya mentari & segala apa yg berkaitan dgnnya..pasti akan ada manusia2 begini yg menghiasi rencah kehidupan..yg pasti, biar kita tetap kita yg sentiasa bersangka baik pada org~ =) ~mekasih singgah n folo.salam kenal dari Sal Ijou~ ^^
tu la org kita kan..mulut memang takde insuran..ade je tak kena..biar la die gan hidup die sendiri..kalau kita kt tempat die kita pon xtahu lagi macamner kan..
sedih2..
pemikiran masyarakat skrg dh makin pelik2
mang teruk la tgk kat fb mcm2 dikatanye
aduhaiii
kita slalu tersalah anggap kan..pandang yg negatif aje..perkara yg sebena kita x tau
mcm2 la skarang ni..
tepuk dada tnya iman..huu..
kita doakan y tbaik je la..:)
yayaya,
tulah bila ramai sangat haikm yang tak bertauliah ni.
mencik! mencik!
mmg lumrah manusia cpt menghukum...
boto boto....atok setuju ya amat...so, kito pedulikkan kata-kata orang yang tak bawak pekdah langsung kat kito...
hidup mmg perlukan duit. kenyataan
haish,, macam mana ank melayu nak berjaya.. berjaya sikit, ada lah org yg mengata...
yien prefer dgn laki muda,coz dier hormat kehendak kita "gedix"hehehe
@nuyui a.k.a miss YUI : Itu lah lumrah manusia :)
@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA : Sumbat plaster :P
@Norlida Ramli : Kalau dah kena batang hedong sendiri baru terdiam :)
@Miss Nadya : Kalau boleh tutup senang :P
@~SaL IjOu~ : Setuju sangat :)
@Cik Azizah : Selagi tak TERkena sendiri selagi tu mulut tak dok diam asyik nak mengata :P
@aimie amalina : Tu lah. Kehidupan dia so biarkan dia. Kita tak layak nak mengeji sesama manusia :')
@Eera Shera : Kalau dah tahu perkara sebenar pon tak mustahil manusia akan terus berkata kata. Kann -.-'
@Juliet_iRa~" : Setuju :')
@semutsengal : Itu lah dia. -.-'
@Pn. Sheila : Suka tengok orang lain down sebab mulut manusia. Cuba letakkan diri kat tempat dia -.-'
@Suhami Ahmad : Tak rugi satu sen pon kann :)
@hamzah ian : Macam lari tajuk :P
@diana : betul sangat :)
@ir yien 9897 : Yang berumur,berpengalaman yunk. Haha :P
kenapa cara ko buat caption kat gambar yg sama tu ko macam meniru nameeroslan ekk..ko ni takde identiti ye?
@Anonymous : Kenapa ko suka tiruk ANON lain ekk? Asal nak kondem jer pakai nama ANON. Asal tak guna nama sendiri ekk? Ko ni takde identiti sendiri ker ekk? Haha
Buat lawak sarkas lah ko nih Anon. Rasa tak suka tak payah singgah sini,tak yah nak sakitkan mata ko,hati ko. Buat rosak hati ko jer nanti. Sekian terima kasih. :)
@Anonymous : Kenapa ko suka tiruk ANON lain ekk? Asal nak kondem jer pakai nama ANON. Asal tak guna nama sendiri ekk? Ko ni takde identiti sendiri ker ekk? Haha
Buat lawak sarkas lah ko nih Anon. Rasa tak suka tak payah singgah sini,tak yah nak sakitkan mata ko,hati ko. Buat rosak hati ko jer nanti. Sekian terima kasih. :)
Post a Comment