.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, March 31, 2014

Pengalaman bersalin tolak pi tolak mai - PART 1

Assalammualaikum.

 

Hey hai ngeeee, sila percaya jangan cubit pipi mahupon peha anda yang gebu tu. Kerana dengan ini, terasa mood nak menaip datang dengan kadar lapapuluhratoskali dengan ratos-ratos kali nak meng-hupdate lelaju mungkin. Sebab munasabah tadi terbaca blog Inchik Ben Ashaari tentang preparation nak sambut 2nd baby. Terus menyelinap masuk ke dalam otak dendalam tentang hari kejadian. Ceritanya bermula begini.

Feeling-feeling macam baby baru 2 bulan ni nak cerita, walhal baby demot dah 8 bulan dah hoih. Okay, takpe kita cuba kembalikan nostalgia semula.

Kejadian ni pada bulan Ramadhan 2013. Pada hari ke 7 Ramadhan. Nak terobek (throwback) sesangat pon rasa macam dah ketinggalan berbillion batu dah nak throw back. Boleh patah jemari kang kalau nak taip balik sesatu kisah. Dengan kekdah yang ada, maka kita cuba ringkaskan seringkas-ringkasnya ya.

Malam tu ada customer mai rumah datang collect barang. Nak tahu barang apa yang ada sila klik SINI na. Okay sambung balik, sebelum tu sepanjang berpuasa dalam tempoh seminggu tu tetiap kali nak gi PARAM, gigihkan diri berjalan kaki untuk kata orang tua tua banyakkan berjalan maka nya nanti InshaaAllah mudahkan nak bersalin. Gunakan kekdah tu, hari hari ahkak gigihkan diri berjalan bersama sepupu ke PARAM untuk membeli juadah berbuka puasa. Hari hari ok, tapi jalan sikit berenti duduk, jalan sikit berhenti. Kata orang hentian kemain belambak laaaa. Kohkohkohhhh

Kembali pada malam kejadian, lepas dah habes bersembang dengan customer, masuk lah dahku ke dalam rumah dengan selamber lagi humble dok baring sebelah Encik Suami sambil tengok television. Time tu jam tepat kul 12 malam (17.07.2013). Due date sepatotnya 22.07.2013 bersamaan dengan 40 minggu.

36 weeks pregnant photos

(Terobek)
*Terasa rindu saat saat baby Demot dalam perut mama. Indahnya terasa waktu dan ketika itu*

 

Tengah syok tengok entah cerita apa tak dan nak hadam dalam mata lagi, terasa seperti air paip mengalir dengan derasnya. Ngeeee apekah yang sedang berlaku? Dah sampai masa nak bersalin ka? Nebesnyaaaaaaaa. Nampak gayanya si Demot yang ketika itu di dalam perut sedang gigih berusaha nak melihat dunia dengan kadar segera hoihhh.

Masuk toilet, haaa memang sahhh. Panggil Encik Suami, dia kalut telepon MIL, tuan badan pon kalut telepon Mama saya. Atas nasihat kedua tuan penasihat. Kami di suruh ke hospital dengan kadar segera. Kalau boleh naik heli koleksi Encik Suami yang ada. Ok memang tah tahun bila baru sampai. kohkohkohhh

Dengan kadar segera kami ke Hospital Putrajaya, bagi memudahkan operasi menyelamat kedua keluarga untuk datang melawat sebab munasabah dua-dua famili dekat kat situ. Sesampainya kami di situ, dah tercongok dah ahkak ipar, abang ipar dan adik ipar. Depa sampai dulu. Eksaited kemain menunggu kedatangan orang baru.

Ringkaskan lagi, doktor check punya check, seluk punya seluk. Ngeri bila di ingat ingatkan tapi time tu tak fikir apa dah. Yang tahu nak cepatkan proses supaya cepat selesai semuanya. Doktor check kul 1.30 pagi jalan tak bukak lagi time tu tapi tak boleh balik dah sebab dah leaking. Doktor nak tahan situ tapi tak ada rezeki pulak tak ada katil kosong katanya (time ni doktor lain). Lepas tu di tanya nak gi hospital mana, depa boleh hantar dengan ambulans.

Sebab munasabah time tu langsung tak ada rasa sakit lagi, makanya kami memilih untuk pergi sendiri kemana mana hospital yang kami suka. Hihikss. Tunggu punya tunggu sekali lagi panggil untuk proses penyelukan bagi pemeriksaan kali kedua sebelum kami beredar dari hopital berkenaan. Okay time tu dah bukak 1cm dah, jenuh cakap kat doktor nak bersalin situ juga sebab senang dekat dua-dua famili datang melawat (time ni doktor yang baik hati). Okay doktor tu memang baik hati, dia suruh nurse kosongkan 1 katil, alihkan sorang ke tempat lain.

Di situ mula terasa, hokay dahku dan baby Demot akan di tolak pi di tolak mai.

Tapi dah nama bukan rezeki kan, nurse tu bebel panjang mengalahkan dia yang nak bersalin, arahan seorang doktor pada dia, di tolaknya dengan alasan yang emmmm. Takpe la memang bukan rezeki si demot saya nak bersalin kat sana. Mungkin anak ke 2 ke 3? Ehhhhhhhhhhh.

Maka, dengan rasa bersalah doktor tu buatkan surat ke hospital lain, tunggu dulu dekat luar dekat sejam juga la nak menunggu suratnya tu. Mujur lah tak berapa nk rasa sakit lagi time tu. Kami kami pon balik lah, bukan ke rumah tapi ke kedai Mamak di Presint 9, yang lain-lain bersahur dan kenyangkan perut memasing dulu. Saya pon kenyangkan perut. Bantai minum milo ais 2 gelas dulu. Satgi kempunan kena pantang ais. Sobsobsobssss.

Rasa macam dah terpanjang pulak entri ni, nanti di kelapangan masa yang ada seketol dua ketol akan dahku hupdate lagi hokayyy!

 

 

 

 

 

Nota kecik : Sila feeling-feeling saya baru 2 bulan melahirkan baby Demot saya ya. kohkohkohhhhhh

Friday, March 28, 2014

Hey HELLO Im backkkkk, ehh yeker IM BACK ?

Assalammualaikum.


Yehuuuuu, tadaaaaaaaaaaaaaaa, hoih sila tonyoh bijik mata 18ratosribu kali tigapuluhlapanjam ratos kaki persegi dengan kadar segera mungkin. kohkohkohhh!!
ya ini saya la yang tatkala suatu ketika dahulu gunakan nama cybernya MTT a.k.a Miss Toink Toink. Namanya toink tapi orangnya tak tingtong hokayyy. Please please anda please take note. *over*

Hoihhhh, sila silaaaa silaaa jangan pengsan. Dengan terketaq nya jari maka dengan ini wujudnya seketol entri ini bagi tatapan umum dan seluruh rakyat jelata. Wahh boleh gitu kan. Boleh sapa kata tak buleh aihhh. Ketaq ketaq pon boleh janji dapat lepas gian sat. Kempunan dah tak tertahan dah nak bebel syok sendiri kat sini. Sok lusa ada juga boleh bagi anak cucu tengok. Di sini la tempat ku membebel sakan.

Persoalannya benar kah IM BACK ni? Ngeeeee Nak IM BACK macam dahulu kala katop sehari berketol ketol entri nak menaip tu idok ler rasanya. Setahun seketol pon jadi la kan dari takde langsung? kohkohkohhh.

Rindu sangat, sampaikan nak cerita satu satu tentang kehidupan pon dah terlajak sangat dah ni. Kang nak menaip panjang berjela jela kang nak menaip. Okay, kita cuba ringkaskan la ye agar bisa di baca dengan tenang, sabar, lagi gigih.

Kehidupan saya berjalan seperti biasa semenjak meninggalkan blog ini *ehh apesal dah macam lain macam dh* 

Okay, sambung lagi.

Alhamdulillah, kehidupan berjalan lancar dengan izin-Nya, dengan limpah kurnia rezeki darinya hasil perkahwinan dengan encik Suami di anugerahkan seorang cahaya mata, lalu diberikan nama Aeril Zafreel Hakimie Bin Zulharisham. 

Okay, okay, okay dah tahu dahhhhh nak cakap TERsama pulak dengan suami Wawa Zainal ye dok? Kebetulan lagi di betulkan, nak cerita asal usul nama pon kang terkehel jari jemari nak menaip, sekali lagi alasan semata dua ketol mata. kohkohkohhhh

Sambung lagi, alhamdulillah baby demot kami dah 8 bulan. Selamat melahirkan secara normal pada 17 Julai 2013, jam 9.05 malam. Kurang 3 jam dari tarikh kelahiran papanya yakni 18 Julai. Nak cerita gak ke detik cepuk cemas menunggu detik detik tu? InshaaAllah, tengok la kalau kalau ada seketol due kelapangan yang membolehkan jari jemari ini berjoget di atas keyboard ni ya. kohkohhhh

Banyak sangat cerita nak cerita ni hoihhhh, sampaikan tak tahu nak mula kat mana, dah cerita tang tu, masuk bab lain, itu ini semua nak update dalam entri ni jugak. tak kira tak kiraaaaa!! *please behave mama demot*

Bizi sangat dengan aktiviti bersama baby demot di rumah, kalau nak hupdate pon kang time ni dia dah pandai lepuk segala jenis lepuk. Kang tak dan nak bagi salam, dia dah terkam nak join sama menaip dengan mama nya ni kang. kohkohkohhh *boleh tercekik anak tekak kalau 24jam gelak macam ni haihhh*

Okay, walaupon takde permintaan dengan ini saya nak juga menepek gambar buah hati, permata hati, jantung hati, cinta hati segala jenis hati hati kami yang semakin membesar ni. 

5 bulan

Ini lah dia baby demot kami, 8 bulan


"Assalammualaikum. Hey hello haiii! Nama saya Aeril Zafreel Hakimie, orang panggil saya Hakimie tapi mama saya panggil nama manja saya Si Demot."













nota kecik : sesungguhnya adakah anda tahu bahawasanya jari jemari saya menggigil tatkala menaip entri ini mengalahkan nak amek exam. kohkohkohhhh. ada masa kita bebel sakan lagi naa. Btw, kak Wiaam, ketahui lah bahawasanya semalam akak yang membuatkan saya rasa membuak buak nak meng-hupdate tatkala ini. Hehe








È