Assalammualaikum,
Pejam celik pejam celik pejam celik, tinggal lagi 10hari jer Ramadhan akan meninggalkan kita dan akan di sambut Syawal dengan girang lagi gumbira tak hengat dunia. TERajin kan diri pulak hari ni belek membelek entri entri yang di hupdate dengan jayanya pada Ramadhan tahun lepas. Hailah syahdunya terasa bila terhengat keseronokan pada detik dan ketika itu. Kannn.
Biasanya sebelom nak meneruskan bebelan panjang berjela, penuh dengan mukadimah yang panjang berjela tak hengat dunia akan tetapi untuk entri kali ni biarlah mata para lalink di rehatkan seketika dari membaca mukadimah yang sememangnya selalu jauh menyimpang.
Semalam masa ronda ronda kat PARAM, berjalan lah MTT di belakang 2 orang gadis yang comel molek lagi cute. Seronok dengar dia bersembang ceritakan saat saat TERindah bersama dengan keluarga dia masa jenjalan kat Jalan TAR hujung minggu lepas. Tadi keyword yang tak habis habis di gunapakai si pendengar tu yang buat terasa nak cair tahi telinga MTT mendengar :
“ADA AKU KESAH ??”
Asyik di ulang ulangnya tak habes habes sampaikan kesian kat si pencerita tu, terasa juga nak pergi kat adik tu sambil bisik kat telinga dia,
“Dik, kasi lah kawan awak ni pelempang se-das supaya dia rasakan kesedapan ADA AKU KESAH tu. Tolong lahh dik. Kalau tak nak, meh sini bagi ahkak yang tolong bagi dia rasa.”
Hikhikhik Gangster dok dahku?
Dan yang sebenarnya bersungguh sungguh lah si sahabat nak kongsikan rasa seronok dia akan tetapi punah serta gugur kandungan setelah dengar respon dari sahabat. Confirm pernah rasa kann? Rasa nak sepak, nak lempang selaju 18ratos kilometer sesaat pon ada kannn.
Tak hormat
Yang ni dah tentu dan semestinya lah yang akan terlintas dalam kepala hotak pemikiran kann, langsung tak reti nak hormat apa yang sedang di sampaikan. Ingat air liur yang menampung untuk mengeluarkan baris ayat free ker hape kann. Zaman sekarang ni nak masuk tandas awam pon kena caj paling murah 30sen taw.
TERkurang adab sopan
Dan semestinya lah pabila seorang makhluk bernama manusia terasa dirinya tak di hormati secara langsung bukan lagi ulangan seorang makhluk itu lagi jatuh kepada kategori TERkurang adab sopan yakni telah melanggar etika serta kesusilaan dalam perlembagaan perbualan.
Oleh yang demikian, dengan ini hendak lah MTT mewawarkan bahawasanya jawatan kuasa ahli mensyuarat tingkap sedunia telah dengan sebulat suara memutuskan bahawa penggunaan perkataan ADA AKU KESAH tidak boleh di guna pakai sama sekali tak kira walau di mana sahaja anda berada.
Baris ayat di atas hanya satu penipuan, sila abaikan.
Bukan lah dengan ter-hupdatenya entri ni sekali gus MTT sebulat suara bersama jemari ingin menyatakan yang perkataan tu tak bagus sama sekali untuk di guna pakai akan tetapi sila lah toleh ke kiri, ke kanan, ke atas dan juga ke bawah sebelom menggunakan perkataan perkataan yang sedemikian ya.
Cuba kalau yang berada di tempat dia tu kita, tak ker sakit hati kita kannn. Banyak lagi lah dan sebenarnya perkataan perkataan yang simple dimple yang boleh menyakiti hati manusia lain melalui intonasi dan cara penyampaian yang tak sepatotnya.
IKLAN : Ohh yer, pada yang ada masalah kulit dan masih TERcari cari jalan penyelesaian boleh jenguk2 entri yang INI , tak perlu buang masa, buang duit dengan skincare yang belom tentu kesannya. Yang dah berkulit cantik dan nak menambahkan lagi kecantikan sedia ada pon boleh lah singgah. ^^
Nota kecik : Nak bergurau biar lah kena gaya, jangan sampai buat orang menambah perisa dosa bercakap tentang kita. ^^
Terima kasih membaca sampai juling bijik mata. ^^
18 Orang balas bebelan:
jangan borak langsung dgn orang mcm nie..
jawapan lain :"tak tanya pun"
hehehe...sekali sekala terdengar org berckp kannn...
lama da tak toink toink kat sini..kui3...MTT pon da lama tak hapdet dan tak sekerap dulu kan...anyway AAK ni memang da makin kerap orang guna..tp tu la...kengkadang ada orang leh sentap mak, nakkkk bila kena...haha tapi ada orang anggap semua tu gurauan semata-mata...terpulang pada individu..yang penting jangan la guna sebarangan sampai orang sekeliling terasa hati ngan kita :)
assalamualaikum MTT...betul tu org mcm ni x boleh dilayan sangat kalau x memang nak kena penampar je..:)
Hah....akak memang tak berkenan kalau orang guna ayat nie. Sanagat, sangat,sangat kureng ajau.
ada aku kesah ??
ada aku kesah ??
@ir yien 9897 : Haha tahu takpe Yien. Nyakitkan hati jer. MTT kalau orang gini sekali tu jelah cakap ngn dia, lepas tu maleh nak sembang lebih2. :P
@:: Mrs.Eady :: : Sambil cuci mata kat PARAM teling TERdengar daaa. :P
@Oshin : Kalau ada masa baru sempat jenguk dear. Kalau tak memang harapan jelah nak hupdate 18ratos kali sesaat macam dulu2. Ohh! Rindu waktu tu. Hehe :P
Setuju, biar kena gaya, macam yang adik tu buat kurang sopan secara tak langsung malukan kawan dia yang bercerita tu, yelah masa tu keliling ramai orang kann for sure orang boleh dengar perbualan dorang kannn. -.-'
@maszull : Waalaikumsalam mama Maszul, tu lah kann. Nasib baik MTT belom jumpa lagi takat nih. :P
@Aziela : Kannn. Tak baik buat oarng gitu. :P
@BEN ASHAARI : Bakar line nampak gayanya Inchik Ben nih. Huhuhu
:)
lempang je orang macam ni. cis. tak sopan betul.
http://nameeroslan.blogspot.com/
terasa nk hempuk2 j org mcm ni kan..haha
assalamualaikum MTT...selamat hari raya mama dtg singgah beraya kat sini yer...:)
salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.
http://muslimbazaar.mnmall.me/
Post a Comment