.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, July 25, 2011

Biar over bajek,tapi jangan bajek bagus (!)

Assalammualaikum..

 

p/s : Sila baca dengan nada yang ceria lagi happy ya !

Selamat pagi serta salam sejahtera,salam 1 malaysia buat para blogger yang chomel,macho serta kacak jelita.. Seperti biasa kita sebagai makhluk yang chomel yang bernafas di atas muka bumi yang serba serbi penuh dengan dugaan dan rintangan ini akan memulakan hari dengan bermasam jenis ragam perangai serta sikap orang di sekeliling kita ya..

Yang positif kita ambilkan sebagai pedoman dan dorongan untuk kita mencapai kepada sesuatu pencapaian yang drastik dan insya’allah kita cuba pastikan ianya bukan lah sesuatu yang plastik..Sebagaimana yang kelihatan di alam maya,tak kira la samada dunia blogging yang kita boleh saksikan dengan pelbagai spesis entri dan ragam..Begitu juga laman bersawang yang laen,yang negatif kita ambilkan sebagai iktibar dan pengajaran supaya langkah kita di hari hari yang akan datang tidak akan tersadong di atas pentas dunia..

 

kehidupan

 

Kehidupan nie sesuatu yang indah yang mana kita semua cuba untuk mencapai sesuatu yang indah lagi hebak agar kehidupan kita di dunia ini tidak lah di persiakan seakan makan cekelat buang plastiknya merata rata,tunggu si tukang cuci datang mengambil dan membuangnya ke dalam tong sampah..Dengan alasan, “Kalau tak ada sampah,si tukang cuci nak buat keje apa” ..

 

Dairy_Milk.jpgc971b1fe-5589-4801-a459-7de9d780cffbLarger

Kehidupan ni pon boleh yer di samakan dengan memakan cekelat sebanyak mungkin hingga sakit kepala meruntun dalam kepala hotak yang senonet nie..Kebaikan cekelat dapat menghilangkan stress kata orang tapi kalau MTT yang melahap cekelat ni boleh buatkan otak jadi terkesima tak keruan dan terlantar lah di atas kepala katil menahan sakit kepala yang teramat dasat ! Walaupon MTT memang penggemar cekelat yang sangat tegar dan sebenarnya .. =.=’

 

Cekelat yang mahal

Cekelat yang mahal yakni yang di katakan mempunyai jenama serta terkenal di seluruh pelusuk dan celah celah dunia..Ianya di katakan lebih sedap dan enak bila di makan dengan rakusnya berbanding dengan cekelat yang harganya jauh lebih murah..

Manusia yang mahal

Yakni mereka yang mengadakan majlis perkahwinan yang bernilai 12 juta.. Ehh tak tak..Maksud MTT manusia yang mempunyai akal fikiran yang bernas serta mempunyai sesuatu pencapaian dalam dirinya yang boleh di banggakan di dunia mahupon akhirat..Yakni,yang tidak riak,bongkak ataupon kedekut serta menyalah gunakan ilmu yang telah berada di dalam genggamannya dengan mempersendakan sesama insan.. =.=’

Rasanya sama tapi nilainya berbeza

Seperti yang di ketahui seluruh rakyat jelata yang menginap di atas muka bumi ini,yang tinggi nilai serta masyhur pada nama akan di urungi bagaikan cekelat celup di dalam bekas jika terbiar akan di hurungi la oleh pasukan bala ketenteraan semut..

Pahit dan manis seiringan rasa

Ada sesetengah yang tidak menggemarkan memakan cekelat dengan pelahapnya oleh kerana rasanya yang agak pahit di saluti dengan kemanisan yang berpanjangan tatkala ianya sudah pon memasuki rongga tekak..

Kehidupan yang penuh onak duri

Begitu jugalah di samakan dengan kehidupan seharian..Dalam pada rasa manis semanis kurma kita tidak pernah terlepas daripada menanggung rasa pahit untuk menempuh hari hari yang mendatang dengan tenang lagi sabar..Terkadang bila rasa nak bertendang kita cuba sedaya upaya mengawal emosi serta akal dan fikiran..

 

 

Nota kecik : Kehidupan nie mengajar kita menjadi ‘seseorang’ di masa akan datang..

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

13 Orang balas bebelan:

MizzTina said... [MTT reply to this comment]

pengalaman la yang mengajar kita..

* Rosita * said... [MTT reply to this comment]

sangat mendalam maksudnya.....:)

Hana teen top said... [MTT reply to this comment]

hahaha...salam satu malaysia gak MTT :D
ceria jew pepagi nie kan....bagus la tue, awet muda..semua pmpuan suka coklat ek>?huhu, apasal aku tak suka aku pun tak tau..dak2 lelaki slalu pelik ngan aku nie yg x suka mkn coklat..hohhooho

mas saari said... [MTT reply to this comment]

hidup ni ibarat roda..

Norhisham Nordin said... [MTT reply to this comment]

penuh onak duri..? mmg penuh... kdg2 lepas satu, dtg satu lagi dugaan..

merahitujambu said... [MTT reply to this comment]

pengalamanhidup lagi mahal...=p

Kak Amy said... [MTT reply to this comment]

dalam sungguh maksudnya...

TeAqArH said... [MTT reply to this comment]

pengalaman hidup yg paling bermakna sebagai rujukan utk diri sendiri...keburukan yg lame kite takkan buat lg...jdkan semua tu pengajaran....dan dapat jugak jdkan contoh kpda org laen..

msredcheesecake said... [MTT reply to this comment]

mtt, cekelat mahal murah sama sedap. cara kita berfikir yg menyebabkan otak kita fikir rasanya berbeza...

A retarded kitty said... [MTT reply to this comment]

itulah kehidupan

Anonymous said... [MTT reply to this comment]

bila kita kat atas jangan lupa pandang ke bawah, bila kita kat bawah jangan lupa dongak ke atas.. hidup tak perlu mendabik dada, ingat tanah yang kita pijak tu, tu lah tempat kita akan tinggal bila kita mati.. :)

Nizam Ijam said... [MTT reply to this comment]

sedap coklat tu :)


” Nizam Ijam Dot Com”

aida4eva said... [MTT reply to this comment]

mendalam maksud tu..

kalau tak leh mkn coklat, xpe..bg aida je..

*eh..tetiba..hihi

http://aida4eva.blogspot.com

È