.

.

Bebelan Terbaru BeloG MTT

Monday, September 15, 2014

SELLER vs BUYER

Assalammualaikum

Hey hai ohh ya yaaa sila tonyoh tonyoh dan tenyeh tenyeh bijik mata oleh kerana ya benar anda sedang menjulingkan bijik mata sekali lagi di BeloG MTT. Yaa kemahen lama dah tak membebel. Ikrar untuk kembali bergiat aktif dari hari ke hari hanya tinggal ikrar yang mekar harum seharum bunga tahik ayom. Ok Yam, sudah la mukadimah yang tak mendatangkan faedah, kekdahnya buang masa sesaja.

Okay, zaman semakin maju. Sekarang ni dah tak perlu dh nak keluar shopping jejauh sebab segalanya di hujung jemari je. Sambil buat kerja kat office, sambil jaga anak kat rumah, tekan-tekan, kelik-kelik, haa tudiaaa esok barang sampai dah kat pejabat ataupon kat rumah. Buka parcel, happy-happy, lompat-lompat kegirangan.

Tapiiii tapiii, dalam kegirangan berurusan sesame kita yakni seller dan buyer. Tak kurang juga dengan liku-liku, lekok-lekok, lopak-lopak yang harus di lalui seorang buyer mahupon seorang seller. Ada jenis seller yang jujur tahap infiniti, tapi dapat pulak buyer yang kaki kencing tahap up lagi dari infiniti. Ada yang buyer jujur kemahen tapi aisemenn dapat pulak seller yang pentipu. Bank-in punya bank-in senyap lenyap entah kemana hala. Spesis manusia ni ada macam-macam jenis.

Ikuti kisah berikut *kelasss jah dah macam bersamamu dahhhh…*

Situasi 1 : PM a.ka private message bukan prime minister mahupon perdana menteri

image

image

Kannn PM dah intai-intai

 

Seller macam biasa dengan semangat wajar setiap hari akan gigih lagi rajin meng-hupdate segala jenis apa sahaja barangan yang ada untuk menjulingkan bijik mata para ‘buyer’ yang sedia tercari-cari barangan online yakni dengan erti kata lain malas kemain nak keluar pada setiap kali hujung minggu sebab munasabah nak kena redah jammed, nak kena berebut sampai bertumbuk nak cari parking. Makanya cari jela barang online sebab munasabah kadangnya lebih murah berbanding barang yang ada di kedai-kedai mahupon di pasaraya.

Perkara biasa, bila dah minat ‘buyer’ akan minta customer ‘PM’. Kekdahnya akan berduyun lah komen pm,pm,pm,pm. Dengan hati girang gumbira, seller gigih pm sesatu customer yang tadi kemahen gigih menaip untuk memberi respon kepada senonet perkataan ‘PM’ tu.

Menjadi lumrah, selepas dah ‘PM’ tu, sama ada dia ada sedikit, sekelumat mahupon sebesar zarah rasa minat. Tapi tah kenapa dalam hati cakap “Emmm okay, RM30? Nanti lahh beli atau reply”. Haaaa. Tu jawab dalam hati tu, namun conversation tapi di biar senyap sunyi tanpa sebarang balasan “OK” atau “Terima kasih” apetah lagi “TQ”. Setakat “K” pon dah hokay fine dah. Tapi eh tapi ehhh ada dah perkataan ni haaaa.

 

image

Walaupon senonetnya perkataan tu tapi eh tapi ehh masih terang lagi bersuluh dah di buka dan di baca. Terkadang para seller ni bukan berharap anda sekali bertanya terus membeli, tapi kot ye sekali pon survey harga dulu sebelum nak beli atau dan sewaktu dengannya, cukup sekadar reply sepatah dua kata menandakan anda menghargai kegigihan seller memberi penerangan kepada anda.

 

Situasi 2 : Beratus kali tanya soalan ulang-ulang

PM/SMS/WhatsApp beratus kali-kali kali dan sekian kalinya. Sebagai seller, kebiasaanya tak kisah pun beratus kali nak tanya pon takpe, orang kata takde halllll lahhhh. Tapi kalau dok tanya benda ulang-ulang, mak jemah yang dok kat rumah goyang kaki sambil makan kuaci pon boleh tersedak kalau nak reply jawapan yang sama bagi soalan yang sama.

 

Situasi 3 : Minta nombor akaun lapanpuluhratusjuta kali

Yang ni kadang terasa nak gelak sambil pegang perut risau nanti isi perut terkeluar pon ada. Terasa macam nak nangis guling-guling pon ada, rasa macam nak bagi penampor lelaju pon ada. Hikssss. Sebab munasabah nak marah tu bukannya apa uolsss, kalau minta sekali, then minta lagi kedua kalinya, lepas tu minta lagi ketiga kalinya lepas tu ada la buat sekali pembelian kira hokay la boleh la juga hadam dalam kepala hotak serta minda ni bahawasanya ohh, mungkin conversation sebelum ni dia dah clearkan kot, atau maybe handphonenya lantas hilang lah segala-galanya.

Ni yang al-kisahnya minta nombor akaun lapanpuluhratusjuta kali boleh di katakana hampir setiap minggu, dah hilang setiap minggu, selang 2 minggu, dah tu jadi selang sebulan. Scroll punya scroll ohh, dia tak pernah beli sekali pon al-kisahnya. Al-kisahnya apa motifnya nak nombor akaun sampai lapanratusjuta kali tu. Haihhh lah dik non. Boleh kena semput seller kalau ada berpuluh customer sepsis gitu.

Situasi 4 : Mengamuk sebab munasabah tak reply dengan kadar segera

Hantar detail payment, kemudian mengharapkan seller reply dengan kadar segera, kalau tak reply dengan kadar segera. Oh mula lah perkataan menipu, pentipu, hoi penipu, hoi duit aku, hoii aku report polis, hoi aku cari ko sampai lubang cacing. Hoi! Nak kena tampor? Ahahaha.

 

10600383_624790510974599_9062567936903078230_n

Haaa ni ada satu kes, seller ni kena mesin gun bertalu talu sebab tak reply ‘buyer’ tu. Sejam kemudia baru lah seller ada masa nak reply, buyer kena faham sebagai seller, tak semestinya 24jam sehari nak kena hadap dan menelaah handphone dan abaikan segala jenis sepsis tanggungjawab seharian. Mereka-mereka ada tugasan harian pejabat, ada tugasan sebagai isteri, ibu, dan anak di rumah. Sekian khidmat pesanan masyakarat. Hiksss.

Okay, dan sebenarnya hati ni meluap-luap ni nak share macam-macam jenis situasi lagi anatara seller dengan buyer, antara buyer dengan seller. Tak kurang jugak seller bermasalah, buyer yang ok. Dalam dunia ni ada macam-macam jenis sepisis manusia. Kena pandai-pandai lah nak berurusan, bagi penerengan asalakan taka da istilah yang merasakan diri tertipu, merasakan menipu dan sewaktu dengannya.

Nanti ada rezeki, sambul bebel lagi ye mak jemah ye.

 

Iklan : Ohhh yaaa. Kepada sesiapa yang mencari pembekal BAGI PELBAGAI JENIS BEG SEPERTI, BEG SEMINAR / BEG SEKOLAH / BEG SUKAN / BEG LAPTOP / BEG DOKUMEN DAN SEBAGAINYA. Boleh lah contact-contact, roger-roger ya. Dah beli satu-satu boleh, nak beli sepuluh-sepuluh boleh nak beli barus-ratus boleh, nak beli ribu-ribu pon boleh. Hikss

 

HP : 017-6053711
E : lailyprobag@gmail.com
W : www.probaggallery.com

 

belog[3]

2 Orang balas bebelan:

sudu seramik said... [MTT reply to this comment]

yg mengamuk lmbt reply tu mcm 1st time beli on9 je

BeloG MTT said... [MTT reply to this comment]

@Emi Amira : tak jugak, kadang yg biasa beli pon ada yang mengamok cam gini. Hihi

È