.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Wednesday, July 27, 2011

Rimas taw tak aku tengok handbag gedabak kau (!)

Assalamualaikum..

 

handbag

 

Selamat dah sampai di kantor tatkala tadi haruslah melintasi jalanraya untuk sampai ke kantor..Melenggang kangkong la bersama handbag yang tersayang di apit rapat.. Sangat ramai ya makhluk yang melintas bersama dengan pelbagai jenis handbag yang chantek lagi chomel di tayang tayangkan..Seharusnya la sampai menyelam minum air menyaksikan jenis jenis handbag yang ada..

Handbag,bag tangan,tas tangan dan apa-apa saja lah..Suka hati serta limpa kamu dan kamu semua nak pakai yang berjenama Louis Vuitton, Gucci, Guess, Prada semua tu..Yang mahal tak semestinya berkualiti,dan yang murah tak semestinya tak berkualiti kankankan ?

Selalunya banyak persoalan yang bermain di fikiran para adam pabila menyaksikan pelbagai jenis handbag yang chomel,tak kurang jugak saiznya yang besar gedabak.. Yela,mereka kan sangat macho dengan hanya keluar sehelai sepinggang tanpa perlu mengusung sebarang beban dan tanggungan .. Persoalan persoalan yang selalu di ajukan..

 

“Eyhh perlu ker nak pakai handbag besar gedabak macam nie? “ Hmm perlu ..

“Eyhh nak keluar kejap pon nak usung jugak handbag? “ Hmm pasti perlu ..

“Eyhh perlu ker nak bawak handbag nak pergi sana sini ? “ Hmm harus lahh !

“Eyhh besar la handbag nie rimas taw tak I tengok you bawak … “ Hekkk elehh !

 

Tak dapat bayangkan kalau para adam yang mengapit handbag di celahan ketiak.. Hikhik

Akan tetapi kebiasaannya persoalan persoalan sebegini akan hilang serta lenyap daripada kotak pemikiran yang senonet tu pabila di sedari bahawasanya sangat berguna lagi bermanfaat handbag para gadis yang besar gedabak itu..

 

“Err you,ada tisu tak? Panas la ni berpeluh peluh .. “ Nahhhhhh !

“Err you, seluar I tak boleh kaceng la.. You ada pin tak ? Nahhhhhh !

“Err you,ada kepit kuku tak? Rimas pulak kuku I panjang semasam.. “ Nahhhhh !

“Err you, I sakit kepala la..You ada panadol tak ? “ Nahhhhhh !

“Err you,tumpang minyak rambut I dalam handbag you boleh tak ? Erkkkkk !

Akan tetapi kesedaran timbul sedikit demi sedikit yakni pabila tibanya musim dan saat saat si para adam memerlukan sesuatu yang terdapat dalam handbag doraemon para gadis ya tuan tuan dan puan puan sekalian alam..

Para gadis ni tidak la semata dua mata hanya ingin menghiasi handbag mereka dengan barang barang yang tidak bermanfaat akan tetapi hampir kesemua yang berada dalam isu perot adalah barang barang keperluan yang sentiasa boleh di gunakan di saat saat genting lagi mencemaskan..

 

WALLET / PURSE

Ini adalah keperluan yang sememangnya perlu ada dalam setiap handbag makhluk chomel bergelar wanita..Adalah sedikit berbeza dengan para adam yang seharusnya menyumbatkan wallet mereka ke dalam kocek senonet yang terletak di bahagian belakang seluar..Dan perbezaan design wallet para adam dan para gadis adalah sangat ketara bezanya.. Design purse para gadis ada yang berbentuk pendek,panjang dan setebal tebal alam..Kami juga suka mengasingkan note berkeping dengan coin yer,jadinya satu purse untuk note berkeping kepingan dan satu lagi khas untuk di isi syiling,jadinya tak la kelam kabut taik unta bila masa tertentu nak gunakan yang mana satu.. =..=

Bayangkan jika para gadis meletakkan purse mereka di bahagian belakang kocek jeans akan terkeluar lah sedikit bonjolan dan akan memukau mata para adam hinggakan menjadi tak keruan semendang..

 

MAKE-UP

Menjadi lumrah bagi para gadis yang jelita untuk mengenakan make up setebal 3 hingga 4 inci persegi agar kejelitaannya kekal berpanjangan tidak laput di telan cahaya matahari mahupon peluh basi yang akan sentiasa meniti di kulit putih lagi gebu.. Namun tak kesemua para gadis gemar menepekkan mekup berketebalan sebegitu..Ianya hak individu,ada yang berpendapat "mekap menaikkan confidence level saya"

Dan oleh itu,harus juga di selitkan walaupon hanya sekadar compact powder di dalam ruangan handbag tersebut..Itu belum termasuk isi kandungan dalam bag mekup pulak lagi..

 

TISU

Seperti yang di ketahui umum,keadaan cuaca di luar sana selalu berubah rubah,kadang kala panas kadang kala suam kuku,jadinya tisu sering menjadi peneman setia di kala bulan mengambang..Tak takkk,di kala saat saat air peluh basi menitis di tepian pipi haruslah di lapkan dengan tisu..Kalau penyelesaian untuk para adam seletkan saja di hujung lengan,settle ! Hikhik

 

GADJET

Ini lagi satu pabila para gadis tersebut terlalu huptodate sehinggakan hampir kesemua gadget wajib di sumbatkan ke dalam handbag mereka..Handphone pun sampai nak dua tiga..Biar sampai cukup semua line dia nak pakai..kalau boleh, MAXIS, DIGI, CELCOM, U MOBILE, semua dia nak sapu..Biasa lah kitakan 1 Malaysia..Harus ma pakai kesemua rangkaian yang ada dalam Malaysia nie.. Hehe Tak cukup dengan phone, nak bawa PDA, tambah lagi kamera, I pod lah, mp3 lah, apa apa lah.. Terasa pulak nak beli je I Phone, senang sikit, semuanya ada..Tak cukup agi harus di penuhi segala ruangan yang ada, tambah pen drive, usb cable..mereka memang complicated ! =.=’

 

PERIOD TIME

Para adam di nasihati skip membaca content yang bakal di terjemahkan..Seperti yang kita semua tahu, period ni benda normal bagi kaum wanita..Dan pabila bulan mengambang, nak tak nak, semasa berjalan, dating atau keluar ke rumah, mereka kena bawa spare pad kerana takut kebocoran.. Oleh itu, handbag amatlah berguna pada waktu ni.. Siapa yang nak masukkan dalam poket pun boleh, tapi ambil risiko kalau benda tu terkeluar dari bag anda..Silalah jalan sambil cover malu tebalnya muka.. Pasti malu besar,lagi-lagi yang heavy flow, bukan setakat satu, kadang-kadang kena bawa 3,4 pad extra..

 

RESIT

Dan seperti yang kita tahu, perempuan adalah mahluk yang paling kompleks yer anak anak sekalian..Ya, susah untuk memahami mahluk antik seperti ini.. Resit yang beli choki choki dekat pasaraya Pak Abu pon kalau boleh nak di simpan dengan baek lagi cermat..Dan yang pasti MTT pun antara yang tak terkecuali..Kadang-kadang tu, bila masa untuk membelek serta mencari barang tak jumpa kerana di timbuni resit yang menimbun, boleh jumpa resit dua tiga tahun lepas.. =.=’

 

UNTUK KECEMASAN

Perempuan selalu rasa yang mereka adalah seorang yang well-prepared.. Semua serba serbi lengkap.. Nak itu ini, semua ada.. Konon nak jadi macam doraemon.. Kalau pening, ada minyak cap kapak dalam beg, kalau mengantuk, ada gula-gula macam chewing gum, mentos.pen buku semua.. Semua jenis kunci pun dia ada. kunci rumah, kereta, motor, office..tak tak jauh menyimpang dah tuh.. Serba serbi lengkap.. Kadang tu cuba jugak bayangkan, lelaki boleh je nampak perfect tanpa bawa semua tu.. tapi biasalah kan? perempuan sentiasa inginkan perfection..

 

PEMBERSIH

Yang ni yang paling sangat kelakar jika di fikirkan sesekali..Kenapa dan apasallah nak bawak pemotong kuku, lotion, sunblock, hand sanitizer, cermin segala bagai tu? Haa jangan tak tahu kot kot on the way nak pergi interview ker,kuku lupa nak potong,boleh gak cilok cilok masa buang apa yang patot.. Dan begitu juga yang sebaliknya.. Hikhik ^^

 

 

Nota kecik : Untuk mengelakkan terlebih muatan silalah mengusung beg galas balik kampung.. Err tak tak..Maksudnya kurangkan yang tak perlu dan isikan dengan mana yang penting lagi utama..

 

Terima kasih membaca sampai juling bijik mata .. ^^

29 Orang balas bebelan:

MizzTina said... [MTT reply to this comment]

pemotong kuku, panty liner, lip gloss, bedak, lotion, purse, tisu, enpon, pashmina > wajib bawak.. mcm mn nk sumbat klu beg kecik.. harusla bw yg besar.. tu pun BF suka tumpang brg dia.. grrrr...

BERT said... [MTT reply to this comment]

perempuan + hanbag besar = KEMESTIAN kadang2 dapat title beg doraemon.. macam2 adda...

Unknown said... [MTT reply to this comment]

My hubby p0n ari2 membebel psl beg.. Tp MissCt wat x phm je sbb MissCt taw brg dy jugak dlm beg tu nnt.. Brg wajib dy dlm my beg tu nset n r0k0k dy..

Bab nail clipper, pnd0l, jarum sume tu mmg bt0l sgt daaaa.... Hahaha....

nuhara said... [MTT reply to this comment]

yes hara sokong sgt2 :) tapi ader juga kaum adam yg bawak beg :)

mas saari said... [MTT reply to this comment]

hahahaha...semua benda2 tu ada dalam handbag akak!

Hafizin Jamil said... [MTT reply to this comment]

bawak guni je bila2..haha

* Rosita * said... [MTT reply to this comment]

penah jugak asben tanya..."nape suka pakai beg besar2 nih..?"
saya jawab.."beg besar ni sgt berguna la cik abang oi....trutama bila abg nak gi toilet...haa..masa tu la segala wallet,kunci,rokok nak simpan dlm beg doremon ni..."...
dah tu dia bleh senyum kambing jer....papepon..memang sgt bguna beg besar...tmbah lagi sy dah ada anak...beg tgn dah tak guna..skrg pegi mana2 sy bawak beg POOH...sbb isinya botol susu anak,pampers spare... wet tisu,ngan sapu tangan,purse dan hp saya...en.ayah lenggang kangkung jer...

aamalinaazman said... [MTT reply to this comment]

hehehehe
tu la hakikatnye pompuan
heee=)
walau cam mne pon die..die nak kesempurnaan tu an..
kiki
ai like dis entri!mmuuahh!
hahhaa
sebab tu kekadag konpius nk bawa beg mne satu.x..x bawa kang ase len jek..kiki...

AsyieqiN Rkey said... [MTT reply to this comment]

ye wanita memang complex..hehehe

SoLy SoLicious said... [MTT reply to this comment]

ha..betol2..sutuju sgt nan pendapat MTT ^_______^

Nurhasliza Nordin said... [MTT reply to this comment]

Saya kadang-kadang sampai tak sedar segala sampah sarap beranak pinak dalam handbag. Cepat je membiaknya. Ehehe. Tapi selalunya memang isi benda yang penting-penting je macam list kat atas tu. =)

Unknown said... [MTT reply to this comment]

rasa nak like banyak kali entry ni.hehe..biasalah perempuan kan.=)

Syazwan Che Deraman said... [MTT reply to this comment]

heheheh..menjawab persoalan saya..dan saya pernah alami semua tu..sekarang,lelaki pon perlukan beg yang digantung di leher..

Unknown said... [MTT reply to this comment]

dalam henbek ai ada breastpump.. hehekk..

Anonymous said... [MTT reply to this comment]

haaa..kite setuju sgt!!bab yg babe besar tu..nmpak jek besar tp macam bomba,polis,ambulans..HAHAHA!!penyelamat segala macam...

COntoh paling dekat..beg i kdg2 si para adam siap boleh letak sweather lagi..gulong kecik2..AHHAHAA!

BiNtaNg HaTi said... [MTT reply to this comment]

hahaha...dah betul la tu MTT...BH pun mmg suka bawa beg besar gedabak ni sbb senang nak sumbat semua benda..macam2 ada...:)

~Kirin Selama Perak~ said... [MTT reply to this comment]

ada juga kelebihannya.
:)

Nadia said... [MTT reply to this comment]

beg nad pon kadang2 besar..tapi simpan lam kreta jer..hehe..;)

Unknown said... [MTT reply to this comment]

istimewa nye jadi pompuan ni...huhu :)

Ce'gu JAERA said... [MTT reply to this comment]

saya suka dengan entri ini...cayalah.. baru plak saya tau napa org pempuan mesti nak bawa beg yang kdg2 nampak mcm nyusahkan.. ehehe.. rupanya ada juga untuk kepentingan lelaki...

" err u, ada note RM50 tak dalam purse u.. nak pinjam jap nak beli rokok.." nahhhhh.! ehehehe

cik RQS said... [MTT reply to this comment]

best!..sbb tu laa kita ni bawak beg besar kn?..semua nk masuk kat dalam beg tu..smpai my akak pnah tny: ni nk p jalanjalan ke nk lari umah?..hahha...=) <3

Diera Tekikushika said... [MTT reply to this comment]

mmg lelaki selalu ckp mcm tu. dia tak tau dia cakap tu dia tumpang jugak kat kita. hahha.

nurshaf said... [MTT reply to this comment]

haha, jaranglah nak bawak handbag<---budak kecik lagi =P

bawak purse je,,haha

Laila Majid said... [MTT reply to this comment]

this is soo truee :D

RIAN said... [MTT reply to this comment]

it was true. but now dah tak bawak lagi beg. malas punya pasal. nak jadi simple macam lelaki jugak. huahha. kalau jenjalan, selalu pegang purse je. henfon pun tak peduli kalau bawak atau tak.

αяfaekα αямαɴd said... [MTT reply to this comment]

setuju!! kenyataan yg haruss diterima oleh kaum adam .. wanita dan handbag amat penting .. nak2 tang kaum adam yg malas nk pegang kunci kereta n hanpon tu.. "tumpang kat karung guni youu .." kurengss *_*

My Name is Mar said... [MTT reply to this comment]

Ha-ha-ha:D
Si balak tak suka bila si awek bawak handbag besau gedabak..
Rimas si balak tengok...
Nanti si balak akan berkata.. 'KOCEK kan ada??'
Ha-ha-ha:D

Hanakimi versi MELAYU

E.K said... [MTT reply to this comment]

Simple & padat sudah. kalau terlampau besar,nanti berkilo² usung p mana². berat tuh..

eila said... [MTT reply to this comment]

betul2 semua benda yang mtt sebut ada dalam handbag saya hehe...

È