.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, March 31, 2014

Pengalaman bersalin tolak pi tolak mai - PART 1

Assalammualaikum.

 

Hey hai ngeeee, sila percaya jangan cubit pipi mahupon peha anda yang gebu tu. Kerana dengan ini, terasa mood nak menaip datang dengan kadar lapapuluhratoskali dengan ratos-ratos kali nak meng-hupdate lelaju mungkin. Sebab munasabah tadi terbaca blog Inchik Ben Ashaari tentang preparation nak sambut 2nd baby. Terus menyelinap masuk ke dalam otak dendalam tentang hari kejadian. Ceritanya bermula begini.

Feeling-feeling macam baby baru 2 bulan ni nak cerita, walhal baby demot dah 8 bulan dah hoih. Okay, takpe kita cuba kembalikan nostalgia semula.

Kejadian ni pada bulan Ramadhan 2013. Pada hari ke 7 Ramadhan. Nak terobek (throwback) sesangat pon rasa macam dah ketinggalan berbillion batu dah nak throw back. Boleh patah jemari kang kalau nak taip balik sesatu kisah. Dengan kekdah yang ada, maka kita cuba ringkaskan seringkas-ringkasnya ya.

Malam tu ada customer mai rumah datang collect barang. Nak tahu barang apa yang ada sila klik SINI na. Okay sambung balik, sebelum tu sepanjang berpuasa dalam tempoh seminggu tu tetiap kali nak gi PARAM, gigihkan diri berjalan kaki untuk kata orang tua tua banyakkan berjalan maka nya nanti InshaaAllah mudahkan nak bersalin. Gunakan kekdah tu, hari hari ahkak gigihkan diri berjalan bersama sepupu ke PARAM untuk membeli juadah berbuka puasa. Hari hari ok, tapi jalan sikit berenti duduk, jalan sikit berhenti. Kata orang hentian kemain belambak laaaa. Kohkohkohhhh

Kembali pada malam kejadian, lepas dah habes bersembang dengan customer, masuk lah dahku ke dalam rumah dengan selamber lagi humble dok baring sebelah Encik Suami sambil tengok television. Time tu jam tepat kul 12 malam (17.07.2013). Due date sepatotnya 22.07.2013 bersamaan dengan 40 minggu.

36 weeks pregnant photos

(Terobek)
*Terasa rindu saat saat baby Demot dalam perut mama. Indahnya terasa waktu dan ketika itu*

 

Tengah syok tengok entah cerita apa tak dan nak hadam dalam mata lagi, terasa seperti air paip mengalir dengan derasnya. Ngeeee apekah yang sedang berlaku? Dah sampai masa nak bersalin ka? Nebesnyaaaaaaaa. Nampak gayanya si Demot yang ketika itu di dalam perut sedang gigih berusaha nak melihat dunia dengan kadar segera hoihhh.

Masuk toilet, haaa memang sahhh. Panggil Encik Suami, dia kalut telepon MIL, tuan badan pon kalut telepon Mama saya. Atas nasihat kedua tuan penasihat. Kami di suruh ke hospital dengan kadar segera. Kalau boleh naik heli koleksi Encik Suami yang ada. Ok memang tah tahun bila baru sampai. kohkohkohhh

Dengan kadar segera kami ke Hospital Putrajaya, bagi memudahkan operasi menyelamat kedua keluarga untuk datang melawat sebab munasabah dua-dua famili dekat kat situ. Sesampainya kami di situ, dah tercongok dah ahkak ipar, abang ipar dan adik ipar. Depa sampai dulu. Eksaited kemain menunggu kedatangan orang baru.

Ringkaskan lagi, doktor check punya check, seluk punya seluk. Ngeri bila di ingat ingatkan tapi time tu tak fikir apa dah. Yang tahu nak cepatkan proses supaya cepat selesai semuanya. Doktor check kul 1.30 pagi jalan tak bukak lagi time tu tapi tak boleh balik dah sebab dah leaking. Doktor nak tahan situ tapi tak ada rezeki pulak tak ada katil kosong katanya (time ni doktor lain). Lepas tu di tanya nak gi hospital mana, depa boleh hantar dengan ambulans.

Sebab munasabah time tu langsung tak ada rasa sakit lagi, makanya kami memilih untuk pergi sendiri kemana mana hospital yang kami suka. Hihikss. Tunggu punya tunggu sekali lagi panggil untuk proses penyelukan bagi pemeriksaan kali kedua sebelum kami beredar dari hopital berkenaan. Okay time tu dah bukak 1cm dah, jenuh cakap kat doktor nak bersalin situ juga sebab senang dekat dua-dua famili datang melawat (time ni doktor yang baik hati). Okay doktor tu memang baik hati, dia suruh nurse kosongkan 1 katil, alihkan sorang ke tempat lain.

Di situ mula terasa, hokay dahku dan baby Demot akan di tolak pi di tolak mai.

Tapi dah nama bukan rezeki kan, nurse tu bebel panjang mengalahkan dia yang nak bersalin, arahan seorang doktor pada dia, di tolaknya dengan alasan yang emmmm. Takpe la memang bukan rezeki si demot saya nak bersalin kat sana. Mungkin anak ke 2 ke 3? Ehhhhhhhhhhh.

Maka, dengan rasa bersalah doktor tu buatkan surat ke hospital lain, tunggu dulu dekat luar dekat sejam juga la nak menunggu suratnya tu. Mujur lah tak berapa nk rasa sakit lagi time tu. Kami kami pon balik lah, bukan ke rumah tapi ke kedai Mamak di Presint 9, yang lain-lain bersahur dan kenyangkan perut memasing dulu. Saya pon kenyangkan perut. Bantai minum milo ais 2 gelas dulu. Satgi kempunan kena pantang ais. Sobsobsobssss.

Rasa macam dah terpanjang pulak entri ni, nanti di kelapangan masa yang ada seketol dua ketol akan dahku hupdate lagi hokayyy!

 

 

 

 

 

Nota kecik : Sila feeling-feeling saya baru 2 bulan melahirkan baby Demot saya ya. kohkohkohhhhhh

1 Orang balas bebelan:

Niena Muhammad said... [MTT reply to this comment]

alah citer2 psl baby ni tingat plak si malaika kecik lam perut akak dlu.

lma xsinggah belog mtt hihihi..akak pn baru merajinkan diri menghupate entri

È